Thursday, September 05, 2013

MY WORD IS MY HONOUR... SHAHRIZAT JANGAN CUBA MELUPAKAN

Tan Sri Rafidah Aziz dan Dato Seri Shahrizat Jalil bukanlah satu nama asing di dalam parti UMNO kerana kedua-duanya adalah ketua pemimpin bagi golongan wanita yang pernah menimbulkan pertarungan yang sangat hebat bagi merebut jawatan Ketua Wanita  pada pemilihan UMNO yang lalu.

Pertarungan di antara mereka bukan sekadar dijadikan sejarah UMNO tetapi urutan peristiwanya perlu disingkap semula demi memberi peringatan kepada kita terutamanya ahli-ahli wanita UMNO Malaysia, apakah kriteria maruah diri seorang ketua perlu diketepikan, dilupakan dan dijual begitu sahaja?

Pada perebutan jawatan wanita yang lalu, satu pelan peralihan kuasa telah dipersetujui oleh semua exco wanita termasuk Shahrizat sendiri. 

Tan Sri Rafidah mengakui menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat...


Namun, Shahrizat telah mengingkari janjinya sendiri...

 



Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada ramai pemimpin termasuk di hadapan Presiden (Pak Lah) dan Timbalan Presiden (Dato Najib) parti ketika itu. Malah ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat exco dan pertemuan empat mata dengan Shahrizat.

Kekecewaan diserlahkan exco wanita... namun telah dijadikan bahan ejekan pembangkang!

 
Ini pula kata-kata dan janji Shahrizat...


“I want to make it very clear. Please don’t nominate me (for the post). I will not be accepting any nominations. 
My word is my honour,” 
the Wanita deputy chief said yesterday after the Wanita exco meeting.
Shahrizat said she would be defending her deputy chief's post instead.

Itu adalah kata-kata Shahrizat kepada media, ditegaskan serta diingatkan semula oleh Tan Sri Rafidah  setelah pelan peralihan kuasa yang telah diumumkan pada bulan Ogos 2008 dan diingkari Shahrizat selepas 3 bulan setelah mendapat pencalonan yang memenuhi kouta pertandingan.

Shahrizat juga telah berulang kali memberi kepastian dan pengesahan bahawa beliau tidak akan mencabar kepimpinan Rafidah dan tidak akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan ketua wanita.

Apa berlaku kepada kata-kata Shahrizat itu?
Bagi Shahrizat "my word" tidak lagi penting. Bolehkah ahli-ahli wanita UMNO mempercayai seorang pemimpin yang hari ini berkata ia dan hari esok lain pula yang dilakukan. Di mana maruah diri? Menjual maruah diri dengan alasan hanya alasan kehendak akar umbl? Maruah diri kita bergantung kepada nilai mulut kita.

Anwar Ibrahim dulu pernah kata tidak akan mencabar Ghafar Baba, tapi atas desakan penyokong, akhirnya Ghafar dicabar juga. Nampaknya Shahrizat bukan saja pernah berjiran dengan Anwar tetapi beliau juga belajar untuk menjual maruahnya dengan mengkhianati rakan-rakan di dalam UMNO SEPERTI ANWAR IBRAHIM.

APA KAH SHAHRIZAT YANG BAKAL MEMPERTAHANKAN JAWATAN KETUA WANITA SEORANG YANG BERMARUAH?

APAKAH WANITA UMNO SENTIASA INGIN BERKETUAKAN SEORANG SHAHRIZAT YANG TERANG DAN JELAS MENGKHIANATI JANJI-JANJINYA SENDIRI? 

No comments: