Monday, September 16, 2013

AZALINA TIDAK LAYAK KE MAJLIS TERTINGGI?

 
"Jika menjelang hari pendaftaran calon ada arahan supaya saya menarik diri, maka saya akan akur kerana selama menjadi ahli UMNO saya tidak pernah meletakkan diri lebih tinggi daripada parti," kata Azalina

Inilah sikap seorang ahli politik yang matang yang sepatutnya mendapat tempat dan dihormati serta perlu dicontohi ahli-ahli UMNO, jika ingin melihat UMNO diterima rakyat pada PRU 14 nanti.

Apa yang dikatakan KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di blognya adalah benar;

"Ada pemimpin UMNO yang dilihat popular dan memenangi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) tetapi ditolak rakyat pada PRU ke-13 yang lalu, ini iktibar yang harus dijadikan teladan," 

dan

"Tidak ada maknanya kita bermegah dengan jawatan dalam parti, tetapi apabila berlakunya PRU, UMNO kalah teruk, pemimpinnya ditolak rakyat dan kita kehilangan kuasa.
 
Di dalam artikel terdahulu saya... Azalina mengalah bukan kalah telah dengan jelas menunjukkan betapa sokongan akar umbi serta rakyat terlalu inginkan Dato Aza menerajui kepimpinan sayap Wanita UMNO namun demi meletakkan perjuangan UMNO melebihi kepentingan diri.... Dato Aza mengalah.

Kita juga terima keputusan Dato Aza kerana atas alasan "DI NASIHAT" walaupun dalam suasana hampa tetapi kita tidak sekali-kali akan dikecewakan untuk kali kedua apabila Dato Aza sekali lagi "DI NASIHAT" bertanding untuk Majlis Tertinggi.

Dari dunia puteri ke wanita, politik telah menjadi sebati dalam hidup saya... itulah kata-kata Dato Aza.
 
Mendapat kepercayaan dan mandat Tun Dr Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu, Dato Aza telah mewujudkan Puteri UMNO untuk mendekati wanita-wanita muda. Semua, samada ahli UMNO atau tidak, mengakui kejayaan Dato Aza menerajui Puteri UMNO semenjak penubuhannya pada tahun 2001 hingga 2004dan kesan yang diberi kepada PRU, BN tidak pernah gagal mendapat majoriti 2/3.

Kejayaan pendekatan yang dibawa Dato Aza mendekati dan menyerlahkan peranan wanita-wanita muda dalam Puteri UMNO, akhirnya telah ditiru pihak pembangkang samada PAS, PKR dan DAP. 
 
Kecemerlangan beliau sebagai Ketua Puteri pertama diiktraf oleh Tun Mahathir yang meletakkan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan wanita pertama telah menjadi faktor penarik golongan belia, terutama wanita untuk menyertai aktiviti kementerian.

Dato Aza juga tidak sunyi dari kontroversi apabila  ketika menyandang jawatan sebagai Menteri Pelancongan, namun tahun 2009, SPRM dan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Said Hamdan mengesahkan Azalina bebas dari rasuah.

TRANSFORMASI UMNO

Survival UMNO di PRU 14, sangat-sangat bergantung kepada barisan kepimpinan di PAU akan datang. Its a DO or DIE...

Mereka yang menawarkan diri dalam PAU kali ini bukan sekadar ingin menawarkan diri tetapi berharap akan berlaku transformasi yang terbaik antara kombinasi bakat pemimpin lama dan yang baru dan itu juga adalah saranan dari YAB Perdana Menteri sendiri selaku, Presiden UMNO dan ini juga diakui oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Ia bukan sekadar untuk berkhidmat atau menempa nama tetapi bersedia untuk membawa parti kearah transformasi ahli UMNO yang mana ahlinya terdiri dari orang Melayu itu sendiri, untuk terus dibela dan terus bermaruah ditanah tumpah bumi yang bertuah ini dan UMNO adalah medan terbaik untuk berbuat demikian…

UMNO PERLU DIGERUNI

Pada PRU 12 dan 13, BN gagal mendapat mandat 2/3 majoriti, Ini sangat-sangat mendapat perhatian akar umbi UMNO. Walaupun pada PRU13, UMNO berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen namun yang perlu diambil iktibar adalah barisan kepimpinan UMNO yang bakal dipilih mesti diterima baik rakyat juga.

Barisan pemimpin baru UMNO, bukan sekadar popular di kalangan UMNO tetapi mereka haruslah merupakan barisan panglima UMNO yang digeruni pembangkang.

Kita telah menyaksikan bagaimana Dato Aza secara solo menghadapi serangan pembangkang dengan isu projek petrokimia RM60 bilion di Pengerang sehingga Salahuddin Ayub tidak berani menyahut cabaran Dato Aza untuk berdebat dan seterusnya takut untuk bertanding di Pengerang pada PRU 13 lalu.

Nurul Izza yang pernah menewaskan Ketua Wanita UMNO di Lembah Pantai juga turut terpaksa duduk diam dengan keterangan Dato Aza di Dewan Parlimen di SINI...
 
Dengan kemenangan majoriti bergaya pada PRU13 sebanyak 22,508 setelah menang tanpa dicabar pada PRU11 dan PRU12, adalah pencapaian yang tidak mampu diperlekeh pembangkang. Kita makluam Dato Aza diserang dengan begitu hebat dari pelbagai sudut termasuk para simpati yang diupah masuk dari Singapura.

Apakah dengan keberanian, kebijaksanaan, ketegasan dan kecemerlangan Dato Azalina Othman maka UMNO tidak akan menerima beliau menduduki Majlis Tertinggi di PAU akan datang nanti?

Jika pembangkang sendiri akur dengan kecemerlangan beliau, mengapa UMNO perlu menidakkannya?


No comments: