Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan
untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut
agama Kristian di Malaysia.
Ini adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee
Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap
perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31
Disember 2009.
Permohonan kali ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai YA
Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul
Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16
Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri
Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah
Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam
Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah
dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif
kepada agama Islam.
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja
Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The
Catholic Weekly.
Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur
memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Rayuan telah
mengenepikan permohonan rayuan pihak gereja tersebut pada 22 Ogos yang
lalu - AIDC
Ini pula yang sedang berlaku di Istana Mahkamah Putrajaya, hari ini;
Yang pasti menarik;
Akan diupdate dari semasa ke semasa....
No comments:
Post a Comment