Apabila hari ini DS Shahrizat mengalami sindrom "mabuk kuasa" dan "tak sedar diri", perasaan meluat dan letih terhadap UMNO nampaknya semakin terserlah.
Kita telah saksikan kerosakkan di dalam sayap Pemuda dan sekarang kerosakkan yang sama telah merebak ke sayap Wanita pula.
Apa yang menjadi lebih parah bagi UMNO ialah sayap wanitanya yang merupakan tulang belakang bagi program-program akar umbi dan penerimaan peringkat akar umbi adalah lebih rapat dengan penerimaan rakyat terhadap BN.
Lebih teruk apabila tiada muka-muka baru dalam kepimpinan wanita di peringkat pertengahan dan akar umbi, atau lebih tepat kepupusan kepimpinan puteri setelah had umur mereka tamat dan melayakkan mereka sebagai ahli Wanita UMNO.
Puteri UMNO sepatutnya adalah platform bagi melatih yang muda dan remaja untuk persediaan memimpin sayap Wanita di masa akan datang.
Mereka yang sepatutnya membawa ahli-ahli muda, idea-idea baru, inovasi serta semangat dan terus meletakkan Wanita agar lebih relevan diterima oleh kelompok yang lebih besar.
Untuk menjayakan ini, Wanita mesti bekerjasama dengan Puteri, bentuk dan latih mereka untuk akhirnya diberi laluan kepada yang baru bagi memberi pergerakan wanita ini lebih bertenaga.
Malangnya, dengan jelas ini tidak berlaku...
Puteri nampaknya kurang terserlah di dalam peralihan menuju ke sayap Wanita. Perebutan jawatan ketua Wanita di antara DS Shahrizat dan DS Azalina adalah senario kegagalan jelas peralihan ini.
Perebutan ini adalah di antara seorang Ahli Parlimen yang telah menang dan berjaya mengekalkan kedudukannya, seorang wanita yang agak muda dan masih belum berumahtangga dan mempunyai track record bukan saja mengetuai pergerakan Puteri tetapi bertanggungjawab mewujudkan penubuhannya, menanggung beberapa kesilapan kecil tetapi tidak sehingga mampu membunuh karier politiknya, BERBANDING dengan penyandang Ketua Wanita di mana beliau kalah di kawasan parlimennya sendiri tetapi diberi jawatan di dalam kerajaan hanya kerana beliau ada kedudukan di dalam parti dan akhirnya terpaksa melepaskan jawatan kerana skandal seluruh keluarganya yang menjadi beban kepada UMNO dan BN.
DS Shahrizat tidak memisahkan masalah diri dan keluarganya dari UMNO dengan segera, tidak mengenalpasti bahawa beliau adalah beban kepada parti, di mana beliau membenarkan UMNO dihina kerana mempunyai seorang daripada pemipin-pemimpin tertingginya dikaitkan dengan skandal besar negara, tetapi masih ingin memegang jawatan dengan apa cara sekali pun... SEBENARNYA IA ADALAH SATU BEBAN!
Apa yang menjadikan ia lebih membimbangkan ialah sokongan daripada pemimpin-pemimpin sayap wanita yang takut kepada perubahan, yang masih ingin bernyawa di dalam kelompok yang dihina rakyat daripada bersemuka dengan realiti di akar umbi.
Inilah sindrom burung kaswari yang menyorokkan kepalanya di dalam tanah, menjadi penyebab utama mengapa UMNO tidak mampu diubah kepada sesuatu yang lebih relevan kepada rakyat.
Jika ada suara-suara wanita yang terdahulu mengatakan Shahrizat telah berkorban jawatannya sebagai menteri kerana skandal NFC... maka, demi survival UMNO di PRU 14 nanti, inilah masa terbaik DS Shahrizat menunjukkan pengorbanan yang sebenar-benarnya kepada parti dan memberi laluan kepada mantan ketua puteri untuk menerajui kepimpian wanita UMNO dan seterusnya penubuhan Puteri UMNO nampak lebih relevan dan bertepatan mencapai matlamat transformasi.

No comments:
Post a Comment