Sunday, August 09, 2015

JOSHUA PARFITT DINOBAT PEMIDATO TERBAIK PABM 2015

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015 telah ke kemuncaknya dengan menobatkan pidato dari United Kingdom Joshua Parfitt sebagai juara; 


 
 

Joshua juga menjuarai kategori antarabangsa dan Emma Cecilia Roberts dari Australia pula muncul naib johan sementara Wyatt Evan Gordon dari Amerika Syarikat di tempat ketiga.

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai AS$7,000 (RM27,500), Piala Perdana Menteri, piala iringan, hadiah sampingan dan sijil manakala naib johan membawa pulang hadiah wang tunai AS$5,000 (RM19,600). Pemenang tempat ketiga pula membawa pulang AS$3,000 (RM11,700).

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dengan diiringi timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Sementara itu, Mohd. Akmal Aizat Umar dari Malaysia muncul juara dalam kategori Alam Melayu menumpaskan rakan senegara, Then Siaw Lian (naib johan) dan Awabeen Samsuding dari Thailand (tempat ketiga).

Dalam kategori pelajar asing Malaysia pula, Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Mesir muncul juara, Waleed Basil Mohammed Ali dari Iraq (naib johan) dan Maher G.M. Abdolrasol dari Libya (tempat ketiga).

SPRM BUKAN MUSUH POLIS - KETUA POLIS NEGARA


Sepanjang minggu lepas, betapa kecohnya apabila dua pegawai kanan SPRM, Pengarah Operasi Khas Bahri Mohd Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi Rohaizad Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dengan serta merta dan seterusnya pelbagai kenyataan yang terkeluar dari pelbagai pihak.

Ia seolah-olah kedua-dua pegawai kanan ini telah dianiaya pihak polis kerana siasatan pertuduhan kebocoran maklumat yang telah diterbitkan portal Sarawak Report.

Perselisihan faham antara Polis dan SPRM telah dijadikan isu oleh pihak umum dan politik yang telah menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi. Untuk mengelakkan salah faham yang berterusan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa siasatan akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Dalam memerangi rasuah, Tan Sri Khalid juga telah menyatakan dengan jelas bahawa ia sentiasa menjadi tanggungjawab PDRM untuk menyokong dan bukan menjadikan SPRM sebagai musuh.

Tindakan terhadap pengarah SPRM dan dua pegawai kanan itu diambil kerana terdapat keperluan untuk mencari bagaimana salinan kertas pertuduhan boleh disiarkan ke portal Sarawak Report. Malah, saksi dari Bank Negara dan bank-bank komersial yang lain juga telah diminta untuk hadir semasa proses penyiasatan.

Polis bertindak di atas arahan Peguam Negara di mana tumpuan diberikan kepada maklumat yang diterbitkan dalam Sarawak Report serta maklumat perbankan. TS Khalid juga telah menelefon Tan Sri Abu Kassim, Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menerangkan matlamat tindakan polis yang bukan untuk menyiasat mahupun mensasarkan SPRM.

Pihak polis telah menerima aduan dari individu dan ia adalah sesuatu yang sangat serius di mana siasatan polis tidak boleh memilih dan berpihak. Pihak polis bertanggungjawab sempurnakan siasatan dan hantar laporan ke pihak Peguam Negara untuk dibuat keputusan.

Sebagai tunggak untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara, Tan Sri Khalid mengingatkan bahawa sesiapa juga yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang sah, polis akan sentiasa menyokong dasar dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak mudah lemah dan dipermainkan hanya dengan sebaran khabar angin dan maklumat yang tidak tepat melalui media sosial tetapi mempertahankan kepimpinan kerajaan sekarang kerana ia dipilih dalam sistem demokrasi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) dan mencari dalang di belakang kebocoran maklumat ini. Oleh itu, ia tidak pernah dikaitkan untuk campur tangan dalam siasatan SPRM.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pula menegaskan bahawa polis tidak mensasarkan SPRM tetapi menyiasat kebocoran dalam siasatan 1MDB dan semuanya dilakukan mengikut prosedur.

Saturday, August 08, 2015

PELUANG FELDA UNTUNG BESAR BAKAL TERLEPAS - PERDANA MENTERI


Felda Global Venture (FGV) sedang di dalam proses perundingan terakhir untuk membeli perladangan terbesar Indonesia PT Eagle High Plantations, namun peneroka Felda yang merupakan pemegang saham terbesar FGV bakal terlepas peluang untuk mendapat keuntungan yang sangat besar seandainya mereka memilih untuk dipengaruhi dengan hasutan kata-kata negatif.

Berkata di hadapan lebih dari 1,000 peneroka Felda di Rumah Terbuka Aidil Fitri, Perdana Menteri juga dimaklumkan mengenai dakwaan kononnya terdapat penyelewengan dalam perjanjian tersebut. Kejayaan urusniaga ini juga bakal berhadapan dengan risiko sabotaj jika mereka membuat keputusan berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Rancangan untuk membeli EHP adalah sebahagian dari usaha pentadbiran beliau menuju ke arah menjadikan Felda sebagai kuasa besar dalam perladangan yang terbesar di rantau ini. Perdana Menteri juga menegaskan sekiranya formulanya tepat, FGV dan Felda bakal membuat keuntungan yang sangat besar.

Oleh itu, Perdana Menteri mengingatkan agar pemegang saham FGV tidak mudah dipengaruhi dalam membuat keputusan sehingga peluang keemasan terlepas begitu sahaja dan bukan mudah untuk mendapatkannya semula.

Pelan pengambilalihan ke atas EHP oleh FGV bergantung kepada keputusan pemegang sahamnya dan keputusan hanya perlu mengambilkira ke atas keuntungan kedua belah pihak.

Dilaporkan FGV telah menandatangani Perjanjian Utama dengan Kumpulan Rajawali untuk mengambil alih 37 peratus kepentingan dalam EHP berjumlah USD680 juta. Di bawah cadangan pengambilalihan itu, FGV akan membayar USD632 juta secara tunai bagi 30 peratus pegangan dan bakinya sebanyak RM95 juta saham baru FGV.

Segalanya dijangka siap menjelang akhir bulan ini dan EGM boleh diadakan seawal September bagi pemegang saham FGV untuk meluluskan perjanjian EHP dengan FGV. Sementara itu, menurut CEO FGV Datuk Mohd Emir Mavani, pihak syarikat telah menyediakan buku laporan kepada lebih 200,000 peneroka Felda dan keluarga bagi menerangkan mengenai rasional pembelian pegangan EHP.

Kepada pemegang-pemegang saham FGV terutamanya peneroka-peneroka Felda, seperti nasihat Perdana Menteri agar fikirkan masa depan anak cucu mereka dan fikirkan untuk kejayaan mereka juga. Janganlah sehingga dimusnahkan segala usaha gigih selama ini seandainya peluang ini dipersia-siakan dan peluang Felda mendapat keuntungan besar bakal terlepas untuk dinikmati peneroka sekelian.

PABM 2015 PERINGKAT AKHIR: SAINGAN SENGIT DARI FINALIS


Wakil negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015, Then Siaw Lian dan Mohd Akmal Aizat Umar berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas muncul antara tiga peserta terbaik dalam kategori Alam Melayu pada peringkat separuh akhir.

Siaw Lian yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak merupakan peserta bukan Melayu pertama mewakili negara yang layak ke peringkat pertandingan pidato berprestij itu.

Pada peringkat separuh akhir, Siaw Lian menyampaikan pidato bertajuk Makna Sebuah Perpaduan manakala Mohd Akmal Izzat memilih tajuk Sengsara Dunia: Di Mana Silapnya?

Dua wakil negara itu bakal diberikan saingan sengit oleh wakil Thailand, Awabeen Samsuding yang turut melepasi halangan di peringkat separuh akhir menerusi pidato bertajuk Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Kategori Antarabangsa pula menyaksikan pertandingan tiga finalis antara wakil Australia, Emma Cecilia Roberts, wakil Amerika Syarikat (AS) Wyatt Evan Gordon dan pemidato United Kingdom, Joshua Parfitt.

Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) pula bakal menampilkan persaingan antara Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pemidato Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maher G.M Abdolrasol dan wakil Universiti Putra Malaysia (UPM), Waleed Basil Mohammed Ali.

PABM 2015 yang berlangsung selama lima hari bermula kelmarin disertai 71 peserta dari serata dunia dalam tiga kategori iaitu Alam Melayu, Antarabangsa dan PAM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri pertandingan akhir PABM 2015 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
 

Friday, August 07, 2015

PABM 2015 PERINGKAT AKHIR: YANG GAGAL BERAZAM TERUS KUASAI BAHASA MELAYU

Telah berlangsung saringan peringkat separuh akhir pertandingan PABM 2015. Pelbagai cara, teknik, kebolehan berbahasa Melayu ditunujukkan ketika berpidato.

Seramai 70 pemidato dari seluruh dunia telah pun menghidangkan kebolehan mereka bukan saja di dalam menguasai bahasa Melayu malahan pengetahuan mereka dalam ilmu dan isu-isu semasa juga adalah faktor bagi mereka untuk layak ke peringkat akhir.

Kegagalan untuk terpilih ke peringkat akhir sama sekali tidak melemahkan semangat semangat para peserta untuk terus menguasai bahasa Melayu. 


Pavel Naidenov dari Rusia yang hanya layak ke peringkat separuh akhir, mempelajari lebih dari satu bahasa dan menjelaskan bahasa Melayu mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Rusia dari segi penggunaan ayat yang mudah dan bagi beliau, bahasa Melayu juga mempunyai logiknya yang sendiri.




Peserta Mali Mariam Coulibay, sekadar berjaya ke peringkat separuh akhir berpegang kepada pepatah Mali '‘kalau kamu ingin mengenal orang harus belajar tentang bahasa dan budaya' dalam mempelajari bahasa Melayu berharap dengan pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu kerjayanya di masa hadapan terutama di Malaysia dan Indonesia yang kini pesat dengan pembangunan ekonominya.


Bagi Aron Laki dari Hungary melayakkan dirinya ke peringkat separuh akhir adalah satu pencapaian terbaik baginya apabila beliau hanya mempelajari bahasa Melayu dalam masa setahun sahaja. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu kekalahan malahan ia merupakan satu kejayaan peribadi.

 


Pemidato Eiko Akazawa dari Jepun ini pula tidak kecewa apabila tidak berjaya ke peringkat akhir setelah melakukan yang terbaik. Eiko sangat berminat dengan masyarakat Malaysia dan akan meneruskan menguasai bahasa Melayu.





Di dalam usaha kerajaan untuk memperkukuhkan lagi penggunaan bahasa Melayu, beberapa siri  kempen termasuklah sambutan Bulan Bahasa di peringkat kebangsaan pernah diadakan. Dan kini penganjuran PABM telah memperluaskan lagi penguasaan bahasa Melayu di peringkat dunia.

Pentas PABM juga mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa perpaduan yang menjadi pemudahcara membentuk perpaduan bangsa di dunia serta mewujudkan keberkesanan dari segi komunikasi antara masyarakat tidak kira di mana mereka berada.
Bagaimanapun, matlamat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa perpaduan tidak boleh ditolak ke tepi kerana di negara kita, bahasa Melayulah yang menjadi pemudahcara membentuk perpaduan kaum dan mewujudkan keberkesanan dari segi komunikasi antara masyarakat tidak kira di mana mereka berada.
Usaha memperkukuh penggunaan bahasa Melayu sudah dilakukan sejak sekian lama dengan mengadakan pelbagai kempen termasuklah sambutan Bulan Bahasa di peringkat kebangsaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/memahami-kepentingan-dua-bahasa-1.121035#sthash.pKn5NDnr.dpuf

Bagaimanapun, matlamat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa perpaduan tidak boleh ditolak ke tepi kerana di negara kita, bahasa Melayulah yang menjadi pemudahcara membentuk perpaduan kaum dan mewujudkan keberkesanan dari segi komunikasi antara masyarakat tidak kira di mana mereka berada.
Usaha memperkukuh penggunaan bahasa Melayu sudah dilakukan sejak sekian lama dengan mengadakan pelbagai kempen termasuklah sambutan Bulan Bahasa di peringkat kebangsaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/memahami-kepentingan-dua-bahasa-1.121035#sthash.pKn5NDnr.dpuf
Bagaimanapun, matlamat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa perpaduan tidak boleh ditolak ke tepi kerana di negara kita, bahasa Melayulah yang menjadi pemudahcara membentuk perpaduan kaum dan mewujudkan keberkesanan dari segi komunikasi antara masyarakat tidak kira di mana mereka berada.
Usaha memperkukuh penggunaan bahasa Melayu sudah dilakukan sejak sekian lama dengan mengadakan pelbagai kempen termasuklah sambutan Bulan Bahasa di peringkat kebangsaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/memahami-kepentingan-dua-bahasa-1.121035#sthash.pKn5NDnr.dpuf