Tuesday, March 04, 2014

#ComeyFun GELARAN DARI PENYOKONG KAJANG

Walaupun dia seorang wanita, dia ada track record yang cemerlang serta keberanian yang luar biasa. Dia tidak takut sesiapapun, walau Anwar Ibrahim, beliau sanggup menentang. Itu adalah kenyataan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong penuh pencalonan DP Chew Mei Fun di PRK Kajang nanti.

Setelah beberapa hari Mei Fun turun padang menemui pengundi-pengundi di sekitar DUN Kajang bagi meninjau sokongan terhadapnya, terdapat reaksi-reaksi yang memberangsangkan.

Mei Fun berjumpa dan bermesra dengan mereka yang tidak mengira umur, jantina dan bangsa. Pada raut wajahnya terserlah kemesraan dan ini telah menyebabkan beliau begitu senang didekati.

Di dalam sibuk melayan pengundi-pengundi ini, terdengar seorang makcik dalam lingkungan umur 60an berkata, "Comel sungguh Mei Fun ni. Kita panggil dia 'COMEY FUN' sajalah. Lagipun dah dekat dengan nama Chew Mei Fun."

Maka, dilakar pula oleh seorang kartunis dengan lakaran ini;





Ada beberapa penggiat media sosial pun telah mewujudkan di Twitter dengan #ComeyFun bagi tujuan kempen Mei Fun nanti kerana sinonimnya.

Datin Paduka Mei Fun pula menerima baik usaha menggambarkannya dengan beberapa watak kartun yang comel walaupun ada usaha-usaha nakal memanipulasi gambar tersebut sehingga ada yang cuba menggunakan sebagai bahan untuk menyerang beliau.

Walaubagaimanapun, jika penyokong dan pengundi Kajang lebih menggemari Mei Fun kerana berwajah dan berperwatakan comel, pasti ini tidak akan menggugat peluang beliau untuk menang di PRK Kajang nanti.

Oleh itu, kepada semua pengundi-pengundi Kajang, walaupun Datin Paduka Mei Fun seorang yang comel tetapi TS Mahyuddin mengagumi keberanian beliau menghadapi tentangannya samada ia seorang ahli politik terkenal, seorang pemidato handal ataupun ia

Comel... comel Mei Fun jangan disangka akan memberi laluan mudah kepada yang ingin memberi tentangan kepadanya.

Maka, penduduk Kajang perlu berbangga kerana bakal mendapat seorang yang comel, berani, rajin, dedikasi dan yang penting sekali berilah undi kepada #ComeyFun!

Monday, March 03, 2014

MESEJ MEI FUN KEPADA ANWAR IBRAHIM

Apabila Anwar cuba beri mesej kepada rakyat Kajang - This Is Our Country, Melayu Cina India Must Be Here, ramai mengetahui itu hanyalah kempen Anwar yang sangat terdesak memujuk pengundi Kajang.

Jika benar kata-kata Anwar, apa perlu Anwar bertanding untuk mengambil alih kerusi yang memang dimenangi calon bangsa Cina semenjak beberapa pilihanraya umum yang lalu. Apakah tiada DUN lain yang dimenangi kerusi bangsa Melayu yang perlu ditandingi Anwar? Mengapa perlu kerusi untuk kouta Cina dirampas Anwar?

Berlainan dengan pendirian BN yang menghormati kouta kerusi MCA dan bersedia berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen yang mewakili bangsa-bangsa mereka. Inilah sebabnya Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA diberi penghormatan untuk bertanding di PRK Kajang pada 23 Mac nanti.

Walaupun MCA mewakili bangsa Cina, namun bukan kerana PRK Kajang maka bangsa Melayu Cina dan India dikunjungi. Adalah menjadi prinsip BN semenjak penubuhannya mengutamakan semua bangsa dan memastikan semua bangsa dapat bersatu hati sebagai rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, rakyat Kajang tidak kekok untuk menerima kunjungan DP Mei Fun ke kawasan mereka samada di kawasan penduduk India ataupun Melayu.

Setelah diumumkan sebagai calon BN, DP Mei Fun sentiasa disenangi semua bangsa dalam kunjungan menjengok pengundi Kajang...

Pada 2 Mac, DP Mei Fun mengadakan program berinteraksi dengan masyarakat India di Kajang:



Mei Fun tidak berasa janggal berselimpuh bersama-sama pengundi Melayu
menghadiri majlis penerangan ekonomi nasional anjuran UMNO di Saujana Impian, Kajang pada 01/03/2014 dan ini adalah rekod!



Mesranya makcik-makcik dan kakak-kakak bersama DP Mei Fun;






Abang dan pakcik pun tidak mahu ketinggalan...



Tidak kira muda atau pun tua, pasti disenangi...










Kepada Anwar dan peyokong-penyokongnya...

Kenyataan bumi Malaysia ini hak orang Cina, India dan Melayu bukan sesuatu yang baru. Malahan ia telah dilaksanakan semenjak merdeka dan hanya BN yang mampu mensejahterakan pelbagai kaum ini.

Kenyataan yang dibuat Anwar bukan untuk dijaja di pentas politik tetapi hakikatnya telah dibuktikan DP Mei Fun dan mesej kepada Anwar dan penyokong-penyokongnya... rajin-rajin menjengok ... DI SINI


PAS - BIAR ISLAM DIHINA, JANGAN KRISTIAN DICERCA?


Blog Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr. Mujahid Rawa dengan gahnya memaparkan artikel bertajuk ‘PAS Menangi Pujian Padri’ dalam pos terbarunya semalam.   

Artikel itu adalah berdasarkan kenyataan Mujahid di dalam sebuah gereja di Sungai Petani sejurus selepas solat Jumaat pada 28 Februari lalu.   Kehadiran Mujahid di Gereja Christ the King di Sungai Petani itu merupakan kunjungan keduanya ke gereja untuk berdialog mengenai agama.

Dalam kenyataannya, Mujahid menegaskan bahawa PAS tidak boleh berdiam diri apabila orang Kristian di Malaysia terus dicerca.

Artikel di beberapa portal dan blog pembangkang turut membawa tajuk yang sama iaitu “PAS Will Not Keep Silent As Christians Bashed”.    Antara kandungan artikel-artikel tersebut adalah puji-pujian orang-orang Kristian terhadap Mujahid  atas mesejnya yang jelas membenarkan Kristian menggunakan nama ‘Allah’.

Nampaknya, pendirian PAS mengenai kalimah Allah masih belum jelas.   Beberapa tahun lepas, PAS begitu beria-ia menempelak UMNO kerana menghalang penyebaran Injil berbahasa Melayu di semenanjung.  Menurut PAS, UMNO gagal mengamalkan toleransi agama kerana menghalang orang-orang Kristian berdakwah.  Untuk itu, PAS berdiri teguh di belakang, dan kadangkala di hadapan DAP dan Padri-padri Kristian, mengutuk UMNO.

Apabila isu ini kembali hangat di mahkamah, pendirian PAS mengenainya mula berubah-rubah dan berbeza-beza antara satu pemimpin dengan pemimpin lain.  Isu Kalimah ‘Allah’ di dalam Injil kemudiannya semakin hangat ekoran pihak gereja mengambil sikap degil enggan akur dengan perintah mahkamah yang menghalang penggunaan nama Allah bagi menggantikan ‘Tuhan’ di dalam Injil berbahasa Melayu di semenanjung.  Serbuan JAIS ke gereja yang terlibat menjadikan api yang sebelumnya bersifat setempat, mula merebak.

Perlu diingatkan bahawa setahun yang lalu, iaitu pada 1 Mac 2013, Nik Aziz dilaporkan bersetuju Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil.  Pendirian Nik Aziz pada waktu itu mendapat pujian dari Bishop Dr. Paul Tan Chee dalam menyatakan kekesalan beliau terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengambil pendirian bertentangan.   

Bagaimanapun, pada 25 Januari tahun ini, kenyataan Nik Aziz mengenai isu ini berbeza pula.  Kali ini, beliau tidak setuju Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu. 

Alhamdulillah, setakat ini, Nik Aziz belum lagi membuat sebarang pusingan U atau membelok ke mana-mana dalam memperkatakan isu ini.

Justeru, bolehlah dianggap bahawa Nik Aziz turut bersetuju dengan UMNO dan mahkamah bahawa Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu.

Malang nampaknya kenyataan Nik Aziz sudah tidak laku lagi walaupun di kalangan pemimpin bawahan PAS sendiri.  Jika tidak, mana mungkin Mujahid berani ke hulu ke hilir membela Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil.

Malah, untuk tujuan itu, Mujahid bukan saja ‘rajin’ ke gereja, malah beliau turut tampil menjadi barisan hadapan untuk membela dan mempertahankan Kristian bermati-matian.  Mujahid sungguh-sungguh tidak rela Kristian ‘dicerca’.

Pelik sekali kerana Mujahid tidak pula tampil membela Islam sedemikian rupa apabila Namewee mempermainkan azan, ataupun Alvivi menghina Ramadan.  Mujahid juga tidak peduli jika pemimpin-pemimpin DAP menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran bagi mengaut keuntungan politik di kalangan orang-orang PAS.  Mujahid juga tidak kisah jika tentera siber DAP menghina Rasulullah  SAW dan juga Allah SWT sesuka hati mereka.

Mungkin bagi Mujahid, biar Islam dicerca, tetapi Kristian jangan sekali. 
 
Memang enggan menulis panjang mengenai perkara ini.  Cukuplah dengan memaparkan segala fakta ini untuk para pembaca memikirkannya sendiri.

PENCALONAN CHEW MEI FUN - APA KATA MEREKA?

Pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakilili MCA untuk bertanding sebagai calon BN di PRK Kajang nanti adalah satu pilihan yang dilihat sebagai satu cabaran sengit kepada Anwar Ibrahim yang dianggap tokoh gergasi politik tanahair.

Walaupun DP Mei Fun dikatakan sebagai calon 'underdog' oleh sesetengah pihak terutama yang tidak memihak kepada BN, beliau bukanlah seseorang yang asing kepada BN terutama MCA dan di kalangan pengundi Cina. Biodata Datin Paduka boleh dinilai ... DI SINI.

Namun, sesuatu yang mengagumkan apabila pencalonan mendapat sokongan padu dan sebulat suara dari kesemua pemimpin komponen BN walaupun pada satu ketika ada di antara pemimpin-pemimpin UMNO berkeras untuk meletakkan calon dari UMNO dan ada juga beberapa pemimpin yang mencadangkan agar BN tidak bertanding.

Akhirnya parti-parti komponen BN, berpakat dan bersetuju sepenuhnya. Berikut adalah sokongan yang ditunjukkan mereka dan di antaranya ialah;

"Pucuk pimpinan BN sebulat suara memilih Mei Fun kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan, berjiwa rakyat dan berpengalamanluas dalam bidang politi." Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri | BH
"Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - mStar
"Kami telah mencadangkan seorang calon yang berintegriti dan boleh dipercayai selain berwibawa untuk menunaikan janji-janjinya dengan penuh dedikasi." - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai | Bernama
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula percaya Chew mampu membawa pembaharuan ke Kajang serta negara.


"Beliau tahu bagaimana untuk menarik perhatian pengundi kerana beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan persekutuan sebelum ini. Kami menaruh kepercayaan penuh bahawa Chew adalah calon tepat untuk Kajang," - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas 
Sementara Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Kader Ibrahim yakin Chew mampu menunaikan janji-janjinyakepada penduduk Kajang.

Tidak ketinggalan juga, persepsi positif dari para penganalisa politik dan juga ahli-ahli akademik

"Sejarah telah membuktikan bahawa calon wanita boleh menang di Dun Kajang, ini terbukti dengan kemenangan calon wanita di Dun tersebut sebelum ini," demikian menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali.

"Saya rasa Chew Mei Fun mampu memberi tamparan terhadap Anwar." - SH

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Mei Fun yang juga seorang tokoh nasional mempunyai penyokong tersendiri dan mampu memberi saingan hebat kepada Anwar sekaligus menolak persepsi awal BN tidak perlu meletakkan calon.
"Namun Mei Fun ini juga ada penyokong 'hardcore' dan jika dia berjaya berkempen dengan betul, kemungkinan dia boleh menang dengan menarik kaum Cina dan wanita yang mempunyai kecenderungan untuk memilih calon wanita juga,"
Di era dunia berada di hujung jari, peranan media sosial telah diiktiraf oleh masyarakat hari ini sebagai kaedah untuk menyampaikan berita dan juga propaganda samada putih atau hitam dengan lebih pantas dan terbuka.

Pandangan terbuka bloggers dan cybertroopers juga telah mendapati pencalonan DP Mei Fun sebagai positif dan di antaranya;
"She is cute. The Kajang folks may not have the heart to see her bullied by Anwar." - Life of Annie


Dengan maklumbalas yang sangat positif ini, maka diharap BN tidak akan mudah tunduk dengan tekanan-tekanan yang bakal dikenakan walaupaun kali ini Selangor dikuasai pihak Pakatan.


Yang pasti, BN tidak akan membenarkan Anwar dan sekutu-sekutunya selesa di Kajang!!!


Saturday, March 01, 2014

#PRKKajang : CHEW MEI FUN aka COMEYFUN BAKAL UBAH SOKONGAN CINA

Semenjak pencalonan Chew Mei Fun diumumkan mewakili Barisan Nasional, rata-rata sokongan dan pandangan positif terhadap beliau tidak dapat dinafikan sama sekali. BN meletakkan calon MCA bukan kerana UMNO tunduk dengan kehendak parti komponen yang mewakili bangsa Cina tetapi ia adalah hak MCA memenuhi kouta kerusi DUN Kajang.


Baru-baru ini Chew Mei Fun bersama-sama Timbalan Perdana Menteri telah berada di Sungai Chua, Kajang. Lawatan tinjauan ini adalah untuk berjumpa dengan penduduk tempatan dan pemimpin-pemimpin persatuan dan badan-badan yang sebahagian besarnya mewakili masyarakat Tionghua.


Bukan sahaja TS Muhyiddin yakin dengan pencalonan Chew Mei Fun, tetapi keyakinan dan kegembiraan penduduk Sungai Chua diserlahkan ketika sesi berdialog. Kesungguhan penduduk Sg Chua memberi sokongan calon BN telah dinyatakan kepada TS Muhyiddin kerana sikap Tionghua di Kajang yang mementingkan rasional daripada retorik.

Ini terbukti di dalam dialog bersama mereka apabila topik perbincangan yang diutarakan lebih kepada untuk menyelesaikan masalah setempat di Kajang. Adalah sangat menepati citarasa dan harapan rakyat Kajang, apabila Chew Mei Fun yang pernah menyandang sebagai Ahli Parlimen PJ Utara, terkenal sebagai seorang ahli Parlimen yang sangat rajin bekerja dan bersedia menyelesaikan masalah rakyat.


Ditambah lagi dengan latar belakangnya sebagai seorang tokoh terkenal MCA di kalangan masyarakat Cina dan berpengalaman.

Ini bagi saya satu perkembangan yang menggalakkan walaupun saya tahu kita kena kerja lebih kuat lagi dan saya telah menyatakan harapan saya kepada semua wakil pertubuhan-pertubuhan Cina yang hadir di sini untuk memberikan peluang kepada calon kita untuk dipilih bila PRK diadakan nanti.

Mengimbau semula pengalaman Mei Fun ketika menjadi ahli parlimen PJ Utara, beliau pernah ditegur mantan menteri Kerja Raya, Tan Sri Samy Vellu kerana pendirian kritikalnya terhadap kementerian tersebut sehingga dicop sebagai mewakili pembangkang.

Pada masa yang sama juga, beliau telah diberi gelaran sebagai MP Longkang dari Tony Pua (DAP) hanya kerana kesungguhan beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat walaupun ia isu sebuah longkang.

Jika rakyat di Kajang pernah berketuakan seorang wakil rakyat PKR yang tidak pernah menjengok mereka, mengambil kisah tentang masalah rakyat sehingga pusat perkhidmatan pun seperti tidak wujud, apakah dengan latarbelakang Chew Mei Fun yang telah terbukti dengan kesungguhannya berkhidmat untuk rakyat dan mendahulukan rakyat berbanding bersembang untuk rakyat, maka May Fun tidak diberi peluang?

Jika dilihat raut wajah keibuan Mei Fun, kita pasti akan berasa tenang di kala menghadapi dugaan-dugaan hidup. Apatah lagi dengan krisis yang sedang dihadapi rakyat Selangor dengan isu kekurangan air bersih. Pernah ada di antara rakan-rakan blogger menyatakan lihat saja Mei Fun, terpancar satu harapan dan kesanggupan untuk diselesaikan.

Kepada pengundi Kajang, inilah harapan kamu... 

Berilah undi kamu kepada  calon ... 

CHEW MEI FUN aka COMEYFUN...