Monday, September 30, 2013

#36 : POLITIK BIJAK... BERANI... BENAR...

Menjinakkan parti pembangkang pada senario politik hari ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh malahan ia hampir mustahil. Sebagai rakyat yang pada hari ini mampu mendapat maklumat hanya di hujung jari, kadang kala berasa lemas dan gerun dengan serangan-serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya.
 
Namun berbekalkan iltizam dan corak kepimpinan berpolitik secara bijak, berani dan benar, Dato Azalina melihat semua ini adalah intipati sebagai seorang ahli politik dan ia hanya mampu dilakukan jika seseorang ahli politik itu mempunyai semangat seperti kata-kata tersebut - Politics is the art of the possible.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang ada pada Dato Azalina Syed Ohtman. Pada hari ini beliau telah diberi pengiktirafan ke satu tahap ke hadapan apabila beliau telah dilantik mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13.

 
"Matlamat saya adalah lebih kepada mewujudkan persefahaman di antara semua wakil rakyat tidak kira Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang, agar isu-isu yang menyentuh tentang wanita dapat dibahas serta ditangani sebaik mungkin.," katanya.

Kaukus itu diwujudkan pada 2008 dan dianggotai semua anggota parlimen wanita bagi memperjuangkan pelbagai isu berkaitan wanita selain memperkasakan lagi wanita di negara ini yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.

Pada penggal ke-13 kali ini, kaukus itu dianggotai 23 anggota parlimen wanita dari pihak BN mahupun Pakatan Pembangkang dan mereka adalah;

MP Barisan Nasional
1. Dato Azalina Syed Othman - Pengerusi
2. Datuk Halimah Mohamad Sadique
3. Dato Noraini Ahmad
4. Datuk Rohani Abdul Karim
5. Datuk Noriah Kasnon
6. Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin
7. Datuk Azizah Mohamad Dun
8. YB Datin Linda Tsen Thau Lin
9. Pn Rubiah Hj Wang
10. Nancy Shukri
11. Datuk Mary Yap Ken Jin
12. Puan Mas Ermieyati Samsudin
13. Normala binti Abdul Samad
14. Norah binti Abdul Rahman

MP Pakatan Pembangkang - 3 adalah daripada PKR (3), PAS (2) dan DAP (4).
1. Fuziah Salleh (PKR) - Timbalan Pengerusi
2. Nurul Izzah Anwar (PKR)
3. Zuraida Kamaruddin (PKR)
4. Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS)
5. Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
6. Teresa Kok (DAP)
7. Alice Lau (DAP)
8. Teo Nie Ching (DAP)
9. P Kasthuriraani (DAP)

Dato Azalin ketika memberi pendapatnya yang bertajuk " On being a woman politician and fighting for women's rights". Di antara kata-katanya;


" I BELIEVE NOT IN NUMBERS BUT I BELIEVE IN THE PERFORMANCE OF WOMEN AND THE RESPECT FOR WOMEN IN THE POSITION OF THE EMPOWERMENT AND POWER"

"ISSUES ON WOMEN'S PERSONALITY ITSELF... YOUNG GIRLS ABILITY TO PARTICIPATE IN SPORTS, A YOUNG GIRL ABILITY TO HAVE THE RIGHT TO PLAY, A YOUNG GIRL'S SAFETY..."

"OVERALL THE BIGGEST DIFFICULTY IS... TO RAISE ISSUES AND BEING CONVINCED ON WHAT YOU SAY..."

Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah
Perwakilan wanita-wanita dalam politik adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita. Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-wanita.

Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004.

Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat politik.

Pada masa lalu wanita telah diambil ringan dengan hanya mengikuti pandangan politik suami, abang-abang atau rakan lelaki mereka, tetapi wanita profesional kini mampu mempunyai fikiran mereka sendiri mula mempersoalkan dan menilai setiap apa yang berlaku terutama perjalanan politik hari ini.

Apakah Wanita UMNO telah berubah sesuai dengan tuntutan semasa ini?

Kata-kata Tun Mahathir;

"Saya masih ingat tentangan oleh Wanita apabila cadangan untuk menubuhkan Puteri dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Wanita berpendapat Puteri tidak perlu kerana mana-mana wanita boleh menyertai Wanita UMNO. Tetapi ramai yang berminat untuk menyertai UMNO tidak senang untuk menyertai Wanita UMNO, menyertai kumpulan yang jauh lebih tua daripada mereka dengan kepimpinan yang tidak berubah tahun demi tahun.

Mereka berpendapat mereka tidak akan berpeluang menyuarakan pendapat mereka, jauh sekali daripada menjadi pemimpin. Mereka perlu berada dalam Wanita bertahun-tahun sebelum dapat memain peranan yang bermakna.

MT membuat keputusan untuk menubuhkan Puteri dan ramailah yang berminat daripada generasi muda yang menyertai Puteri dan menyumbang kepada kecergasan UMNO."

Mengambil kira rekod dan tradisi dalam Wanita UMNO, sejak dahulu lagi hanya pemimpin wanita yang telah terbukti sumbangan dan perjuangannya dalam parti akan diangkat sebagai ketua.

Jika menyusur perjuangan dan pencapaian Azalina di dalam politik, apakah Azalina menepati kata-kata Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO dapat berbangga dengan seorang ahli politik seperti Dato Azalina yang telah berjaya menawan dan seterusnya menjinakkan ahli-ahli parlimen wanita dan inilah yang dikatakan politik bijak, berani dan benar...


CALON #36 : BIJAK... BERANI... BENAR...


"Kalau Takut Pada Cabaran, Jangan Gelar Diri Pejuang"

Dato' Azalina Othman Said telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963.

Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Dato' Seri Azalina memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994).

Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002).

Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di sebuah syarikat guaman.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu, Dato' Azlina telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang.

Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan.

Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004.

Dato’ Seri Azalina turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC).

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).

Dato Seri Azalina pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos Switzerland. (Komposit- SDS).

CALON PILIHAN DEMI SURVIVAL UMNO

Kepada 20,080 cawangan UMNO yang bakal mengundi pada Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Oktober 2013 nanti:

1. Sabah: 27 ribu cawangan 
2. Kelantan : 2,208 cawangan
3. Selangor : 2,333 cawangan
4. Johor : 2,287 cawangan
5. Perak : 1,689cawangan
6. Kedah : 2,169 cawangan
7. Pahang : 11,097 cawangan
8. Terenggnu : 1,019 cawangan
9. Wilayah : 1607 cawangan
10. Pulau Pinang : 665 cawangan
11. Melaka : 411cawangan
12. Negeri Sembilan : 617 cawangan
13. Perlis : 300 cawangan



Berikut adalah sedikit pesanan daripada rakyat jelata yang sedang memerhati apakah UMNO benar-benar ingin berubah atau masih di tahap lama...

Apakah kategori calon yang perlu ditolak?

1. Yang sekadar beri amaran
2. Yang menjadi modal mainan serangan pembangkang
3. Yang kalah dalam PRU13
4. Yang bermusim yang hanya muncul menjelang pemilihan.
5. Yang buta media internet
6. Yang hanya pentingkan karier politik sendiri.
7. Yang amalkan kepentingan kaum keluarganya.


Kategori yang perlu dipilih
1. Yang boleh diterima oleh parti dan rakyat.
2. Yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali
3. Yang menang dalam PRU13
4. Yang mesra media internet
5. Yang mementingkan perjuangan parti
6. Yang berpengalaman dan berilmu
7. Yang bersih diri dan ahli keluarga

Oleh itu, demi survival UMNO, maka pilihan yang sangat-sangat diharapkan adalah... (Berikut adalah nos. calon-calon yang bertanding)

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir


 
MAJLIS TERTINGGI

1.   Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
5.   Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
36. Datuk Seri Azalina Othman Said 

 
43. Datuk Hamidah Osman
55. Dr Zubir Harun

WANITA

KETUA WANITA
3. Datuk Maznah Mazlan 
 
EXCO WANITA
1. Datuk Noraini Ahmad

BAGI PEMUDA PULA...

Exco

4. Arman Azha Abu Hanifah
40. Zaidel Baharuddin
75. Mohamad Nazari Ahmad

Nama-nama di atas sangat diperlukan bagi citarasa rakyat dan bekalan untuk PRU14. Seandainya ahli-ahli UMNO ingin menyahut saranan Presidennya agar UMNO sentiasa dipilih rakyat, berikut adalah kategori yang wajib dijadikan pilihan;

1. Yang digeruni pembangkang2. Yang berani dan tidak malu mengaku berjuang untuk Melayu dan Islam
3. Yang berani ke hadapan apabila hak Melayu dicabar
4. Yang berani bersuara langtang apabila ugama Islam dipersoal dan dihina

Seperti lagu "Anak Kecil Bermain Api", kita sudah tiada masa.... maka, buatlah pilihan terbaik agar UMNO kekal relevan di hati rakyat!


Thursday, September 26, 2013

APLIKASI mySPAD PERCUMA!

Pada tahun lalu, selepas melancarkan "aduanSPAD" yang bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat aduan terhadap mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam.

Kini SPAD telah menambahbaik lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang dipanggil "mySPAD" yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam seperti bas, teksi, rel dan terminal dengan mudah, tepat dan di mana jua. 


Aplikasi ini dibangunkan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri di bawah inisiatif myGov. 

Aplikasi ini juga boleh didapati dalam versi Android dan iPhone dan boleh dimuat turun dari 'Google Play Store'...

Google Play



 
Sebagai menjamin keselamatan penumpang serta memudahkan aduan dan SPAD dapat bertindak dengan segera, aplikasi mySPAD juga menyediakan aplikasi bagi pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan perjalanan rel serta maklum balas kepada SPAD. Contohnya; 



Malaysia bakal menganjurkan Tahan Melawat Malaysia 2014, maka aplikasi mySPAD adalah merupakan satu usaha penyediaan bagi melancarkan dan memudahkan urusan pelancong asing di samping memberi keselesaan kepada rakyat tempatan. 

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia disarankan mengambil peluang aplikasi PERCUMA yang disediakan ini.

Wednesday, September 25, 2013

TAMPARAN UNTUK CALON-CALON PUTERI UMNO

Dalam UMNO bakal mengadakan pemilihan kepimpinan mereka dan dalam ramai-ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding di dalam sayap bongsu UMNO iaitu Puterinya, apakah mereka tidak layak untuk dikemukakan di dalam rancangan 3R di bawah Media Prima ini?


Di manakah perginya adik-adik Puteri UMNO ketika ini? Adakah ini bakal menjadi satu tamparan kepada kamu? Adakah puteri-puteri UMNO masih bermain masak-masak dan sekadar menjadi penyedap di dalam UMNO?

Jika tidak, muncullah kamu di dalam rancangan ini mengatasi Nurul Izzah... Berani?