Showing posts with label aduanSPAD. Show all posts
Showing posts with label aduanSPAD. Show all posts

Monday, March 24, 2014

GANTUNG LESEN PEMANDU TEKSI DAN BATALKAN LESEN PENGUSAHA


Baru-baru ini pihak SPAD telah mengambil tindakan ke atas 10 pemandu teksi selama tiga bulan yang bermula pada 1 April kerana enggan mengguna meter. Hukuman ini adalah usaha berterusan SPAD bagi mengambil langkah-langkah membanteras pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

SPAD juga bertegas untuk bertindak membatalkan lesen-lesn pengusaha-pengusaha teksi jika pemandu mereka ditangkpa dengan kesalahan yang sama berulang kali.

Pengusaha-Pengusaha teksi ini perlu bertanggungjawab untuk menunjukkan mereka telah mengambil langkah konkrit untuk menyaring, memantau, melatih dan mendisiplinkan pemandu-pemandu mereka.

Usaha SPAD untuk membanteras pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini telah mendapat kerjasama dari beberapa rakaman video orang awam yang dijadikan bukti. Usaha orang awam ini sangat dipuji dan inilah kerjasama dan prihatin rakyat yang perlu dilakukan.

Di antara kesalahan-kesalahan yang sengaja dilakukan pemandu-pemandu teksi termasuk enggan mengguna meter, menentukan tambang perjalanan, enggan menuju destinasi dan memilih penumpang.

Sekiranya kita sebagai rakyat ingin bersama-sama melihat pengangkutan awam kita berjalan dengan lancar seperti dirancang kerajaan, maka berilah kerjasama dan sokongan. Segala aduan boleh disalurkan seperti berikut;


Menerusi laman Twitter, Facebook dan emel rasminya di aduan@spad.gov.my atau talian 1-800-88-7723.

Thursday, September 26, 2013

APLIKASI mySPAD PERCUMA!

Pada tahun lalu, selepas melancarkan "aduanSPAD" yang bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat aduan terhadap mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam.

Kini SPAD telah menambahbaik lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang dipanggil "mySPAD" yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam seperti bas, teksi, rel dan terminal dengan mudah, tepat dan di mana jua. 


Aplikasi ini dibangunkan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri di bawah inisiatif myGov. 

Aplikasi ini juga boleh didapati dalam versi Android dan iPhone dan boleh dimuat turun dari 'Google Play Store'...

Google Play



 
Sebagai menjamin keselamatan penumpang serta memudahkan aduan dan SPAD dapat bertindak dengan segera, aplikasi mySPAD juga menyediakan aplikasi bagi pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan perjalanan rel serta maklum balas kepada SPAD. Contohnya; 



Malaysia bakal menganjurkan Tahan Melawat Malaysia 2014, maka aplikasi mySPAD adalah merupakan satu usaha penyediaan bagi melancarkan dan memudahkan urusan pelancong asing di samping memberi keselesaan kepada rakyat tempatan. 

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia disarankan mengambil peluang aplikasi PERCUMA yang disediakan ini.