Tuesday, September 24, 2013

JANGAN CUBA CABAR PEGAWAI PENGUATKUASA SPAD

Di antara 15,000 permohonan yang diterima SPAD bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Penguatkuasa SPAD, seramai 750 pemohon telah dipanggil untuk temuduga dan hanya 94 sahaja yang telah berjaya dipilih untuk menjalani latihan Siri 1/2013. 

Tempoh latihan hampir dua bulan yang telah bermula pada 12 Ogos 2013 telah berakhir dengan jayanya oleh seramai 94 orang pegawai penguatkuasa di dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siri 1/2013 di PULAPOT, Ulu Kelang. 


Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD telah menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi Bahagian Penguatkuasa SPAD Siri 1/2013 di Pusat Latihan Kor Polis Tentera (PULAPOT, Genting Kelang.Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Nur Ismail Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, Major Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuas, Kolonel Haji Kamaruddin bin Hj Mustapha, Pengarah Kor Polis Tentera Diraja dan Leftenan Kolonel Noor Hishamuddin bin Rahim, Komandan Pulapot.

Fokus utama yang ditekankan dalam kursus asas ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai disiplin serta etika kerja yang berhemah kepada setiap anggota penguatkuasa. Ini adalah penting bagi SPAD bagi melahirkan setiap anggota penguatkuasa yang berintegriti, tegas dan berhemah kerana setiap anggota penguatkuasa memainkan peranan yang besar sebagai barisan hadapan SPAD.

Di Majlis ini, nilai-nilai dispilin, etika kerja dan ketegasan dapat dilihat dan dipersembahkan oleh pegawai-pegawai ini seperti berikut;



Sebelum ada yang terfikir untuk mencabar pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD, saksikan aksi mereka di SINI.... ADA BERANI?

Mereka juga adalah terdiri daripada graduan-graduan universiti dari pelbagai bidang termasuk forensik, kejuruteraan kimia, statistik dan sebagainya.

Ini membuktikan, SPAD telah bersedia menghadapi apa jua cabaran yang akan datang samada dari fizikal ataupun intelektualnya.


APA PUNCA KJ DICABAR 5 PENJURU?


Pemilihan UMNO kali ini diikuti dengan penuh ‘prihatin’ oleh seluruh rakyat kerana ia dikatakan sebagai pemilihan yang bakal menentukan hala tuju dan identiti negara di masa depan. Menafikan betapa gentingnya situasi bagi UMNO sekarang akan hanya mengundang pandangan sinis rakyat, sekali gus memberi isyarat bahawa UMNO masih enggan berubah.

Justeru, mahu tidak mahu, UMNO wajib mengakui hakikat ini terlebih dahulu sebagai langkah pertama untuk menghapuskan keraguan rakyat.

Walaupun kebanyakan pemimpin UMNO hari ini merasakan mereka lebih terbuka dari pemimpin terdahulu dan membawa ‘gaya kepimpinan’ yang berbeza yang sesuai dengan zaman tetapi, segala keterbukaan yang dilaungkan tidak akan memberi makna jika enggan berkata yang benar.

Jika benar kita ingin menjadi ‘Melayu Baru’ iaitu lebih terbuka, lebih maju dan lebih moden, maka pertama sekali kita harus berani berkata benar sepertimana masyarakat di negara maju, moden dan terbuka juga.

Namun, kebenarannya hari ini ialah pemimpin UMNO yang menyangka mereka membawa perwatakan Melayu baru  itu sebenarnya hanyalah ilusi semata-mata.  Melayu baru seharusnya tiada perasaan dengki atau takutkan persaingan.  Melayu baru tidak wajar membawa sikap hipokrit, malu alah, takut pada pendatang dan menyembah penjajah.

Melayu baru seharusnya berani berdiri atas keMelayuannya dengan yakin dan bukannya malu menjadi Melayu.  Dan Pemuda UMNO seharusnya menjadi pencetus kepada gaya pemikiran baru ini.

UMNO tidak wajar mengharapkan orang Melayu melonggarkan ‘keMelayuan’ mereka di kala kaum lain tegar memperkasa dan mengasak identiti kaum mereka ke atas Malaysia.  Pemuda UMNO sepatutnya menjadi pendesak kepada agenda Melayu, ekonomi Melayu, serta menjadi penggerak utama dalam membentuk identiti Malaysia yang tepat, melalui BN.

Malangnya, di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO dikatakan tersasar jauh dari landasan UMNO malah dalam banyak keadaan dilihat memasuki landasan bertentangan.  Bukan sekali, malah telah beberapa kali, beliau dikesan membuat kenyataan yang tidak menepati jangkaan dan harapan akar umbi UMNO dan orang Melayu keseluruhannya.

Identiti ‘Melayu baru’ yang ingin ditonjolkan Khairy nampaknya tidak menepati definisi akar umbi UMNO mahupun rakyat yang menyokong UMNO.  

Justeru, tidak hairanlah jika beliau kini  menghadapi cabaran dari 5 penjuru.  Salah seorang pencabarnya ialah Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.  Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Kedah, membawa misi untuk menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu dalam sayap Pemuda.

Seorang lagi calon ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail.  Syed Rosli mengundang perhatian ramai ketika menyerahkan borang pencalonan apabila menyampaikan ucapan dan melafazkan sumpah laknat tidak akan melakukan rasuah yang mana difahamkan sebagai provokasi terhadap Khairy.

Turut menjadi calon ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali dengan membawa agenda utama untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap pergerakan Pemuda UMNO.
 
Manakala calon terakhir ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak yang tidak begitu dikenali ramai.
 
Jelas, agenda Melayu menjadi punca utama kenapa Khairy ditentang.
Hakikat bahawa beliau memegang jawatan itu melalui pertandingan yang penuh misteri dan kontroversi turut tidak membantu imej beliau.  Khairy Jamaluddin menjadi sasaran keraguan akar umbi kerana dilihat sebagai anak muda yang rakus gara-gara mengakui ingin menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun.

Apakah laungan ini perlu dilupakan?


Selain itu, skandal di dalam GLC yang dikaitkan dengan dirinya yang tidak pernah selesai sehinggalah ke hari ini, dilihat sebagai beban yang harus dipikulnya selama hayat politiknya.

Lebih dari itu, Khairy dilihat sebagai pemimpin yang hanya tahu bercakap, beretorik, berdebat dan berhujah sahaja, tetapi tidak tahu bekerja. 

Buktinya, Pemuda UMNO/BN tidak mampu menambah ahli dengan jumlah yang signifikan di bahawa pimpinan Khairy.  Walaupun sering dijulang sebagai bijak kerana merupakan lulusan universiti luar negara yang terkemuka, Khairy tidak mampu mengutarakan walau satu pun idea bernas untuk anak-anak muda dalam konteks ekonomi, pendidikan mahupun pemerkasaan jatidiri.

Pendek kata, setelah beberapa lama menerajui Pemuda, masih tiada hasil yang mampu dituai dari pergerakan itu di bawah Khairy setakat ini.  Apa yang dilihat hanyalah program-program menonjol diri dengan publisiti dan promosi yang mampu menimbulkan perasaan jelek di kalangan rakyat terhadap UMNO, sekiranya tersalah langkah atau keterlaluan.

Inilah kebenarannya, dan kebenaran ini tentu sekali pahit untuk ditelan oleh Khairy mahupun UMNO.   Hanya pemimpin dengan sikap keterbukaan yang sebenar sahaja yang berani mengakui kebenaran dan menelan kepahitan ini.   

Namun begitu, segalanya mungkin dalam politik.  Apa yang diingini rakyat, tidak semestinya apa yang diingini oleh perwakilan UMNO yang bakal mengundi.  Maka, apapun, harapan kita agar para perwakilan membuat pilihan yang bijak agar UMNO terus kekal relevan selama-lamanya dan bukan sehingga PRU-14 sahaja. 

Sunday, September 22, 2013

#PAU2013 : #36 DATO AZALINA MEMBAWA ASPIRASI WANITA PROFESIONAL DAN MUDA

Berikut adalah senarai 50 daripada 64 calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO setelah tempoh penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 5 petang tadi:
 
SENARAI CALON MAJLIS TERTINGI:
1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
2. Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
3. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin
4. Datuk Abdul Azeez Rahim
5. Datuk Razali Ibrahim


6. Datuk Azalina Othman Said
7. Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
8. Razali Husain
9. Datuk Dr. Norraesah Mohamad
10. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
11. Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman
12. Raja Ropiah Raja Abdullah
13. Abdul Zarin Mohd. Yasin
14. Datuk Seri Shahidan Kassim
15. Azlan Man
16. Datuk Sohaimi Shahadan
17. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
18. Datuk Idris Haron
19. Datuk Seri Idris Jusoh
20. Datuk Abdul Rahman Dahlan
21. Datuk Musa Sheikh Fadzir
22. Datuk Hasan Malek
23. Datuk Mahadzir Khalid
24. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
25. Tun Faisal Ismail Aziz
26. Datuk Nur Jazlan Mohamed
27. Datuk Abd. Wahab Ibrahim
28. Datuk Azman Shah Omar Shah
29. Yusoff Ishak
30. Zawawi Othman
31. Tan Sri Anuar Musa
32. Datuk Halimah Mohamed Sadique
33. Datuk Mokhtar Radin
34. Datuk Md. Alwi Che Ahmad
35. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi
36. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
37. Datuk Samsul Anuar Nasarah
38. Datuk Nasir Safar
39. Datuk Rosni Zahari
40. Hamidah Osman
41. Dr. Mohd. Puad Zarkashi
42. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar
43. Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan
44. Datuk Maznah Hamid
45. Mohsin Yussof
46. Dr. Zubir Harun
47. Datuk Ahmad Jaafar
48. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Mohd. Sazili Shahidi
50. Datuk Abdul Aziz Kaprawi


Mengalah untuk bertanding sebagai Ketua Wanita bukan bererti Dato Azalina kalah dalam perjuangannya. Namun, sebagai seorang yang sangat setia kepada UMNO, perjuangan demi Agamanya, Bangsanya dan Tanahairnya diteruskan dengan menawarkan dirinya sebagai calon Majlis Tertinggi.

Di dalam kenyataan media beliau baru-baru ini, Dato Azalina menjelaskan;

  • Mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak
  • Yakin semua pihak terima baik keputusannya 
  • Sokongan padu dari Dato Shahrizat dan pergerakan wanita untuk pencalonannya.
  • Kerana setia kepada kepimpinan serta sayang kepada UMNO maka perpaduan, keutuhan dan keunggulan parti adalah keutamaannya untuk persediaan PRU14.
  • UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi.   
  • UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. 
  • UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.
  • Kapasiti dan track recod Dato Azalina sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO.

Berikut adalah kenyataan penuh Dato Azalina di dalam satu sidang akhbar;

KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
JUMAAT 20 SEPTEMBER 2013


1.  Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak, saya dengan penuh takzim mengesahkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia didalam pemilihan parti kali ini.

2.  Saya yakin keputusan saya ini akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO. Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan  sayang serta cintakan UMNO, apa yang penting bagi saya ialah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul  bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya UMUM ke-14 nanti.

3.  UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.

4.  Saya juga secara rasmi mengumumkan penawaran diri saya sabagai calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang.  Saya yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada diri saya sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal sehingga hari ini dan pernah menjadi Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, saya mampu mencurah bakti dan berkhidmat kepada parti, ahli ahli UMNO, bangsa,  Negara dan Agama .

5.  Disini saya saya juga ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat  Abdul Jalil, dengan mengucapkan jutaan terimakasih kepada  beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Pergerakan Wanita UMNO kepada saya bagi merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi.


Sekian, terima kasih.
 Dato’ Sri Azalina Dato’  Othman Said
 Ahli Parlimen Pengerang ( P157)


GRADUAN UNIVERSITI BANGGA TERPILIH SEBAGAI PENGUATKUASA SPAD

Walaupun umur SPAD diibaratkan sebagai anak kecil seusia bayi 3 tahun, namun tanggungjawab SPAD adalah untuk memastikan  penguatkuasaan undang-undang pengangkutan awam darat di Malaysia dilaksana dengan efisien dan tegas.

SPAD mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri di mana bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.


Pada hari ini, seramai 94 orang telah menamatkan latihan kursus asas dan induksi bahagian penguatkusaan SPAD. Daripada jumlah ini, seramai 46 adalah graduan universiti dari bidang pengkhususan sains seperti forensik, statistik dan kejuruteraan kimia.

Dalam menghadapi masa depan yang penuh cabaran, SPAD lebih mementingkan kualiti dari kuantiti pengambilan pegawai-pegawai penguatkuasaannya di mana ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari lepasan universiti.

PP Mohd Firdaus bin Ghosni telah memenangi Pelatih Keseluruhan Terbaik. Berasal dari Perlis dan seorang graduan berkelulusan Sumber Manusia dari Universiti Utara Malaysia. Displin  dan amanah dalam menjalankan tugas merupakan keutamaannya... Inilah pengakuan beliau;





Minat dan kesungguhan PP Nurul Amirah binti Zahari adalah kriteria utama baginya sehingga beliau dianugerah sebagai Pelatih Akademik Terbaik... selanjutnya;

 

Kejayaan Nurul Amirah juga dikongsi oleh ayahnya dan mengucapkan terima kasih kepada SPAD kerana memberi peluang kepada anaknya dan beliau turut berbangga dengan pencapaian Nurul Amirah ... 
 


Sehubungan itu, di dalam ucapan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengingatkan kepada  pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD agar sentiasa menjaga sahsiah dan displin diri. Ini adalah kerana mereka merupakan barisan hadapan yang mencerminkan imej SPAD di mata masyarakat.

Etika kerja serta nilai-nilai murni perlu diutamakan seperti yang telah dihuraikan di dalam nilai terap SPAD - SPIRIT (Service, Excellence, Passion, Integrity, Respect, Innovative & Teamwork).

Saturday, September 21, 2013

PENCALONAN JAWATAN-JAWATAN UMNO 2013


Hari ini, bagi ahli-ahli UMNO yang yakin boleh membawa kecemerlangang kepada UMNO untuk memastikan parti Melayu yang terbesar di Malaysia ini kekal berkuasa, menghantar pencalonan mereka...

Sebanyak 318 borang pendaftaran calon bagi semua jawatan UMNO sudah diambil di Ibu Pejabat UMNO sehingga jam 5 petang semalam. 

Presiden dan Timbalan Presiden Umno hari ini membuktikan bahawa mereka adalah gandingan ideal bagi menerajui parti itu apabila saling menjadi pencadang antara satu sama lain untuk mempertahankan jawatan masing-masing. Perkara itu dinyatakan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Khairun Aseh kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan Presiden..

5.00 petang
Datuk Maznah Mazlan membuat kejutan apabila menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO menerusi wakilnya. Borang pencalonan itu diserahkan Mohammad Baba pada kira-kira jam 4.45 petang
259 borang pencalonan sudah diterima
Setakat 4 petang, Umno terima 76 borang pencalonan bagi jawatan MT, Wanita (53), Pemuda (92), Puteri (38) 
Ali Rustam serah borang calon Naib Presiden UMNO 3:49pm
EXCO Puteri UMNO,Jamilah Hanim Othman serah borang pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Puteri di PWTC
MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir serah borang pencalonan jam 3 petang tadi bagi cabar jawatan Naib Presiden UMNO
Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali serah borang pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda.
Jawatan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Pahang saksi calon teramai apabila enam individu serah borang.
12.00 temgahari:

Sekretariat UMNO sudah terima 61 borang pencalonan bagi jawatan MT; Wanita (45); Pemuda (74) dan Puteri (28) sehingga jam 12 tengah hari.

Antara Calon & Wakil Calon EXCO
 
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri serah borang cabar penyandang Ketua UMNO Bahagian Ledang,Ghani Othman

Bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hantar borang pencalonan pertahan Ketua UMNO Bahagian Tampin, melalui wakilnya.

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan dikira menang tanpa bertanding jika tiada pencabar serah borang pencalonan hingga 5 petang ini.

Idris Jusoh yang sebelum ini dilapor bakal menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian Besut, akan dicabar timbalannya, Nawi Mohamad.

Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin kemuka pencalonan rebut Ketua Bahagian Gua Musang yang disandang Tengku Razaleigh Hamzah.

Pertembungan dua beradik rebut Ketua UMNO Bahagian Beufort iaitu Timbalan Menteri, Datuk Azizah Mohd Dun dan adiknya, Saridah Mohd Dun.

10.00 pagi:

Najib serah borang pencalonan bagi pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan menerusi wakilnya,Datuk Zainal Abidin Pa'wan jam 10.10 pagi.

Sekretariat UMNO sudah menerima 49 borang pencalonan bagi jawatan MT; Wanita (37); Pemuda (48) dan Puteri (27) sehingga jam 10 pagi tadi.

Raihan Suleiman Palestin serah borang pencalonan cabar Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita UMNO di PWTC, jam 10.15 pagi tadi. 

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi serah borang pencalonan cabar Khairy Jamaluddin bagi Ketua Pemuda UMNO.

Calon Naib2 Presiden Pertahan Jawatan dtg Serentak Serah Borang Pencalonan


Borang pencalonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi pertahan jawatan Naib Presiden UMNO diserah wakilnya di PWTC.

Borang pencalonan Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal bagi pertahan jawatan Naib Presiden UMNO diserah wakil mereka di PWTC, pagi tadi.

Muhyiddin serah borang pencalonan bagi pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh menerusi wakilnya, Datuk Abdul Aziz Hashim, pagi tadi.

Pengerusi FELDA,Tan Sri Mohd Isa Samad serah borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO di PWTC,pagi tadi.

8.10 pagi :

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serahkan borang pencalonan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO di PWTC.

Calon Ketua Puteri UMNO, Puan Emy (Tengah)

Ketua Puteri UMNO Melaka, Mas Ermieyati Samsudin sebentar tadi serah borang pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Puteri UMNO.

Menteri di JPM, Datuk Seri Shahidan Kassim yang pertama serah borang pencalonan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di PWTC, pagi ini.

Khairy Jamaluddin serah borang pencalonan Ketua Pemuda Bahagian Rembau melalui wakilnya,Mohd Azizi Saadin,di Wisma UMNO negeri, 8 pagi tadi.

Penolong S/U Pemuda Pusat Bandar Taman Chempaka,KL, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail serahkan borang pencalonan rebut Ketua Pemuda UMNO.

Bekas Ketua Menteri Melaka,Tan Sri Rahim Tamby Chik tampil tawar diri untuk rebut dua jawatan iaitu Ketua Bahagian Masjid Tanah dan MT.

8.00 pagi :

Datuk Seri Najib Razak serah borang pencalonan bagi jawatan Presiden UMNO menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk Khairun Che Aseh.

Tan Sri Muhyiddin Yassin serah borang pencalonan jawatan Timbalan Presiden UMNO oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Nardin Awang.