Sunday, November 13, 2011

NFC - JAWAPAN MENTERI

Ini adalah jawapan dan penjelasan Menteri Pertanian ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada 8/11/2011 kepada dakwaan PKR : PM and Agro minister lied on NFC

Perbahasan bermula pada m/s 58 dalam 'hansard' DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA oleh Khairy Jamaluddin [Rembau]:

Laporan Ketua Audit Negara mengenai projek fidlot kebangsaan ataupun National Feedlot Centre. Saya anggap bahawa projek National Feedlot Center sebagai ini satu projek yang amat strategik di negara kita untuk mengurangkan sara diri, dependence sufficiency ataupun meningkatkan lagi self-sufficiency dengan izin, daripada 20%-25% yang ada hingga 40%. Projek ini sebenarnya projek yang penting supaya kita dapat meningkatkan lagi sara diri dan juga mengurangkan kebergantungan kita kepada import dan juga masalah kualiti import. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah:

KELUASAN TANAH

Pembangkang : 5,000 ekar seperti mana yang dibangkitkan oleh pembangkang berdasarkan kepada policypaper awal yang mungkin ada dalam website Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang tidak dikemaskinikan.

KJ: Sebenarnya yang diberi kepada National Feedlot Center ini 1,500 ekar sahaja.

Menteri:
  • Tanah sebenarnya 5,000 ekar. Tanah seluas 500 ekar kita bagi kepada Lamberts, 1,500 ekar kita bagi kepada AgroSciences. Bukan kita bagi, disewakan, dipajak oleh kerajaan negeri. Tanah itu kerajaan negeri punya.
  • Dan 3,000 ekar lagi balance tanah ini diambil balik oleh kerajaan negeri untuk membuat projek-projek pertanian termasuk projek lembu. Jadi tanah yang kita kena terangkan ialah mengenai 1,500 ekar.
  • Yang 500 ekar ini dia lari sudah. Itu yang dalam audit yang tengok kita pagar jatuh sebab kita sudah belanja berpuluh juta sudah untuk kita hendak memulakan projek ini.


SASARAN

Pembangkang : Gagal sebab tidak menepati sasaran. Sasaran diambil daripada policy paper awal. sasaran adalah 60,000 ekor setahun.

Saifuddin [Machang] :

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri meletakkan kos menternak 9,000 ekor lembu untuk memberikan pulangan keuntungan sebanyak 28% ialah RM6.4 juta. Itu kos kementerian.

NFC ini adalah 22 kali ganda lebih tinggi berasaskan kepada bilangan lembu yang ada di kawasan feedlot hari ini.

Tahun 2008, semakan kita pada rekod kewangan NFC ialah rugi sebanyak RM7 juta. tahun 2009, rugi RM11 juta. Tiada laporan pada tahun 2010 dan tiada laporan pada tahun 2011.

Hasil daripada menternak dan menjual daging ini pada tahun 2009 ialah RM6 juta sahaja yang diperoleh oleh NFC.

Pada tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih lembu di NFC ialah bernilai RM4,481 seekor.

NFC rugi tetapi bagi diskaun RM3 juta kepada Real Food Company. Kita lakuan carian pada Real Food Company. Siapa pemegang amanah? Suami Menteri. Anak-anak Menteri. Apa kerjanya? Operate restoran mewah. Apa nama restorannya? Senor Santos, Meatworks dan Brawns.

Menteri dalam kenyataan media menyebut tidak ada laporan audit mengatakan projek ini gagal. Ada tiga perkara. Saya bacakan balik laporan audit yang menyentuh kegagalan projek ini, Tuan Pengerusi.

(i) NFC gagal mewujudkan 310 orang penternak. Stated clearly dengan izin dalam laporan audit;

(ii) kegagalan mengadakan projek biogass; dan

(iii) kegagalan menyediakan atau mengadakan projek bekalan fertilizer.

KJ [Rembau] :

Kita campur dengan Lambert 20,000 ekor, campur pula dengan Ladang Satelit iaitu 186,000 ekor setahun. Kita dapat 206,000 ekor lembu setahun. Dikatakan gagal sebab gagal di bawah National Feedlot Corporation hanya dapat 8,016 ekor tahun lepas

NFC yang dikendalikan oleh syarikat Agro Science ini bermula operasi pada hujung tahun 2008. Maksudnya di pertengahan Rancangan Malaysia Kesembilan. Apabila perkara ini berlaku disebabkan kelewatan pembangunan infrastruktur, pembangunan ladang ataupun persediaan ladang dan sebagainya, penyerahan ladang kepada mereka maka mereka telah minta supaya anggaran ini diubah daripada policy paper awal yang disebutkan 60,000 ekor lembu setahun kepada 8,000 ekor setahun. Perkara ini telah dikaji semula. Kalau tidak silap saya dalam barangkali kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, diubah kepada 8,000 ekor setahun.

Kalau projek ini dilaksanakan pada awal ataupun sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan, barulah kita boleh kata projek ini gagal sebab tidak menepati sasaran.

Akan tetapi apabila prasarana, infrastrukturnya tidak siap, ladang ataupun tanahnya tidak diberi, tanah bukan 5,000 ekar tetapi 1,500 ekar sahaja. Mana mungkin kita boleh buat tuduhan bahawa projek ini telah gagal?

Menteri:

  • Bila kita buka tender terbuka, syarikat yang dapat ini dia lewat siapkan projek tapak. Mungkin juga salah satu sebab Syarikat Lamberts dari Australia ini lari mungkin kerana lambat, lambat siap tapak ini. Lambatnya sampai setahun lebih. Sepatutnya projek ini bermula pada tahun 2007 ataupun 2008 tetapi dia tidak boleh hendak take off lagi sebab rumput semua tidak selesai lagi.
  • Oleh kerana kelewatan ini, maka Syarikat AgroSciences ini dia telah pun membuat rayuan balik sebab tempoh masa ada lagi lebih kurang tiga tahun dan projek ini lambat hendak take off, dia buat kajian semula, dia akan keluarkan dalam 8,000 ekor menjelang tahun 2011.

  • Maka Kementerian Kewangan meluluskan, dan setuju untuk 8,000 ekor. Sebab itulah kalau kita baca Laporan Audit, memang sasarannya sampai 8,000 ekor tetapi yang disembelih lebih kurang 5,000 ekor lebih pencapaian daging yang dia patut capai. Maka kita lihat daripada Laporan Audit sendiri telah pun mencapai sasarannya 8,000 ekor.

  • Untuk mencapai sasaran 266,000 ekor ini, ia bukan sahaja bergantung kepada Syarikat AgroSciences yang dikaitkan dengan Menteri ini. Ada tiga pihak yang kena mainkan peranan. Pertama ialah Syarikat AgroSciences yang sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor. Kemudian kita juga minta syarikat yang terpilih yang kedua iaitu Syarikat Lamberts dari Australia. Dia pun tidak tahan, dia pun lari sudah.

  • Yang Berhormat Machang kata tiga perkara mengapa tidak buat. Yang Berhormat kita menangguhkan dua benda, tiga benda yang patut kita kena buat. Kita patut buat pertama, abattoir yang standard. Sudah iklan dan kita sudah tender pun, sudah lantik pun kontraktor yang patut buat tetapi kita batalkan dahulu. Sebab ada beberapa masalah yang timbul kerana itu kita sepatutnya buat abattoir. Bila kita tidak buat abattoir yang boleh menyembelih lembu 350 ekor satu hari maka NFC dia sudah mula bela lembu. Dia terpaksa membuat abattoir dia sendiri. Itu sebab abattoir hanya boleh sembelih 100 ekor satu hari. Abattoir kita belum buat dan juga biogas.
  • Penangguhan pembinaan ini semua diarah oleh Yang Berhormat Perdana Menteri sendiri. Diarah kerana dia suruh tengok balik syarikat ini, tengok balik projek ini. The viability and the business model project. Sebab itu kita lantik UPM Holdings, dilantik oleh MOF untuk menjalankan kajian. viability dan juga business model pada Jun 2009. Bila sudah buat kajian dibentangkan balik hasil kajian ini pada 16 November 2009. Itu pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak puas hati lagi, dia suruh kaji lagi. Dia kata kaji balik, dia kata tengok pula daripada segi aspek impak dan pulangan projek kepada kerajaan.

  • UPM Holdings dilantik semula dan mereka telah pun membuat kajian dan kajian ini telah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Jadi, bermakna projek ini kita tidak buat, kita tidak bagi duit semua lagi kerana kita kena menunggu dahulu daripada kajian yang dibuat oleh UPM Holdings...

TENDER

Pembangkang : Projek ini diberi terus

Zuraidah [Ampang]: Kata bukan direct nego tetapi ada enam syarikat tetapi kenapa dua syarikat ini diberikan untuk menjalankan, untuk dipindahkan wang kepada syarikat ini.

KJ [Rembau] : Tetapi kalau tidak silap saya asalnya projek ini diberi kepada dua operator. Yang pertama adalah Syarikat Agro Science yang mengendalikan NFC dan juga satu lagi syarikat NFC, Lambert.

Menteri:
  • Pertama, projek Fidlot Nasional memang dalam RMKe-9. Kita rancang RMKe-9 bermula tahun 2006, sebab itu kita buat tawaran, buat invitation.
  • Ada enam syarikat yang dijemput, yang menawarkan diri yang datang meyakinkan jawatankuasa bahawa mereka boleh mencapai sasaran seperti yang disebutkan iaitu 266,000 ekor.

  • Jadi apabila terpilihnya Syarikat AgroScience yang dikatakan berkaitan dengan Ketua Wanita dan sebagainya, itu bukannya direct nego. Ini yang pertama kena jelas, ia bukan direct nego, ia ada pembentangan.

  • Bila kita sudah pilih dua syarikat, maka kerajaan telah pun memberikan peruntukan untuk kita membuat prasarana untuk 5,000 ekar ini pada mulanya. Bila kita bagi 5,000 ekar, kita buka tender terbuka. Bila kita buka tender terbuka, syarikat yang dapat ini dia lewat siapkan projek tapak.
LADANG SATELIT

Pembangkang : Syarikat ini perlu membina ataupun membangunkan ladang-ladang Satelit. Ladang-ladang Satelit ini pembiayaannya adalah daripada kerajaan.

KJ [Rembau] :
  • Ladang yang telah disiapkan adalah 53 dan sudah beroperasi ialah 23. Maknanya Ladang Satelit ini sudah mula bergerak. Sudah mula dibangunkan.
  • Tanggungjawab ini tanggungjawab bersama bukan hanya NFC tetapi juga pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • Dijelaskan tadi oleh Menteri bahawa satellite farm ini adalah tugas kerajaan bukan tugas NFC seperti didakwa oleh pembangkang. Sama juga pembangkang dakwa bekalan makanan feed untuk satellite farm ini tidak dapat disempurnakan oleh NFC buat masa ini. Saya hendak tanya, ini pun perlu juga kepada persetujuan daripada kementerian bukan? Bukan ini hanya tanggungjawab daripada NFC sahaja.
Menteri:
  • Sasaran pembinaan 310 ladang satelit ini. Yang hendak menyediakan satellite farm ini ialah kerajaan. Dengan kemampuan kita yang ada, dengan peruntukan kita yang ada, maka sekarang ini target kita ada 67 satelit tetapi sekarang ini kita baru siap 53 satelit. Daripada 53 satelit ini, yang ada taker yang ada operasi ada 23 buah. Inibermakna kita ada 30 lagi kosong.
  • Setiap satelit ini dia mesti menghasilkan 300,000 ekor lembu satu pusingan kalau lembu ini diambil dari Thailand. Bermakna dalam satu tahun, satu satellite farm ini, dia mesti melibatkan tiga pusingan. Bermakna dalam satu tahun, 900 ekor dalam satu satellite farm. Itu kalau diambil lembu dari Thailand.

  • Jadi saya hendak betulkan fakta bahawa yang mengatakan bahawa National Feedlot ini mesti keluarkan 266,000 melalui AgroSciences, itu tidak tepat, yang 266,000 ini, 310 di dalam tanggungjawab kita sendiri (Kementerian Pertaninan) belum dapat memenuhkan lagi, sebab apa kita tidak boleh 310? Kita sudah siap 53 ini pun 30 masih kosong lagi.

  • Tugas hendak membuka satellite farm ini kerajaan belanja duit. Kita buat ladang, kita buatkan kandang, kita tanamkan rumput, semua kita sediakan. Hanya yang hendak jadi pemaju kawasan satellitefarm ini dia kena membeli dengan duit dia sendiri 300 ekor lembu.

  • Masalah kita sekarang ini siapa hendak jadi taker? Taker tidak ada. Yang kata National Feedlot ini, dia sebagai integrator. Kalau ini sudah ada, sudah ada semua ini, kalau 310 ini sudah jalan, maka National Feedlot yang akan membelinya.

LOAN RM250 JUTA

Pembangkang : Keadilan berpendapat jumlah RM250 juta pinjaman yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk”. Loan, pinjaman ini telah semua diberi kepada NFC.

Anwar [Permatang Pauh] : Mungkin Yang Berhormat Machang jelaskan, isunya isu RM250 juta petani peladang lain tidak layak, anak menteri sahaja layak, itu isu pokok kita.

Saifuddin [Machang] :

  • RM250 juta pinjaman mudah daripada kementerian dengan matlamat untuk membekalkan 40% keperluan bekalan daging tempatan. Ini bersamaan dengan 50 ribu tan setahun. NFC juga, kerajaan amanahkan untuk menjadi projek integrator, ia kena asuh 310 orang penternak yang menternak sebulan sebanyak 50 ekor lembu.
  • Setahun lebih kurang 600 ekor. NFC juga mengambil peranan untuk membekalkan baja organik, makanan ternakan dan rangkaian pemasaran. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan media bahawa sehingga hari ini cuma RM6 juta geran dan RM135 juta daripada pinjaman itu yang sampai kepada National Feedlot Corporation. Maknanya jumlah RM141 juta.
  • Perdana Menteri kata RM181.9 juta, Menteri kata RM141 juta tetapi rekod kewangan syarikat yang kita lakukan carian tertera di sini RM256 juta adalah hutang jangka panjang National Feedlot Corporation.
  • First loan drawdown pada tahun 2008 ialah RM130 juta masuk Maybank. Pada 31 Mac 2009, second drawdown sebanyak RM120 juta masuk Maybank. Pada 6 Mei 2009, NFC pindahkan sebanyak RM116 juta daripada RM250 juta ke dalam Fixed Deposit Account Public Bank dan ini memberikan keuntungan simpanan tetap kepada NFC berjumlah RM667,000 setahun. Dia simpan. Dia ambil loan, dia simpan fixed deposit lebih untung daripada dia berniaga lembu sebulan. Mampukah membayar hutang?
  • Dana NFC ini dipindah ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri. Ada dua syarikat bersekutu. Associate companies yang kita lakukan carian daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Yang pertama The National Meat and Livestock Corporation. Pemegang saham utama ialah suami Menteri. Pemegang saham yang lain ialah anak-anak Menteri. [Dewan riuh]. Sangat jelas. Saham itu tertera dalam data carian syarikat. Syarikat ini dormant. Tidak ada kegiatan sejak tahun 2007. Anehnya, The National Meat and Livestock Corporation ini, syarikat dormant, tidak ada aktiviti sejak tahun 2007, bila kita semak rekod kewangan NFC setakat 31 Disember 2009 menunjukkan NFC memberi hutang kepada National Meat and Livestock Corporation sebanyak RM81 juta.
  • Syarikat tidak ada kegiatan. Tidak ada aktiviti tetapi NFC bagi hutang sebanyak RM81 juta kepada syarikat ini yang principle activities nya ialah memasarkan daging sahaja. Memasarkan daging sahaja. Hutangnya sebanyak RM81 juta.
  • Syarikat NFC ini, kos lawatannya sahaja ke luar negeri ialah RM827,000. Baik. Audit sebut –Menteri dalam kenyataan media menyebut tidak ada laporan audit mengatakan projek ini gagal. Ada tiga perkara. Saya bacakan balik laporan audit yang menyentuh kegagalan projek ini, Tuan Pengerusi.

(i) NFC gagal mewujudkan 310 orang penternak. Stated clearly dengan izin dalam laporan audit;

(ii) kegagalan mengadakan projek biogass; dan

(iii) kegagalan menyediakan atau mengadakan projek bekalan fertilizer.

  • Akan tetapi, syarikat yang menjalankan ini hendak kata gagal atau tidak tetapi rekodnya sembelih 1,618 ekor lembu. Ini kalau dibahagi dengan RM250 juta Yang Berhormat Menteri kata untuk period 2008, 2009, tiga tahun ini jumlah lembu yang diternak 8,000. Peruntukan yang dia sudah ambil setakat Mac 2009, RM257 juta. Kos satu ekor lembu ialah RM31,250.
KJ [Rembau] :

Setahu saya loan khas ini masuk dalam akaun dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan perlu persetujuan daripada Jawatankuasa Teknikal setiap kali hendak dibelanjakan dengan akauntabiliti.

Dalam tiga tahun ini mereka telah berjaya untuk mendapat RM70 juta turnover..

Usaha NFC ini bukan semata-mata usaha untuk hanya menternak lembu tetapi mereka ditugaskan untuk membangunkan kontrak farming, untuk menembusi pasaran,

Menteri:
  • Saya beritahu Yang Berhormat macam mana duit ini kita keluarkan. Duit ini bukan kementerian saya pegang. Duit ini dipegang oleh Kementerian Kewangan.
  • Kerajaan tengok supaya syarikat dan projek ini berjalan baik, kerajaan luluskan RM250 juta, bank Kementerian Kewangan pegangan. Bila kita hendak bayar? Kita ada jawatankuasa teknikal. Jawatankuasa teknikal ini diketuai oleh Ketua Pengarah JPD kita dan di dalam jawatankuasa ini kita hendak tengok, mereka hendak minta apa? Kalau kata hendak minta buat kandang, kita ada committee hendak tengok justifikasinya. Itu sebablah lambat projek ini siap.
  • Audit Negara juga telah mengesahkan bahawa duit ini belum lagi dibayar keseluruhannya.
  • Pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada National Corporation sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan berbaki RM115.28 juta hanya akan disalurkan apabila kajian viability and business modelproject selesai dilaksanakan oleh UPM. Ini audit cakap. Ini menjejaskan pelaksanaan aktiviti penternakan lembu fidlot oleh NFC.

LAPORAN AUDIT DAN LAPORAN SSM

Pembangkang:

Saifuddin [Machang] :

Kalau sekiranya Laporan Ketua Audit kita hendak pakai, andaikan begitu, saya hendak sebutkan bahawa implikasinya ialah National Feedlot Corporation kena membuat penjelasan. Hutang jangka panjang yang berjumlah RM256 juta itu, yang logiknya ialah RM250 juta, first draw down RM120 juta, 2008. Upon completion of the MoU terus dapat. Second draw down, RM120 juta. Itu masuk dalam akaun Maybank. Sejumlah RM250 juta, ia sebut jelas. Jadi, tertera di sini RM250 juta. Lalu Yang Berhormat sendiri mengesahkan RM6 juta lagi adalah geran. Angka di sini adalah RM256 juta. Mengenai Mei 2009 di mana akaun dipindahkan pula Maybank ke Public Bank dalam fix deposit yang memberikan pulangan RM667 ribu.

KJ [Rembau] :
Duit itu dimasukkan ke dalam satu akaun, special account kerana ini adalah loan khas. Akaun itu adalah di bawah nama National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.

Sebab akaun itu di bawah nama NFC, maka dalam akaun tersebut mestilah diletakkan sebagai liabiliti. Akan tetapi masalah seperti Yang Berhormat Menteri cakap tadi, akaun ini ada syarat-syarat tertentu. Akaun ini kalau tidak silap saya, apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi, ia macam ‘escrow account’.

Kalau tidak dapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan, daripada core signatory yang dalam hal ini adalah Kementerian Kewangan memandangkan Kementerian Kewangan ada golden share dalam NFC, maka duit itu tidak dapat diguna, duit itu tidak dapat ditransfer daripada escrow account, custodial account dengan izin, ke operational account. Operational account itulah akaun yang dapat diguna untuk pelaburan dan untuk kos operasi yang dikendalikan oleh NFC.

Menteri cakap memang betul bahawa jumlah besar RM250 juta itu tidak diberikan sepenuhnya untuk diguna oleh NFC.

Cuma dimasukkan ke dalam escrow account, satu akaun yang mana persetujuannya adalah bukan hanya NFC tetapi satu teknikal komiti yang bernama Authorized Technical Officer Committee yang dikendalikan oleh DVS barulah dengan persetujuan itu MOF boleh meluluskan dana tersebut untuk digunakan oleh NFC.

Yang ada dalam SSM ini oleh kerana account khas yang ditubuhkan dengan Kementerian Kewangan itu sudah pun dapat RM250 juta tetapi bukan untuk operasinya. Itu masih lagi tertakluk kepada persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian.

Saya tidak pasti sama ada akaun ini escrow atau pun tidak, tetapi prinsipnya adalah akaun ini tidak boleh diguna untuk operational expenditure, tidak boleh dikeluarkan untuk operasi sehingga dapat persetujuan, ya. Itu seperti konsep escrow.

Menteri:
  • Laporan Audit Negara mengesahkan bahawa sehingga Disember 2010 – saya ulangi, ini daripada Laporan Audit Negara – sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan masih lagi berbaki sebanyak RM115.28 juta.
  • Laporan SSM mengatakan bahawa Mac 2009, dia kata 31 Mac 2009, dia kata telah pun bayaran kali kedua RM120 juta sedangkan Laporan Audit Negara mengatakan di sini Disember 2010. Ia masih lagi belum berbayar.

Mantra:

  • Kemusykilan adalah diantara Laporan Audit 2010 dan Laporan SSM 31 Mac 2009, pihak kerajaan perlu buat siasatan ke atas
  • Bahawa tuduhan pembangkang yang mengatakan jumlah RM250 juta itu telah pun diberikan kepada National Feedlot sepenuhnya adalah satu PEMBOHONGAN di mana pembangkang bersandarkan pada laporan SSM dan menafikan laporan Audit 2010.
  • Kebanyakan persoalan pihak pembangkang telah dijawab oleh menteri makan sebagai pihak pembangkang yang bertanggungjawab kepada rakyat memohon maaf keatas tuduhan mereka menyatakan PM dan Menteri telah berbohong.
  • Laporan penuh hansard boleh di dapati di sini


Sunday, September 25, 2011

CUBA TANYA NIK AZIZ...


Artikel asal adalah dari SINI

Diringkaskan,

  • Cuba Tanya Nik Aziz - Datuk Nik Aziz sendiri yang merestui Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Dis 2009 (yang mana teman adalah antara Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengannnya) dimana PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan.. , maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - Presiden PAS Haji Hadi dalam ucapan muktamar PAS 2011 dan kenyataan-kenyataan selepas itu jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan dan menubuhkan Negara Islam, atas alasan tidak ada dalam Al Quran. Perlaksanaan hudud adalah termasuk didalam ciri penubuhan Negara Islam ... Nik Aziz antara orang yang menyokong kenyataan Haji Hadi dan pendirian baru PAS tersebut. Jadi dimana rasional tiba-tiba Datuk Nik Aziz nak bercakap tentang nak laksanakan hudud?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - Haji Hadi Awang dalam kenyataan semasa menjadi Menteri Besar Terengganu menyatakan bahawa melaksanakan hudud bukan keutamaan bagi Kerajaan PAS Terengganu. Teman ingat lagi kenyataan Haji Hadi bahawa hudud hanya "0.0001%" sahaja dalam Islam! Jadi yang Datuk Nik Aziz beriya-iya sekarang kitar-putar balik isu hudud apa hal?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dalam kenyataannya menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana "Kelantan tak sama dengan Kedah"... alasan YAB Datuk Seri Azizan sama sahaja dengan alasan yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, dan disokong oleh ilmuan kegemaran Pakatan pembangkang Dr. Asri Zainul Abidin. Persoalannya, dengan percanggahan kenyataan Datuk Nik Aziz dan YAB Datuk Seri Azizan, adakah ini bermakna Islam pada PAS adalah mengikut selera negeri masing-masing?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang fahaman pluralisma yang dianuti oleh idolanya Anwar Ibrahim. Anwar jelas adalah penganut fahaman pluralisma, dan mengakui membuat ucapan di London School of Economic pada bulan Mac 2008 menyatakan semua agama adalah sama, menuju matlamat yang sama! Sehingga Anwar membuat pendirian jelas bahawa kristian kafir la'natullah juga berhak mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam bentuk triniti @ 3-dlm-1, iaitu ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci (na'zubillah). Para ulama' sependapat bahawa fahaman pluralisma adalah sesat, dan boleh membawa kepada murtad. Murtad adalah isu hudud.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang gelagat Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang menjadikan komunis saperti Mat Indera sebagai idola, sehingga ada yang meletakkan Chin Peng la'natullah sebagai pejuang kemerdekaan! Komunis adalah berteraskan fahaman atheist, iaitu menolak ketuhanan. Ini adalah jelas fahaman yang murtad terkeluar daripada aqidah Islam. Murtad adalah isu hudud.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang fahaman syiah. Apa yang jelas ada kalangan mereka didalam kepimpinan PAS sekarang ni yang menganut fahaman syiah... Sedangkan Datuk Nik Aziz sendiri tahu bahawa fahaman syiah adalah sesat, malah ada kategori syiah yang dikafirkan oleh para ulama' muktabar. Ini masalah aqidah. Menganut fahaman sesat merosakkan aqidah, dan ini persoalan hudud.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang perisytiharan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang isu perbicaraan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful. Ternyata Anwar bukan sahaja bacul dan dayus untuk bersumpah muhabalah menafikan aduan Saiful sebagaimana yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ... Sedangkan isu liwat dan zina adalah isu hudud. Persoalan yang teman nak tanya, adakah Datuk Nik Aziz bersedia mengheret Anwar ke Mahkamah Syariah di Kelantan untuk menjawab aduan liwat Saiful.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - bidangkuasa hal ehwal Islam, termasuk penggubalan undang-undang berkaitan Islam terletak kepada Kerajaan Negeri (Jadual 9 Senarai 2). Jadi mengapa setelah lebih 20 tahun dudok memanaskan kerusi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz langsung tak laksanakan hudud? Samada hukumannya boleh dilaksanakan atau tidak itu soal kedua. Soal utamanya mengapa undang-undang hudud sendiri tidak ada di Kelantan?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - sengaja melupakan, atau buat-buat lupa, bahawa penyokong kuat Tun Mahathir pada masa itu ialah manusia yang di idolakan Datuk Nik Aziz sekarang: Anwar Ibrahim! Anwar lah yang menjadi balaci dan barua pencacai untuk Tun Mahathir selama lebih 16 tahun termasuk memaki hamun PAS. Kenapa Datuk Nik Aziz tak kutuk dan maki Anwar sekali?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - adakah bagi Datuk Nik Aziz agama Islam ni terletak hanya pada hudud sahaja? Contohnya membina gerai dinamakan Bazar Tok Guru yang begitu kecil sehingga peniaga tak boleh nak berniaga, Islamik sangat ke tu? Bagaimana dengan kemudahan prasarana umat dan rakyat? Berpuluh tahun rakyat Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang kronik? Bukankah itu juga perjuangan Islam. Bagaimana dengan soal pentadbiran Islam? Adakah wajar Datuk Nik Aziz meletakkan menantunya sendiri mengepalai syarikat Kerajaan. Dan apabila menantunya disiasat SPRM, mengapa Datuk Nik Aziz tidak mengambil sikap saperti Rasulullah saw yang bersabda "demi ALLAH jika Fatimah anak ku sendiri mencuri nescaya akan ku potong tangannya!".

Tolong dapatkan jawapan dari Nik Aziz dahulu .... !!!!

Wednesday, August 24, 2011

Lynas - MP PKR Fuziah Saleh Seleweng Fakta



TV3 melaporkan di sini....

Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan.

Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.

Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.

Ikuti laporan ini.

Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.

Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.

Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.

Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.

Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.

Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.

Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

Dr Che Rosli Che Mat: "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa."

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.

"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment."

Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."

Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.

Karam Singh Walia, TV3.


Thursday, August 11, 2011

Sinchew Daily News kutuk Hassan Ali... PAS diam?

Berikut adalah apa yang ditulis Sinchew Daily News mengenai Hassan Ali dan JAIS... Adakah kerana kebanyakan Melayu tidak membaca akhbar cina, maka sesuka hati mereka menulis tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Melayu lain?

Tertanya-tanya apakah PAS masih ingin bersama DAP dalam Pakatan mereka... Di depan manis tetapi di belakang pisau dihulurkan!!!!

JAIS-Gereja-Hassan Ali: Bermain Api?


Oleh Lim Swee Guan
Timbalan Pengarang Sinchew Daily News
Tarikh: 8 Ogos 2011 (Isnin)


JAIS dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor. Jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama ini, (JAIS) akan berterusan menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja.


Rekod lepas-lepas JAIS dan Hassan Ali bukannya begitu baik, sebelum ini JAIS pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam serta melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak, mereka lakukan tangkapan pada hari Valentine Day, dan menangkap bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri.


Hassan Ali adalah salah seorang yang berbincang secara sulit dengan UMNO untuk bergabung antara PAS dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor; beliau selalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan yang membelakangi kerajaan negeri Selangor, apabila MB Selangor berkata tidak mengharamkan menjual tiket judi dalam negeri Selangor, Hassan Ali mahu JAIS dan Exco Agama Negeri Selangor melarang aktiviti penjualan tiket judi.



Tidak kompromi dan sepakat dalam kerajaan memang lazim berlaku, contohnya isu tentang pemutihan buruh asing, apabila Kementerian Sumber Manusia berkata mahu serahkan urusan itu kepada pihak orang tengah, Kementerian Dalam Negeri pula berkata mereka tidak terima sebarang arahan seumpama itu, tetapi dalam isu dan hal-hal yang lebih besar, mereka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan yang membawa muafakat dan pada masa sama mereka boleh mempunyai pendirian yang sama.


Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak JAIS menggeledah dan memecah masuk Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu dan meminta JAIS ajukan laporan; dan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua JAIS berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu.


Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS itu.


Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.


Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai JAIS. Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.


Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak.


Jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.


Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka.


Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.


Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik. Suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama”. Ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.


Tentang isu Naib Censelor UNiSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.


Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.

Saturday, August 06, 2011

Prophet’s Sermon Regarding the month of Ramadan

Prophet’s sermon regarding the month of Ramadan:

“O People! The month of Allah (Ramadan) has come with its mercies, blessings and forgivenesses. Allah has decreed this month the best of all months. The days of this month are the best among the days and the nights are the best among the nights and the hours during Ramadan are the best among the hours. This is a month in which you have been invited by Him (to fast and pray). Allah has honoured you in it. In every breath you take is a reward of Allah, your sleep is worship, your good deeds are accepted and your invocations are answered.

Therefore, you must invoke your Lord in all earnestness with hearts free from sin and evil, and pray that Allah may help you to keep fast, and to recite the Holy Qur’an. Indeed, miserable is the one who is deprived of Allah’s forgiveness in this great month. While fasting, remember the hunger and thirst on the Day of Judgement. Give alms to the poor and needy. Pay respect to your elders, have sympathy for your youngsters and be kind towards your relatives and kinsmen. Guard your tongue against unworthy words, and your eyes from scenes that are not worth seeing (forbidden) and your ears from sounds that should not be heard.

Be kind to orphans so that if your children may become orphans they will also be treated with kindness. Do repent to Allah for your sins and supplicate with raised hands at the times of prayer as these are the best times, during which Allah Almighty looks at His servants with mercy. Allah Answers if they supplicate, Responds if they call, Grants if He is asked, and Accepts if they entreat.

O people! You have made your conscience the slave of your desires. Make it free by invoking Allah for forgiveness. Your back may break from the heavy load of your sins, so prostrate yourself before Allah for long intervals, and make this load lighter. Understand fully that Allah has promised in His Honour and Majesty that, people who perform salat and sajdah (prostration) will be guarded from Hell-fire on the Day of Judgement.

O people! If anyone amongst you arranges for iftar (meal at sunset) for any believer, Allah will reward him as if he had freed a slave, and Allah will forgive him his sins. A companion asked: “but not all of us have the means to do so” The Prophet (SAWS) replied: Keep yourself away from Hell-fire though it may consist of half a date or even some water if you have nothing else.

O people! Anyone who during this month cultivates good manners will walk over the Sirat (bridge to Paradise) on the day when feet will tend to slip. For anyone who during this month eases the workload of his servants, Allah will make easy his accounting, and for anyone who doesn’t hurt others during this month, Allah will safeguard him from His Wrath on the Day of Judgement. Anyone who respects and treats an orphan with kindness during this month, Allah shall look at him with kindness on that Day. Anyone who treats his kinsmen well during this month, Allah will bestow His Mercy on him on that Day, while anyone who mistreats his kinsmen during this month, Allah will keep away from His Mercy.

Whosoever offers the recommended prayers during this month, Allah will save him from Hell, and whoever observes his obligations during this month, his reward will be seventy times the reward during other months. Whoever repeatedly invokes Allah’s blessings on me, Allah will keep his scale of good deeds heavy, while the scales of others will be tending to lightness. Whoever recites during this month an ayat (verse) of the Holy Qur’an, will get the reward of reciting the whole Qur’an in other months.

O people! The gates of Paradise remain open during this month. Pray to your Lord that they may not be closed for you. While the gates of Hell are closed, pray to your Lord that they never open for you. Satan has been chained; invoke your Lord not to let him dominate you.”

Allahuakbar!!!