Sunday, September 25, 2011

CUBA TANYA NIK AZIZ...


Artikel asal adalah dari SINI

Diringkaskan,

  • Cuba Tanya Nik Aziz - Datuk Nik Aziz sendiri yang merestui Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Dis 2009 (yang mana teman adalah antara Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengannnya) dimana PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan.. , maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - Presiden PAS Haji Hadi dalam ucapan muktamar PAS 2011 dan kenyataan-kenyataan selepas itu jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan dan menubuhkan Negara Islam, atas alasan tidak ada dalam Al Quran. Perlaksanaan hudud adalah termasuk didalam ciri penubuhan Negara Islam ... Nik Aziz antara orang yang menyokong kenyataan Haji Hadi dan pendirian baru PAS tersebut. Jadi dimana rasional tiba-tiba Datuk Nik Aziz nak bercakap tentang nak laksanakan hudud?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - Haji Hadi Awang dalam kenyataan semasa menjadi Menteri Besar Terengganu menyatakan bahawa melaksanakan hudud bukan keutamaan bagi Kerajaan PAS Terengganu. Teman ingat lagi kenyataan Haji Hadi bahawa hudud hanya "0.0001%" sahaja dalam Islam! Jadi yang Datuk Nik Aziz beriya-iya sekarang kitar-putar balik isu hudud apa hal?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dalam kenyataannya menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana "Kelantan tak sama dengan Kedah"... alasan YAB Datuk Seri Azizan sama sahaja dengan alasan yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, dan disokong oleh ilmuan kegemaran Pakatan pembangkang Dr. Asri Zainul Abidin. Persoalannya, dengan percanggahan kenyataan Datuk Nik Aziz dan YAB Datuk Seri Azizan, adakah ini bermakna Islam pada PAS adalah mengikut selera negeri masing-masing?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang fahaman pluralisma yang dianuti oleh idolanya Anwar Ibrahim. Anwar jelas adalah penganut fahaman pluralisma, dan mengakui membuat ucapan di London School of Economic pada bulan Mac 2008 menyatakan semua agama adalah sama, menuju matlamat yang sama! Sehingga Anwar membuat pendirian jelas bahawa kristian kafir la'natullah juga berhak mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam bentuk triniti @ 3-dlm-1, iaitu ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci (na'zubillah). Para ulama' sependapat bahawa fahaman pluralisma adalah sesat, dan boleh membawa kepada murtad. Murtad adalah isu hudud.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang gelagat Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang menjadikan komunis saperti Mat Indera sebagai idola, sehingga ada yang meletakkan Chin Peng la'natullah sebagai pejuang kemerdekaan! Komunis adalah berteraskan fahaman atheist, iaitu menolak ketuhanan. Ini adalah jelas fahaman yang murtad terkeluar daripada aqidah Islam. Murtad adalah isu hudud.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang fahaman syiah. Apa yang jelas ada kalangan mereka didalam kepimpinan PAS sekarang ni yang menganut fahaman syiah... Sedangkan Datuk Nik Aziz sendiri tahu bahawa fahaman syiah adalah sesat, malah ada kategori syiah yang dikafirkan oleh para ulama' muktabar. Ini masalah aqidah. Menganut fahaman sesat merosakkan aqidah, dan ini persoalan hudud.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang perisytiharan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - apa pendirian dia tentang isu perbicaraan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful. Ternyata Anwar bukan sahaja bacul dan dayus untuk bersumpah muhabalah menafikan aduan Saiful sebagaimana yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ... Sedangkan isu liwat dan zina adalah isu hudud. Persoalan yang teman nak tanya, adakah Datuk Nik Aziz bersedia mengheret Anwar ke Mahkamah Syariah di Kelantan untuk menjawab aduan liwat Saiful.
  • Cuba Tanya Nik Aziz - bidangkuasa hal ehwal Islam, termasuk penggubalan undang-undang berkaitan Islam terletak kepada Kerajaan Negeri (Jadual 9 Senarai 2). Jadi mengapa setelah lebih 20 tahun dudok memanaskan kerusi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz langsung tak laksanakan hudud? Samada hukumannya boleh dilaksanakan atau tidak itu soal kedua. Soal utamanya mengapa undang-undang hudud sendiri tidak ada di Kelantan?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - sengaja melupakan, atau buat-buat lupa, bahawa penyokong kuat Tun Mahathir pada masa itu ialah manusia yang di idolakan Datuk Nik Aziz sekarang: Anwar Ibrahim! Anwar lah yang menjadi balaci dan barua pencacai untuk Tun Mahathir selama lebih 16 tahun termasuk memaki hamun PAS. Kenapa Datuk Nik Aziz tak kutuk dan maki Anwar sekali?
  • Cuba Tanya Nik Aziz - adakah bagi Datuk Nik Aziz agama Islam ni terletak hanya pada hudud sahaja? Contohnya membina gerai dinamakan Bazar Tok Guru yang begitu kecil sehingga peniaga tak boleh nak berniaga, Islamik sangat ke tu? Bagaimana dengan kemudahan prasarana umat dan rakyat? Berpuluh tahun rakyat Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang kronik? Bukankah itu juga perjuangan Islam. Bagaimana dengan soal pentadbiran Islam? Adakah wajar Datuk Nik Aziz meletakkan menantunya sendiri mengepalai syarikat Kerajaan. Dan apabila menantunya disiasat SPRM, mengapa Datuk Nik Aziz tidak mengambil sikap saperti Rasulullah saw yang bersabda "demi ALLAH jika Fatimah anak ku sendiri mencuri nescaya akan ku potong tangannya!".

Tolong dapatkan jawapan dari Nik Aziz dahulu .... !!!!

1 comment:

nonbal said...

Posting yang sangat menarik, syabas saya ucapkan. Jika soalan-2 ini diposkan ke Pejabat MB Kelantan lagi bagus. Atau buat surat terbuka kpd Nik Azis dlm utusan ruangan forum, menarik tu.