Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

APA YANG DIPERSETUJUI DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN SINGAPURA DALAM PROJEK KERETAPI LAJU?

Saat yang dinantikan untuk merealisasi impian rakyat Malaysia melihat projek mega keretapai laju KL-Singapura telah menjadi kenyataan apabila termeterainya perjanjian di antara kedua-dua negara ini. Perjanjian telah ditandatangani oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili Malaysia manakala Singapura pula telah diwakili Menteri Infrastruktur dan Pengangkutannya, En Khaw Boon Wan.

Perjanjian bersejarah ini telah disaksikan oleh kedua-dua Perdana Menteri PM Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan PM Lee Hsien Loong. Sekali gus ini menandakan komitmen tinggi kedua-dua pemimpin negara ini untuk meneruskan projek keretapi laju yang telah diumumkan buat pertama kalinya oleh kedua-dua pemimpin tertinggi ini pada February 2013.

Pasti ramai tertunggu-tunggu apakah intipati perjanjian yang telah dipersetujui di antara kedua-dua negara ini setelah perbincangan demi perbincangan telah diadakan sehingga ada yang cuba membuat beberapa spekulasi.

Berikut adalah 8 rumusan daripada intipati perjanjian yang telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura;

1. Bertanggungjawab untuk membangun, membina dan menyenggara infrastruktur awam dan stesen dalam negara masing-masing di mana di Malaysia akan dilaksanakan oleh MyHSR Corporation dan The Land Transport Authority (LTA) di Singapura pula.

2. Melantik melalui tender antarabangsa sebuah syarikat aset bagi menyediakan dan menyenggarakan aset-aset HSR (High Speed Rail), khususnya gerabak keretapi serta apa saja yang berkaitan dengan sistemnya seperti  trek, janakuasa, isyarat dan telekomunikasi.

3. Melantik melalui tender antarabangsa dua syarikat keretapi. OpCo International akan mengendalikan perkhidmatan HSR antarabangsa yang merangkumi jangkamasa perjalanan keretapi selama 90 minit, perjalanan tanpa henti di antara Bandar Malaysia-Singapore Express Service dan perkhidmatan 'shuttle' Iskandar Puteri ke Singapura. Syarikat OpCo tempatan akan mengendalikan segala perkhidmatan domestik dalam Malaysia.

4. Segala kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin atau Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) di 3 lokasi dikendalikan bersama iaitu di Singapura, Iskandar Puteri dan Kuala Lumpur. Setiap penumpang dari luar negara perlu menjalani pelepasan CIQ kedua-dua pihak berkuasa negara sewaktu masa pelepasan dan bukan ketika masa ketibaan seperti lazimnya.

5. Membentuk jawatankuasa bilateral dengan wakil-wakil daripada kedua-dua kerajaan untuk mengawal selia perkhidmatan merentas sempadan (Ekspres dan Shuttle) serta isu-isu yang mungkin memberi kesan kepada perkhidmatan ini serta perkara-perkara lain yang melibatkan kepentingan bersama.

6. Membentuk Pasukan Projek Bersama untuk mengurus hal ehwal bersama di dalam aspek perancangan projek dan kerja-kerja pembangunan sebelum operasi dimulakan.

7. Bersama-sama menawar tender antarabangsa pada bulan Ogos 2016 untuk melantik Rakan Kongsi Pembangunan Bersama bagi persediaan sokongan teknikal termasuk perkara-perkara yang melibatkan sistem komunikasi dua hala dan integrasi.

Yang paling penting adalah;

8. Bersama-sama berusaha untuk memastikan projek keretapi laju KL-Singapura dapat memulakan operasi seperti dijadualkan pada 2026.

Di antara perkara yang perlu kita ketahui adalah mengetahui siapakah pihak-pihak yang bertanggungjawab secara langsung untuk mempastikan projek mega ini berada di landasan yang betul dan segala perancangan dapat dilaksanakan secara teratur dan berjaya.

SPAD  - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat adalah pihak diberi tanggungjawab bagi pihak kerajaan Malaysia sebagai perancang, pengawalselia dan penguatkuasa untuk semua urusan hal-hal tanah pengangkutan awam. Ditubuhkan pada 3 Jun 2010 di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010, Suruhanjaya adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri Malaysia secara langsung.

MyHSR Corporation - Syarikat yang dimilik penuh Pebadanan Menteri Kewangan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015 khusus untuk projek keretapi laju KL-Singapura. Syarikat ini bertanggungjawab memastikan perjalanan, perkembangan dan perlaksanaan projek ini.

LTA - Land Transport Authority adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Singapura. Kumpulan HSR di dalam LTA bertanggungjawab untuk aspek pembangunan rekabentuk kejuruteraan dan pelaksanaan projek yang bekerjasama rapat bersama-sama agensi-agensi berkaitan di antara kedua-dua negara Malaysia dan juga Singapura.
 
Thursday, April 24, 2014

FOTO LEW KUAN YEW CETUS KERISAUAN RAKYAT SINGAPURA

Gambar terkini Lee Kuan Yew ketika kunjungan Sultan Brunei ke Singapura telah benar-benar membuat rakyat Singapura terkejut apabila disiarkan Channel News Asia di Twitter baru-baru ini.

Bagi pihak kerajaan Singapura pula, mereka mungkin ingin menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa Bapa Singapura ini masih hidup walaupun desas desus pernah tersebar beliau telah meninggal dunia.

Gambar bersama-sama Duta Rusia ke Singapura di Istana pada Januari 2014 ketika menerima anugerah penghormatan dari Presiden Rusia, Vladimir Putin setelah dilaporkan beliau tidak nampak berada di khalayak ramai selama 2 bulan.

Namun, pada tahun lepas berita yang mengatakan beliau dinasihati oleh para doktor peribadinya agar mengelak daripada berada di khalayak ramai kerana keadaan kesihatannya yang semakin uzur.

Gambar di atas pula telah diambil pada Ogos 2013 beberapa hari sebelum beliau akan meraikan harijadinya yang ke 90 pada bulan September. Dalam sesi temuramah setelah buku terbarunya diterbit bertajuk "One Man's View of the World", beliau menyatakan fizikalnya semakin lemah dan kurang aktif.

Di dalam ucapan ketika melancarkan bukunya beliau sempat menyatakan kebimbangan terhadap kerjasama Malaysia Singapura yang telah mempromosi Iskandar. 
"This is an economic field of co-operation in which, you must remember, we are putting investments on Malaysian soil," "And at the stroke they can take it over." - Lee Kuan Yew
“This is an economic field of co-operation in which, you must remember, we are putting investments on Malaysian soil,” Lee said. “And at the stroke of a pen they can take it over.” - See more at: http://www.themalaymailonline.com/world/article/singapores-lee-kuan-yew-airs-concern-about-malaysian-economic-zone#sthash.v0NMw686.dpuf

ingapore Prime Minister Lee Hsien Loong, Lee’s eldest son, and Malaysian Prime Minister Najib Razak have both promoted Iskandar, which many believe can complement Singapore, just as Shenzhen has helped Hong Kong overcome its space constraints.
“This is an economic field of co-operation in which, you must remember, we are putting investments on Malaysian soil,” Lee said. “And at the stroke of a pen they can take it over.”
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/world/article/singapores-lee-kuan-yew-airs-concern-about-malaysian-economic-zone#sthash.v0NMw686.dpuf