Showing posts with label PATI. Show all posts
Showing posts with label PATI. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

DATUK WEE KA SIONG : BN BERCAKAP BERDASARKAN FAKTA TETAPI PEMBANGKANG PILIH TIN KOSONG



Apa kelebihan pemimpin dan penyokong parti pembangkang? Apabila mereka tiada langsung jalan penyelesaian, mereka bukan saja akan membangkang setiap usaha kerajaan malahan mereka akan mula rekacipta pelbagai alasan dan propaganda yang pasti tiada asasnya. Kesemua yang mereka bangkang hanyalah semata-mata demi politik dan yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Setelah Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi umumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh kerana kerajaan telah memilih untuk fokus kepada isu levi dan PATI di dalam negara terlebih dahulu.

Kedua-dua isu levi dan PATI ini telah pun disuarakan oleh Datuk Wee terlebih dahulu dan kini ia mendapat perhatian kepimpinan tinggi negara. Blog ini telah menulis alasan-alasan Datuk Wee mengapa isu levi dan PATI perlu ditangani terlebih dahulu sebelum meneruskan untuk membawa lebih pekerja asing ke Malaysia.

Umpama tin kosong, bunyi saja kuat tetapi isinya tiada. Begitulah yang ingin disampaikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyelar kenyataan-kenyataan pembangkang ke atas keputusan kerajaan dalam penangguhan pengambilan pekerja dari Bangladesh. Bagi Datuk Wee, kenyataan pembangkang tidak langsung membantu industri perniagaan dan sekali gus membantu ekonomi negara tetapi sekadar ingin berpolitik.

Keputusan pengambilan pekerja asing ini ditangguh dan kerajaan tetap akan menambahnya jika ada permintaan pada bila-bila waktu. Namun, pembangkang hanya ingin memesongkan pandangan rakyat dengan menuduh kerajaan pimpinan Barisan Nasional memerlukan warga Bangladesh sebagai pengundi di dalam pilihanraya nanti.

Usaha pembangkang untuk menipu rakyat dan memburukkan imej BN telah pun gagal apabila tuduhan mereka di pilihanraya 13 yang lalu, BN telah mengimport 40,000 rakyat Bangladesh khas untuk mengundi. Pembohongan ini diulang semula dengan pengumuman kerajaan yang akan membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh seramai 1.5 juta sepanjang 3 tahun.

Dalam kenyataan TPM, dengan jelas beliau menyatakan keputusan dalam penangguhan pengambilan warga Bangladesh akan membolehkan Kerajaan untuk menyemak semula levi untuk pekerja asing dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat sebelum membuat keputusan. Ini adalah langkah agar pihak majikan dapat mendaftarkan pekerja tanpa izin mereka.

Pendatang tanpa izin atau PATI yang berada di negara ini diberi peluang sebagai pekerja berdaftar dan perlu mendapatkannya dari kedutaan Bangladesh dan sekiranya mereka gagal, mereka akan dihantar pulang. Penangguhan ini juga membolehkan pihak kerajaan memberi tumpuan kepada PATI yang telah tinggal melebihi had tempoh, penyalahgunaan visa pekerja atau tidak mempunyai dokumen yang sah.

Dengan penjelasan dari Datuk Zahid dan Datuk Wee, jelas apabila di pihak Barisan Nasional bercakap berdasarkan fakta yang berlandaskan realiti untuk penyelesaian masalah negara tetapi pembangkang memilih untuk bukan sahaja berpolitik tetapi memutar-belitkan isu tanpa sebarang penyelesaian.

Sunday, February 14, 2016

CADANGAN DATUK WEE KA SIONG SUPAYA HALALKAN 'PATI' TERLEBIH DAHULU MENDAPAT PUJIAN


Topik hangat yang sedang dibicara di antara rakyat adalah pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi mengenai pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh untuk tempoh 5 tahun akan datang. Rata-rata ramai yang menyentuh kebimbangan mereka berkisar peluang pekerjaan yang bakal dirampas dari belia tempatan.

Namun, bagi Datuk Wee Ka Siong yang berportfolio Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Jabatan Perdana Menteri, isu pekerja asing berkait rapat dan beliau melihat isu pengambilan pekerja dari Bangladesh ini pada skop yang lebih luas.

Datuk Wee bimbang dengan kenaikan levi pekerja asing yang sangat tinggi sehingga 300 peratus. Kebimbangan ini telah dibawa ke perbincangan mesyuarat post-Kabinet. Selain dari Datuk Wee, menteri-menteri lain juga telah menyuarakan kebimbangan mereka di mana implikasi ke atas kenaikan levi yang sangat tinggi bakal menyumbang kepada inflasi. Di antara menteri yang berkongsi kebimbangan ini adalah Paul Low dan Mah Siew Keong.

Di antara lain yang telah disuarakan Datuk Wee adalah berkemungkinan majikan akan memilih untuk mengambil pekerja PATI ataupun pendatang haram sebagai alternatif dan akhirnya perlaksanaan ini akan membebankan kerajaan sendiri.

Seperkara lagi, Datuk Wee juga telah mencadangkan agar kerajaan menimbangkan untuk menghalalkan proses pendatang-pendatang haram di dalam Malaysia dahulu sebelum mengambil 1.5 juta pekerja dari Bangladesh. Di antara proses yang boleh dilaksanakan adalah menyediakan dokumentasi yang betul untuk mereka. Setelah proses ini terlaksana, barulah kerajaan melakukan proses seterusnya untuk menerima pekerja Bangladesh ini.
Cadangan Datuk Wee telah mendapat pujian dari pelbagai pihak.
  
Ia sebenarnya akan dapat memberi gambaran jumlah sebenar pendatang tanpa izin yang membanjiri di negara ini dan sekali gus menyediakan perspektif yang lebih baik mengenai keperluan tenaga kerja sebelum Kerajaan memulakan  proses mengimport 1.5 juta warga Bangladesh.

Satu kajian menyeluruh juga perlu diadakan mengenai keperluan sebenar tenaga kerja dalam pelbagai sektor dalam menentukan kesesuaian keperluan sebelum negara berhadapan dengan lambakan pekerja asing. Faktor ekosistem juga perlu diberi perhatian seperti perumahan, makanan, kebersihan, perubatan dan faktor-faktor lain yang berkaitan kerana jumlah yang diumumkan adalah sangat besar dan pasti memberi kesan kepada negara.

Bagi Datuk Wee, kedua-dua pihak di antara pekerja dan majikan perlu diberi perhatian dan perlu ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, segala cadangan yang telah dikemukan ketika mesyuarat post-kabinet telah mendapat perhatian Perdana Menteri dan menteri berkenaan telah diarahkan untuk membuat pertemuan dengan dewan-dewan perniagaan pada kadar segera untuk mendapat maklumbalas dari mereka.