Showing posts with label Hukum Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hukum Hudud. Show all posts

Sunday, March 22, 2015

DESAKAN MCA BUAT DAP SEMAKIN TERJERAT


Rakyat Malaysia terkedu apabila di dalam PRU 13 lalu, hampir 95% pengundi bangsa cina menolak MCA sebaliknya memberi undi kepada DAP. Ada teori penolakan bangsa Cina ini mengatakan MCA tidak lagi relevan untuk perjuangkan nasib bangsa mereka dan ada pula dikaitkan dengan sabotaj ahli MCA . Semua ini membingungkan landskap politik tanahair. Tetapi apa sebenarnya?

Setelah hampir 2 tahun PRU13 berlalu, kini MCA telah membuktikan faktor utama pengundi Cina menolak MCA iaitu DAP telah manipulasi isu negara Islam dan hukum hudud di dalam siri kempen mereka.
 
MCA mendedahkan surat yang ditandatangani Guan Eng dan Hadi Awang pada 29 April 2013 iaitu enam hari sebelum PRU13 dan telah dimuatnaik di Facebook Hadi Awang pada hari yang sama. Kandungannya adalah;


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
April 29, 2013 ·
 
Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat berteraskan dasar bersama atau manifesto yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuangan adil untuk semua oleh DAP, PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam.

Perbezaan diantara PAS dan DAP hanya setakat 5% sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan,kebenaran, intergriti dan
demokrasi untuk semua.

Oleh itu, Manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau tidak menolak hak mana-mana bangsa, agama ataupun jantina.

Marilah kita bersatu melawan kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam Negara yang berlarutan lebih 50 tahun.

Kami merayu rakyat Malaysia sokonglah Pakatan Rakyat pada 5hb Mei 2013.
---------------------------------------

Jika dibaca secara teliti, benarlah dakwaan MCA bahawa sememangnya DAP telah mengetahui dan bersetuju agar PAS meneruskan hasrat mereka untuk mewujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud. Jika tidak benar, mengapa Setiausaha Agung DAP bersetuju untuk tandatangan perjanjian di atas?

Malahan, perjanjian di atas telah dilakukan di Pulau Pinang dan telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ketika itu.

MALANGNYA, DAP tidak berani berhadapan pengundi-pengundi Cina dan terpaksa berbohong di pentas kempen mereka dan menafikan perjanjian ini pernah berlaku, malahan menuduh MCA mencipta isu tersebut.

Menyedari isu hukum hudud dan negara Islam adalah isu popular untuk meraih undi penyokong PAS yang bukan Islam terutama bangsa Cina, pada 7 Ogos 2012, Hadi Awang telah keluarkan kenyataan bahawa PAS tidak lagi pegang pada konsep negara Islam dan Negara berkebajikan adalah matlamat PAS. Ini disokong Kit Siang pada 17 Ogos 2012 yang beri jaminan kepada pengundi Cina untuk menyokong PAS dengan menegaskan negara Islam dan hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat.

Kemudian pada 29 November 2012, Guan Eng pula cuba yakinkan pengundi Cina bahawa PAS telah beri jaminan yang hukum hudud tidak melibatkan masyarakat bukan Islam sehingga Anthony Loke yang ketika itu adalah Ketua DAPSY telah keluarkan slogan - kalau tak curi, tak rompak, tak perlu takut.

Seperkara lagi, MCA juga telah membuktikan DAP dan PAS cakap tidak serupa di pentas kempen apabila berjaya perdayakan pengundi mereka, PAS teruskan agenda melaksanakan enakmen hudud di Kelantan setelah mendapat kemenangan.

Walaupun kenyataan-kenyataan berdolak-dalik dari DAP dan PAS, bila kita teliti satu persatu, pemimpin-pemimpin tertinggi DAP dan PAS sebenarnya membenarkan perlaksanaan hukum hudud.

Jika DAP ingin menuding jari kepada MCA dan UMNO kerana enakmen hudud diluluskan di Kelantan, apakah Kit Siang tidak mengetahui bahawa sesuatu enakmen baru yang ingin diluluskan samada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen dengan 2/3 majoriti? Walaupun MCA cuba menghalang UMNO, namun kedudukan kerusi PAS dalam DUN Kelantan yang mempunyai 2/3 majoriti tidak akan memberi apa-apa kesan pun.

Persoalannya bukan peranan MCA untuk halang Ahli DUN Kelantan tetapi dokumen perjanjian di antara Guan Eng dan Hadi Awang yang gagal disembunyikan DAP. Sehingga hari ini pun, Kit Siang dan DAP gagal menjawab dan menerangkan perjanjian tersebut.

DAP tidak perlu menuduh MCA bermacam-macam untuk menutup penipuan mereka dan apabila jelas tiada kata sepakat di antara DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan, tidak perlu heret seluruh parti-parti komponen Barisan Nasional di dalam masalah mereka kerana itu bukan masalah BN!

Apabila PAS berjaya teruskan agenda politik mereka di Kelantan, perlu kita tanya... SIAPA RAKAN KONGSI PAS DALAM PAKATAN RAKYAT?

Thursday, May 08, 2014

APA TINDAKAN SULTAN BRUNEI?

Hotel milik Sultan Brunei
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada minggu lalu mengumumkan bahawa baginda akan meneruskan dengan pelaksanaan hukum hudud, walaupun mendapat kritikan di negara itu mahu pun peringkat antarabangsa.

Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi pada Khamis lalu, dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk hukuman potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mata pada fasa ketiga.

Tetapi harta Sultan Brunei di luar negara pula yang menjadi taruhan oleh kumpulan pro LGBT di atas nama hak asasi manusia.

Sultan Hassanal Bolkiah memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rom.

Baginda telah didesak agar melepaskan pemilikan Beverly Hills Hotel dan di antara selebriti yang telah membuat kenyataan memboikot rangkaian hotel tersebut adalah;
 



Majlis Perbandaran Beverly Hills pun campurtangan juga dengan meluluskan satu resolusi menggesa Washington mengambil tindakan ke atas kerajaan (Brunei) untukmengubah undang-undang mereka ataumelepaskan hotel milik mereka. Pihak Washington telah jelaskan mereka tidak akan mengikuti usaha untuk memboikot rangkaian hotel mewah milik Sultan Brunei walaupun telah menyatakan kebimbangan mereka.

Yang jelas di sini ialah mereka yang membantah perlaksanaan hukum hudud ini apabila Brunei mengumumkan hukuman rejam ke atas golongan LGBT yang terdiri darikaum lesbian, bapok, pondan dan hubungan songsang sesama jenis. Golongan ini juga yang mengadakan majlis perkahwinan mereka di hotel-hotel tersebut.

Adalah wajar seandainya kerajaan Brunei ingin menunjukkan kesungguhan mereka melaksanakan hudud dengan melepaskan harta milik mereka di Beverly Hills ini kerana apa maknanya apabila hukum hudud dilaksanakan di negara baginda tetapi pada masa sama kegiatan-kegiatan songsang dibenarkan di premis miliknya?

Seandainya tiada pendedahan sedemikian, apakah kita sebagai umat islam akan dipermainkan dengan perlaksanaan hukum Allah ini oleh sebilangan pemimpin.

Di negara kita juga sedang hangat dibincang dan diperkatakan tentang hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Namun, telah didapati hukum Allah ini hanyalah satu permainan politik mereka semata-mata dan dengan terang hukuman ke atas puak-puak LGBT tidak disebut di dalam draf pun.

Benarlah kata Tun Mahathir;


Friday, April 25, 2014

APA SAJA MENGENAI ISLAM, PAS AKAN LEMAH DI KAKI DAP




Kini hukum hudud kembali ke pentas politik Pakatan Rakyat. Baru-baru ini PAS Kelantan ingin meneruskan hukum hudud di negeri yang telah dikuasai PAS dan memberi peringatan kepada DAP dan PKR supaya jangan campur tangan dan menghalang mereka.

Alasan yang diberi Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah hukum hudud telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 iaitu sebelum Pakatan Rakyat dan perjanjian pakatan pembangkang wujud. Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.

Bagi DAP pula, alasan yang diberi PAS untuk tidak melaksanakan hukum hudud di peringkat negara adalah alasan yang lemah. DAP bertegas bahawa mereka berhak membantah kerana PAS juga menumpang dalam Pakatan Rakyat ketika Pilihanraya Umum lalu. Gobind Singh yang meneruskan kelantangan mendiang ayahnya, Karpal Singh, mengingatkan PAS bahawa undian yang mereka terima pada PRU 13 lalu adalah berdasarkan kepada agenda PR.
  
Jika hukum hudud hanya akan dilaksana di Kelantan, apa pula pendirian PAS Pusat? Pada 24 November 2013, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan adalah menjadi hak parti Islam itu untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Kelantan kerana perkara itu tidak termasuk dalam persetujuan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Hak dia (Karpal) bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan. Itu (hudud) tidak ada dalam perjanjian Pakatan Rakyat." - Presiden PAS


Seronok melihat telatah PAS dan DAP bila isu ugama Islam timbul. Seperti biasa, masing-masing bertegang urat pertahan hujah masing-masing. Namun, apa pula pendirian PKR? Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata  perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat tetapi belum ada keputusan sehingga diperincikan di peringkat Lajnah Politik PAS Pusat.

Apa perlunya tunggu keputusan Lajnah Politik PAS Pusat jika Presidennya sendiri telah bersetuju? Apakah demi menjaga hati DAP, PKR sedang terkial-kial mencari alasan untuk 'play safe' dalam isu ini?

Yang sebenarnya, jika diamati tindakan DAP dan PKR yang mempunyai pemimpin-pemimpin bukan Islam yang lebih ramai, mereka i(DAP dan PKR) bukanlah menentang sangat-sangat perlaksanaan hukum hudud ini. Gambaran yang lebih besar ialah DAP dan PKR tidak mahu iktiraf Malaysia sebagai negara Islam malah memilih Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Sekiranya PAS masih berdegil untuk laksana hukum hudud, ini bermakna Pakatan juga bersetuju untuk iktiraf Malaysia sebagai negara Islam dan seterusnya mengiktiraf Islam sebagai ugama Persekutuan.

PAS juga terlupa bahawa, di dalam rekod DAP dan PKR, mereka adalah pembela penjenayah atas nama hak asasi manusia dan sekali gus, COMANGO akan gagal jika penjenayah dihukum mengikut hudud PAS. Segala yang diperjuangkan Pakatan Rakyat untuk menghidupkan COMANGO, akan terbantut apabila mereka sendiri melakukan hukuman jenayah dengan memotong tangan, merejam batu dan merotan di khalayak ramai.

Namun, yang lebih mengejutkan kita apabila Datuk Mohd Amar berkata, "... mereka (DAP) harus beri peluang kepada kita melaksanakan hukum ini dan sekiranya kita gagal, barulah mereka ada sebab untuk menolak." Bukankah ini menunjukkan hukum hudud di Kelantan hanya sebagai satu bahan ujikaji? Buat dulu, jika gagal baruboleh dibantah. Apakah perlaksanaan hukum hudud ini sekadar untuk percubaan tanpa bersandarkan kajian yang menyeluruh?

Persoalannya sekarang, seandai PAS Kelantan meneruskan juuga ntuk melakasana hukuman hudud, apakah tindakan seterus DAP dan PKR? Apakah tindakan undang-undang akan diambil terhadap PAS Kelantan? Pakar-pakar undang-undang ramai dalam kedua-dua parti ini, apakah tiada ruang teknikal yang mampu untuk PAS disaman?

SEHINGGA BILA PAS AKAN LEMAH DI KAKI DAP DAN PKR APABILA ISU HUKUM HUDUD TIMBUL?

Jika ingin tahu Hukum Hudud sebenar... DI SINI