Showing posts with label Biasiswa. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa. Show all posts

Friday, February 19, 2016

PRIHATIN MCDONALD'S KEPADA RAKYAT MALAYSIA ... DI MANA DISALURKAN?

Kejayaan perniagaan McDonald's selama 33 tahun bukan sekadar berteraskan model perniagaannya semata-mata malahan program-program amal di dalam tanggungjawab sosial korporat juga menyumbang kepada kejayaan mereka. Menyedari ia adalah kejayaan bersama di antara syarikat, produk, kakitangan dan juga pelanggan, McDonald's Malaysia telah komit dalam usaha membantu masyarakat yang kurang bernasib baik terutama di kalangan kanak-kanak.

Di artikel lalu telah pun disentuh secara ringkas mengenai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan siri kempen dalam inisiatif mengumpul bantuan dan dana menerusi Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dan salah satu daripada 4 fokus utama badan amal RMHC iaitu Rumah McDonald (RMH).

RHMC ditubuhkan pada 1990 dan inisiatifnya yang lain adalah program "Ronald McDonald Gift of Smile", Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa Ronald McDonald di mana apsek kesihatan, pelajaran dan kebajikan adalah keutamaan program ini.


Ronald McDonald Gift of Smile

 
Ini adalah tajaan untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing. Bagi McDonald's, kanak-kanak istimewa sebegini perlu dikembalikan senyuman mereka semula dan sekiranya mereka tidak dirawat, maka mereka akan mengalami masalah pertuturan di samping kesan psikologi yang lain.

RHMC Malaysia akan membiayai sepenuhnya kos pembedahan dan rawatan pembetulan untuk kanak-kanak daripada golongan keluarga yang tidak berkemampuan. Pihak Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah memberi kerjasama penuh. Ada di antara kanak-kanak ini di rawat sehingga umur mereka 18 tahun di mana selepas pembedahan, mereka akan menjalani rawatan gigi, perkhidmatan orthodontics dan ada yang perlu menjalani sehingga terapi pertuturan pula.

Sejak program ini mula diperkenalkan pada 2004, lebih daripada 350 kanak-kanak telah berjaya untuk senyum dan bertutur seperti biasa setelah menjalani pembedahan dan rawatan pembetulan dengan perbelanjaan sebanyak RM3 juta.


Bilik Sensori Ronald McDonald
 

Menerusi Bilik Sensori Ronald McDonald, program ini membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan menggunakan peralatan multi deria khas yang didermakan kepada NGO. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau dalam suasana yang sangat selesa.

Sejak 1999, lebih daripada 5,000 kanak-kanak telah mengguna kemudahan yang disediakan di 20 buah bilik di seluruh Malaysia. Setiap bilik sensori ini memerlukan hampir RM90 ribu dan setakat ini sebanyak RM1.6 juta telah disalurkan.


Program Biasiswa Ronald McDonald 

 
Program biasiswa Ronald McDonald telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar cemerlang daripada golongan keluarga berpendapatan rendah. Program ini telah dilancarkan pada tahun 1997 dan pada mulanya ia hanya di sekitar Kuala Lumpur dan sekarang telah disalurkan ke seluruh Malaysia di mana di setiap negeri akan memilih 6 pelajar di peringkat sekolah menengah.

Pelajar yang mendapat kesemua 'A' di dalam keputusan peperiksaan PT3 dan SPM, mereka akan diberi voucer bernilai RM200 atau RM100 untuk berbelanja di restoran McDonald's.

Sehingga kini, hampir RM500 ribu disalurkan setiap tahun dan lebih dari 500 pelajar mendapat manfaat daripada RM2.6 juta di dalam program ini. Bantuan yang diberikan berbentuk elaun untuk makanan, di samping sejumlah wang tambahan pada awal tahun untuk bayaran pengangkutan, pakaian seragam dan yuran sekolah.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita juga mampu bersama-sama Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia menyumbang samada dengan kewangan
mahupun tenaga secara sukarela. RMHC mempelawa untuk menyertai sukarelawan dan boleh berdaftar ... DI SINI
 
Kepada mereka yang ingin menyalurkan bantuan selain dari kewangan pula, bolehlah dihantar terus ke Ronald McDonald House – PPUKM atau di pejabat:

Level 6, Bangunan TH,
Damansara Uptown 3,
No 3, Jalan SS21/39,
47400, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
E-Mail : rmhc@my.mcd.com
Tel : +603-7843 3388 (Ext 3229/3230)
Fax : +603 7843 3393

Friday, January 22, 2016

DATUK WEE KA SIONG MANGSA PUTAR BELIT MALAYSIAKINI


Isu yang dimainkan Malaysiakini adalah isu sensitivi rakyat iaitu pelajaran dan kewangan. Yang perlu dikaitkan untuk dijadikan kemarahan rakyat ialah di pihak kerajaan dan pemipin-pemimpin parti pemerintah. Jelas!

Lebih seronok jika tajuknya pun cukup untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan paling selamat jika berita disangkutkan sambil memetik laporan dari portal berita lain. Itulah etika kewartanan yang diamalkan Malaysiakini dan ia bukan pertama kali tetapi telah berkali-kali sehingga terkenal sebagai sumber berita palsu!

Terkini Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dijadikan mangsa apabila Malaysiakini menulis dalam artikel bertajuk ... 'Putrajaya suspends JPA scholarships amid falling revenue' dengan memulakan berita seperti berikut;

"Putrajaya has suspended the Public Service Department (JPA) Scholarships for degree courses and the Education Ministry's bursary for pre-university programmes amid falling national revenue.

According to Sin Chew Daily, this was confirmed by Minister in the Prime Minister's Department Wee Ka Siong who raised the issue at the cabinet meeting today following several complaints from high-achieving students."


Jelas sekali kenyataan di atas menuduh Datuk Wee telah membuat kenyataan yang kerajaan akan batalkan biasiswa JPA. Laporan Malaysiakini memetik komen Datuk Wee dari Sin Chew Daily tetapi sebenarnya telah diputarbelitkan.

Jika kita membaca terus penulisan Malaysiakini, mereka juga cuba kaitkan yang Perdana Menteri bersetuju dibatalkan biasiswa ini kerana tekanan ekonomi yang melanda negara kerana kejatuhan harga minyak dunia ke paras yang paling rendah. Pembatalan biasiswa JPA juga seolah-olah bakal menjadi mangsa pengubahsuaian bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri nanti.

Oleh itu, sebagai seorang ahli politik yang bertanggungjawab dan peka dengan muslihat Malaysiakini yang kita semua ketahui adalah lidah untuk pembangkang, Datuk Wee pantas mengeluarkan kenyataan di laman Facebooknya menafikan laporan Malaysiakini yang cuba memutar belit kenyataan beliau seperti berikut;
A Malaysiakini report today claiming that I had confirmed that the 2016 Public Service Department (JPA) scholarships had been suspended is flatly inaccurate and baseless. In a failure of responsible journalism, Malaysiakini had neglected to contact me in order to perform a simple fact check for that article. The portal had instead misquoted a report by Sin Chew Daily to whom I have made my comments on the issue. I cannot be held responsible if my comments are distorted.

The issue of the purported JPA suspension had been reported for some days in the media quoting concerned parents and students on the issue. I had not announce the suspension nor did I confirm it.

In order to seek clarification on the issue, I had brought up the matter in this week's (20 January 2016) Cabinet Meeting and if need be, to find a solution to this matter, particularly from the JPA.

In response, Yang Amat Berhormat Prime Minister Dato' Sri Najib Tun Razak has immediately instructed the Chief Secretary to the Government and the JPA to study and submit a report to the Cabinet next week.

Laporan di MStar ada penjelasannya ... DI SINI

Namun, apa sebenarnya keputusan kerajaan?

Belum ada keputusan pun tetapi ia masih di peringkat cadangan. Biasiswa JPA yang terlibat bukanlah semua tetapi mereka yang menerima bursari pra-universiti iaitu biasiswa Kementerian Pendidikan bagi program pra-universiti.

Kerajaan sedang membuat penilaian semula kelayakan penerima biasiswa dari beberapa perspektif supaya dapat dioptimiskan penyalurannya kepada kumpulan sasar yang lebih tepat. Salah satunya adalah mengenai pelajar-pelajar yang menerima biasiswa namun tidak menamatkan pengajiannya samada kerana gagal atau pun mereka menarik diri atau sebab-sebab lain.

Setelah pihak JPA selesai membuat kajian semula, barulah ia akan dibentangkan ke mesyuarat kabinet nanti dan mereka diberi tempuh seminggu.

Benarlah seperti apa yang dikatakan Datuk Wee, wartawan Malaysiakini yang memetik laporan SinChew Daily seharusnya meminta penjelasan beliau jika mereka mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggungjawab dan benar.

Akibat dari laporan Malaysiakini itu, pastinya rakyat akan marah terutama di kalangan mahasiswa dan sasaran mereka telah pun tercapai. Namun, setelah ketegasan Datuk Wee dengan penjelasannya, apakah kita seharusnya marah dengan provokasi dan pembohongan Malaysiakini atau dengan penjelasan Datuk Wee yang mewakili kerajaan?