Wednesday, March 15, 2017

GELARAN 'DATUK', GUAN ENG SEBENARNYA CEMBURUKAN MCA


Pada satu jamuan di Butterworth, sekali lagi Guan Eng tanpa segan silu menipu orang ramai yang DAP satu-satunya parti politik di Malaysia tidak ada pemimpin mahupun ahlinya dengan gelaran Datuk dan mengecam MCA yang kononnya parti bersarangkan gelaran 'Datuk'. Maka bagi Guan Eng, inilah yang menyebabkan pemimpin-pemimpin MCA gagal untuk berkhidmat kepada rakyat.

Pertama, Guan Eng terlupa yang Ngeh Koo Ham, Teng Chang Khim dan juga Chian Heng Kai dari Perak adalah pemimpin-pemimpin dan ahli DAP. Malahan, mendiang bekas Ahli Parlimen Perak dan juga bekas Naib Pengerusi DAP, telah menerima gelaran Datuk di atas saranan Guan Eng. Gelaran Datuk Chian Heng Kai ini juga jelas terdapat di blog Kit Siang. Malangnya mendiang telah tiada untuk menangkis pembohongan Guan Eng.


Walaubagaimanapun, Koo Ham dan Chang Kim boleh perbetulkan pembohongan Guang Eng ini.

Kedua, setiap tahun anugerah pingat yang membawa gelaran Datuk, Tan Sri dan Tun daripada YDP Agong dan juga raja setiap negeri, pejabat ketua negara mahupun negeri akan mencadangkan senarai penerima maka Guan Eng tidak terlepas untuk mencadangkan nama-nama yang beliau fikirkan layak. Maka, jika mana-mana pemimpin atau ahli DAP difikirkan tidak layak menerima anugerah itu, Guan Eng juga pasti akan mencadangkan mana-mana ahli perniagaan atau individu. Pokoknya Guan Eng ada mencadangkan.

Oleh itu, Guan Eng perlu berhenti daripada mencadangkan senarai nama-nama untuk sebarang anugerah ini dan jika Guan Eng teringin buktikan kata-katanya, kesemua mereka yang pernah dicadangkan terdahulu perlu memulangkan gelaran ini kepada pihak kerajaan negeri.

Sesungguhnya gelaran tertinggi samada dari kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri ini adalah untuk individu yang telah mendapat pengiktirafan kerana jasa-jasa mereka yang telah lalu mahupun yang sedang diusahakan. Maka kita tertanya, mengapa Guan Eng tidak diberi sebarang anugerah dari kerajaan negeri? Apakah benar Guan Eng menolak kerana polisi DAP menolak sebarang gelaran kerana ingin berkhidmat kepada rakyat?

MCA Penang ada jawapannya!

Sememangnya Guan Eng tidak layak menerima anugerah pingat yang membawa gelaran 'Datuk' kerana memandangkan beliau satu-satunya ketua negeri yang bukan anak tempatan dan orang luar. Selama beliau menduduki jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, dasar yang dibawa Guan Eng ke Pulau Pinang lebih membawa kehancuran daripada nikmat untuk rakyat tempatan.

Dasarnya yang tertumpu kepada penjualan tanah-tanah negeri, kemusnahan alam sekitar, seringnya berlaku banjir kilat, penindasan rakyat miskin yang hanya mampu melihat kondo-kondo mewah dan pelbagai cukai yang menyusahkan kehidupan rakyat. Lebih utama, Guan Eng sekarang sedang terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh SPRM.

Guan Eng sebagai orang luar lebih gemar mengutamakan orang luar daripada anak tempatan sendiri sehingga beberapa jawatan penting di dalam agensi kerajaan negeri telah diberikan kepada orang luar. Malahan, Guan Eng juga sering dilihat gemar mencetus perbalahan dengan wartawan-wartawan dari akhbar cina tempatan di Pulau Pinang.

Pulau Pinang hari ini sedang mengalami penurunan dalam aktiviti ekonomi negeri yang kritikal, ketandusan rumah mampu milik untuk rakyat miskin, dan lebih malang untuk Pulau Pinang apabila tiada pelaburan asing yang signifikan tetapi sebaliknya ada yang telah membatalkan hasrat dan ada yang telah pun keluar dari Pulau Pinang.

Gagal mengatasi kesemua ini, Guan Eng lebih berminat untuk menumpukan menyerang musuh-musuh politiknya samada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

Janganlah kerana kegagalan sendiri, maka Guan Eng bukan saja terus menipu rakyat Pulau Pinang malahan beliau mencemburui pemimpin-pemimpin MCA yang diiktiraf negara dan negeri ke atas jasa-jasa mereka. Tidak ada sebab mengapa pemimpin-pemimpin MCA samada yang lama ataupun yang muda diberi anugerah Datuk, Tan Sri mahupun Tun kerana satu contoh jasa mereka terbaik adalah dengan penubuhan UTAR untuk pendidikan bangsa mereka.

Guan Eng tidak perlu cemburukan MCA dalam anugerah 'Datuk' ini sedangkan seharusnya malu kepada rakyat Pulau Pinang kerana selama ini hanya kemusnahan saja yang telah kamu bawa.
 

No comments: