Friday, February 20, 2015

NAJIB DAN LIOW : STRONGER TOGETHER


Inilah uniknya Malaysia bila semua rakyat pelbagai bangsa turut meraikan bersama setiap perayaan dan tidak ketinggalan Tahun Lunar Cina setiap tahun.

Sebagai Perdana Menteri pelbagai kaum di Malaysia, Dato Sri Najib Razak bersama-sama pemimpin-pemimpin kaum yang lain telah menghadirikan diri di Rumah Terbuka MCA.

Kita dengar mesej Perdana Menteri dahulu;



Apa pula mesej Presiden MCA, Dato’ Sri Liow Tiong Lai?

Di antaranya...

1. Together we can! MCA telah melancarkan kempen 'Stronger Together' atau Teguh Bersama untuk memumpuk perpaduan di kalangan pelbagai kaum.

2. Walaupun di tahun-tahun sebelumnya, rakyat Malaysia telah melalui pelbagai dugaan dan rintangan, namun kita telah bersama sebagai satu pasukan yang kukuh telah mengatasinya. MCA telah bersama-sama rakyat Malaysia dan terus memperjuangkan nasib bangsa Cina di Malaysia.

3. 3 hasrat Dato Liow iaitu;
a. Pertama beliau ingin melihat satu kejayaan dalam ekonomi demi pembangunan negara yang terus mampan; 

b. Kedua, perpaduan dalam politik yang ditunjukkan melalui kesederhanaan demi generasi akan datang;
 
c. Akhir sekali, peningkatan berterusan pendidikan untuk melahirkan lebih bakat untuk negara.

4. MCA akan bekerjasama dengan semua bangsa di Malaysia bagi merealisasikan plan 5 tahun ekonomi agar semua rakyat dapat menuju ke tahap yang lebih tinggi. Dengan idea 'Hub Civilisation' bertujuan untuk kerjasama ekonomi yang lebih erat di antara perniagaan di kalangan pelbagai kaum bagi menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih giat, dan dengan kekuatan setiap komuniti dan rangkaian perniagaan.
 
5. Ketika musibah banjir melanda Pantai Timur baru-baru ini, sebagai rakyat, dengan pantas MCA telah menghulurkan bantuan. MCA telah benar-benar menunjukkan semangat "BERSEPADU, BERSATU" apabila bersama-sama sukarelawan saling membantu memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir.

6. MCA juga bimbang dengan kenyataan dari pelampau-pelampau sehingga telah merosakkan keharmonian sosial dan perpaduan negara. 

Walaubagaimanapun, MCA bersyukur dengan kemunculan penerapan kesederhanaan dan menyokong usaha murni ini untuk mengatasi setiap ekstremisme kerana dengan ini sajalah satu-satunya cara yang tepat untuk sesebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum terus berada sebagai sebuah negara yang progresif dan aman. Seperi kata pepatah di dalam bahasa Inggerisnya... unity begets prosperity.

7. Perlunya menghormati sesama sendiri dan elakkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain. Di dalam berhubung dengan bangsa-bangsa lain, keikhlasan adalah formula yang paling berkesan bagi mengukuhkan persaudaraan. Ketahuilah, di dalam era teknologi maklumat di hujung jari, setiap tutur kata mestilah lebih berdisplin dan elakkan dari pergeseran perkauman dan kemarahan rakyat.

8. Malaysia juga terkesan dengan kejatuhan harga minyak dunia dan ketidak tentuan ekonomi global. Kerajaan Malaysia sedang sedaya upayanya mengendali situasi ini. Perdana Menteri kita, YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah pun mengkaji semula Bajet 2015 dan memperkenalkan langkah-langkah mengurus perbelanjaan negara.

9. Di dalam cabaran ini, Datuk Liow menyarankan agar rakyat Malaysia kekal bersatu dengan penuh iltizam, keutuhan dan keazaman supaya lebih bersiap sedia dengan cabaran dan peluang yang mendatang.

10. Pandulah dengan selamat dan bergembiralah juga di musim perayaan ini. Gong Xi Fa Cai dan semoga Tahun Kambing ini dapat membawa tuah dan kesihatan yang baik.

No comments: