Saturday, February 14, 2015

'CHEETAH' LAMBANG KELAJUAN PILIHAN CORAK KERETAPI ERL

Sejak KLIA Ekspres dan KLIA Transit mula beroperasi pada tahun 2012, kita akan dapat  menyaksikan badan-badan keretapi yang bermotifkan corak flora dan fauna. Tetapi hari ini, apabila ERL ingin meletakkan khidmat keretapi lajunya bagi melambangkan komiten operasi perniagaan ERL yang inovatif, maka apakah binatang yang signifikannya menunjukkan kelajuan dan ketepatan?


Cheetah atau harimau bintang adalah binatang yang memenuhi ciri-ciri kelajuan dan ketepatan. Jika dikaji, cheetah adalah binatang yang terpantas di darat. Oleh itu, bertepatan dengan kedudukan keretapi transit KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang dikenali dengan kelajuannya, maka cheetah adalah lambang pilihan.

Corak baru cheetah ini telah dirasmikan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid dan di dalam ucapannya, beliau berharap agar syarikat-syarikat pengangkutan awam darat sentiasa berinovasi untuk meningkatkan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan penggunanya.

Dengan usaha ERL Sdn Bhd mengguna rekabentuk yang bertaraf dunia ini, jelas menunjukkan visi ERL yang merangkumi identiti dan menyerlahkan matlamat ERL. Gambar cheetah yang melambangkan kelajuan akan menceritakan dengan sendirinya keretapi milik ERL. Taglinenya 'Underneath it all, we're still the fastest' pula menunjukkan legasi ERL yang utuh di mana perjalanan evolusi, penambahbaikan dan peristiwa-peristiwa yang telah dilalui dengan sekelian lama.

TS Syed Hamid juga telah mencadangkan inisiatif-inisiatif yang perlu diambilkira di mana menambah kapasiti keretapi atau kekerapan perjalanan, menambahbaik standard keselamatan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai, memberi kemudahan yang lebih baik di stesen keretapi dan sentiasa memperkenalkan produk perjalanan yang menarik dan selesa.

Bagi CEO ERL, Puan Noormah pula, beliau sangat berbangga dengan pencapaian ERL yang telah dianugerahkan dengan beberapa pencapaian di peringkat antarabangsa dan juga kebangsaan setiap tahun. Pencapain ini telah dibuktikan dengan penambahan penumpang bagi kedua-dua KLIA Ekspres dan KLIA Transit di mana pada tahun 2014 sahaja, penambahan 43% berbanding dengan tahun sebelumnya.

Keretapi ERL juga sentiasa mengekalkan ketepatan waktu ketibaannya sejak 2002.

ERL juga dengan bangganya akan menerima penumpang yang ke 60 juta di dalam masa terdekat dan bulan pada tahun lalu di bulan Mac, mereka telah menerima penumpang ke 50 juta.

Kesemua ini adalah kerana ERL sentiasa mendekati pelanggannya dan sentiasa memperbaiki perkhidmatan mereka.

No comments: