Monday, August 25, 2014

KEJAYAAN PERSIDANGAN RBA 2013, SPAD MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA


Persidangan "Rail Business Asia (RBA) 2013 merupakan persidangan pertama yang julung kali diadakan telah berjaya menarik lebih daripada 800 peserta yang terdiri daripada 80% dari negaraserantau ASEAN, 6% dari Eropah, 5% dari seluruh Asia dan 1% dari Amerika Utara.

Untuk kali kedua, pada 9 hingga 12 September akan datang, sekali lagi peneraju industri rel akan berkumpul di Kuala Lumpur di dalam persidangan  RBA 2014.
Pada tahun ini pula, dijangkakan lebih dari 2,000 peserta akan hadir dan mereka terdiri daripada yang terlibat secara langsung di dalam industri rel. Persidangan ini dijangkakan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Persidangan kali ini adalah anjuran bersama oleh Suruhanjaya Awam Darat Pengangkutan (SPAD) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang akan menampilkan pihak-pihak berkuasa kerajaan, pemilik aset, pengusaha, perunding dan pembekal penyelesaian untuk membincangkan perkembangan terkini dan hala tuju perniagaan rel di Asia.

SPAD sebagai tuan rumah persidangan ini, akan menampilkan kepada dunia bahawa Malaysia sedang bergerak maju ke hadapan di dalam sistem pengangkutan awam yang mampan, dengan rangkaian rel yang selayaknya mendapat pengiktirafan dunia. 

Itu adalah di antara intipati ucap utama Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD seperti berikut;


Lebih daripada 35 pakar rel akan berkongsi pandangan dan membincangkan maklumat terkini dan cabaran utama dalam pelaburan, mobiliti dan penyambungan laluan yang lebih besar dalam industri rel. Peserta akan manfaatkan dari  4 ucap utama, 5 kajian kes, 8 panel perbincangan dan 2 penilaian industri yang akan dipersembahkan nanti.

Di antara topik perbincangan termasuk mengoptimumkan perancangan rel laluan, meneroka kecekapan dan prestasi sambungan laluan HSR serta pembiayaan perkongsian infastruktur rel di antara pihak awam dan swasta (PPP). Di antara contoh kes kajian termasuk pengurusan bencana oleh Taiwan High Speed Rail Corporation dan pembangunan berorientasikan transit di stesen Shunjyuku, Shibuya Tokyo di Jepun oleh East Japan Railway Company. Ucap utamaakan menampilkan pakar-pakar industri seperti Masaki Ogata, Pengerusi Syarikat East Japan Railway dan Milko Papazoff, wakil Kesatuan Keretapi ASEAN (UIC).

CEO dan pihak pengurusan kanan dari pelbagai agensi kerajaan, pemilik aset rel, pemaju dan operator infrastruktur seperti State Railway of Thailand (SRT), Jabatan Pengangkutan dan Komunikasi Filipina (DOTC), Keretapi Vietnam, MTR Corp Hong Kong, Lembaga LRT Filipina, PT Sarana Multi Infrastruktur, Thales Rail Signalling Solutions and Bombardier Transportation adalah di antara yang telah mengesahkan kehadiran mereka.

CSR Corporation Limited, kelengkapan transit rel terbesar di China merupakan penaja Emas persidangan ini manakala CMC yang merupakan kumpulan syarikat yang mengendali kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pemasangan adalah penaja bersama RBA 2014.

Peserta pameran pula terdiri daripada Astasoft, Pypun-KD Hong Kong, Subway USA, Colas Rail, Mitsubishi Heavy Industries dan Transient Resources.

No comments: