Sunday, September 15, 2013

CADANGAN KENAIKAN TAMBANG SPAD KEPADA INDUSTRI PENGANGKUTAN AWAM


Kesan kepada kenaikan harga petrol dan diesel berhubung dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keatas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen tidak dapat mempertahankan tambang yang ada sekarang dan sudah pasti ia akan membawa impak ke atas industri.

Walaubagaimanapun, sebagai Suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap industri pengangkutan awam telah menasihatkan operator industri terutamanya pengusaha bas dan teksi tidak mengambil tindakan serta merta tanpa mendapat kebenaran dan kata putus dari SPAD.

Pihak SPAD akan mempercepatkan penilaian permohonan kenaikan tambang yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan industri, tetapi  dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini, SPAD mempunyai alasan kukuh untuk menimbangkan rasional menaikkan tambang sebeberapa segera.

BAS

Tiada kenaikan tambang untuk perkhidmatan bas ekspres buat masa ini, Walau bagaimanapun, pengusaha bas ekpress dibenarkan mengenakan caj tambahan 10 peratus sehingga tambang baharu diumumkan di mana sebelum ini caj tambahan dibenarkan sempena musim perayaan Aidilfitri.

Keputusan diambil selepas pihak SPAD meneliti komponen kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan api. SPAD juga kini di peringkat akhir kajian kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baru yang bakal diumumkan tidak membebankan rakyat dan pengusaha.

TEKSI

Pada bulan Julai 2013, Perdana Menteri telah bersetuju agar SPAD mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkat taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi.

Namun dengan kenaikan diesel baru-baru ini, pihak SPAD telah mengenalpasti akan kesan kenaikan terhadap komponen kos operasi seperti bahan api, upah, kos penyelengaraan dan insurans. SPAD memberi jaminan bahawa akan memastikan hasil kajian tidak membebankan rakyat atau pengendali pengangkutan awam.

Keputusan untuk menaikkan kadar tambang hanya boleh dibuat selepas SPAD selesai mengkaji kadar tambang tersebut secara menyeluruh dan holistik untuk kerajaan membuat keputusan yang sewajarnya dan dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.

REL

SPAD juga sedang mengkaji semula harga tambang pengangkutan rel yang membabitkan KTM Berhad dan Prasarana. Penggendali Rel juga telah mengemukakan permohonan untuk menaikkan harga tambang mereka di mana  permohonan operator Rel  ini telah di ajukan kepada SPAD lebih awal sebelum kenaikan harga minyak baru baru ini lagi.

Tiada jangka waktu dan tempoh masa diberikan, namun impak yang bakal datang bersama kenaikan sebelum SPAD membuat sokongan kepada permohonan operator Rel KTM Berhad bersama sama Prsarana Negara Bhd.

LORI

Baru-baru ini Pan Malaysian Lorry Owners Association’s (PMLOA) telah mengumumkan kenaikan caj pengangkutan sebanyak 15% dengan alasan untuk mengurangkan beban dan kos operasi pengusaha-pengusaha lori.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD mengingatkan PMLOA bahawa kenaikan harga tersebut di mana ia adalah hasil daripada perjanjian untuk menetap harga oleh persatuan, maka perlakuan tersebut dianggap pelanggaran Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 melarang perusahaan, termasuk persatuan, dari menetapkan, secara langsung atau secara tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain untuk barang-barang dan perkhidmatan.

Akta Persaingan 2010 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 dan persatuan serta perusahaan perniagaan perlu mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Pihak Suruhanjaya boleh mengenakan penalti tidak melebihi 10% pendapatan sedunia perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran Akta ataupun mengenakan mana-mana arahan lain dianggap sesuai untuk memastikan Akta Persaingan 2010 dipatuhi oleh persatuan dan perusahaan perniagaan pada masa akan datang.

Selanjutnya DI SINI ...

Beberapa persatuan pengguna telah menyatakan tidak puas hati mereka dan di antaranya ialah Fomca, Muham­mad Sha’ani Abdullah selaku Setiausah Agung berpendapat pengusaha-pengusaha lori tidak sepatutnya membuat keputusan unilateral dan menaikkan caj sehingga membebankan industri-industri lain.

Datuk Tay Sim Kim, Presiden Persatuan Peruncit Malaysia berkata peningkatan tinggi caj pengangkutan akan memaksa kenaikan harga barang  tetapi sekiranya peningkatan caj adalah minima, kenaikan harga runcit masih boleh dikawal.

Selanjutnya DI SINI ...

Walaupun harga minyak dan diesel telah meningkat 20 sen, rakyat Malaysia harap dapat contohi pemandu teksi dan kereta sewa di Kuala Kangsar DI SINI .... yang telah berikrar mengekalkan kadar lama yang dikenakan ke atas pengguna kerana mendaulatkan undang-undang negara dan patuh kepada arahan penguatkuasa...

SYABAS KEPADA MEREKA!

Saturday, September 14, 2013

34 "TOUCH POINTS' DI DALAM UCAPAN PM




MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA


 oleh


YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK


PERDANA MENTERI MALAYSIA


PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU),JAM 10.00 PAGI,

BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.

 
Bismillahirrahmannirrahim


Sila ambil perhatian 34 'touch points' ucapan DS Najib pagi tadi dan ucapan penuh beliau boeh dibaca di blog ABITW...
  
Demi menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

Bahawasanya:

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”.


Fokus Pemerkasaan Pertama : 
MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
  • Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.  
  • Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif.
  • Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.
  • Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.
  • Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.  

Fokus Pemerkasaan Kedua : 
MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
  • Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.


  • Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Fokus Pemerkasaan Ketiga : 
MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

  • Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat.

  • Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat.

  • Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.

  • Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

  • Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkanuntuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

  • Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

Fokus Pemerkasaan Keempat: 
MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

  • Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak. 
  • Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013, kepada 370 ribu pada tahun 2015.
  • Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.
  • Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar.
  • Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan. 
  • PETRONAS - Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera. 
  • Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.  Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

  • Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.


  • Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.



  • Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau.


  • Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.



Fokus Pemerkasaan Kelima: 
MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN



  • Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.


  • Peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020.
  • Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.



  • Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat.


  • Untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri.


  • Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.



  • Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu. 

Demi Melayu....
Demi Bumiputera...
Demi Malaysia...


Friday, September 13, 2013

AZALINA MENGALAH BUKAN KALAH

DINASIHAT?
Sehari dua ini, gempar dengan berita Dato Azalina Othman menarik diri daripada mencabar kerusia no. 1 wanita UMNO walaupun semenjak pengumuman Dato Aza untuk bertanding tidak didengari langsung akan sebarang desas desus.

Yang menjadi gempar ialah apabila status FB Dato Azalina terpampang beliau "dinasihati" agar tidak bertanding walaupun terdapat beberapa portal berita telah mengeluarkan berita terlebih awal. Dengan ini sahlah Dato Aza tidak akan bertanding mencabar Dato Shahrizat Jalil.

Dinasihati? Siapa menasihati? Untuk apa dinasihati?

Dalam ketenangan dan semangat demokrasi pertandingan, rakyat terutama ahli-ahli UMNO mula berbicara DI SINI dan di antaranya yang perlu diambil kira adalah;

  • ape ni dto seri...harapan wanita akar umbi dah berkubur..malu lah shahrizat pegang lg jawatan tu..tgk muka dia dah xde mood.. xtaulah dr kalangan exco wanita yg kuat kipas semua tu.
  • kenapa Dato.... kite perlukan kekuatan dalam wanita... wanita antara cabang yg besar dan penting.... pimpinan sedia ada x mampu, apa persepsi orang melihat ketua kalah dalam PRU?? semua org membicarakan hal itu Dato.. apepun, kalau dato kekal dlm MT pun
  • mmg ada kelebihannya... cuma, wanita skrg memerlukan kepimpinann baru, spt dato
  • Kenapa perlu beri alasan mengelakkan perpecahan .......?
  • Tak kahwin, x semestinya seseorang tu bukan wanita.. Kalau x kahwin dan xde anak, org panggil apa? Wanita jugak kan? so xde alasan
  • mesti lawan sb penyandang skrg dah jd kambing hitam..beban kpd parti..org2 Melayu mesti slmt kan nasib parti UMNO ..
  • As Pemuda, I respect ur decision but as a Malay, it is time to revamp wanita coz we totally need someone who is a "fighter" 
  • Bertolak ansur itulah amalan budaya kita tapi sampai bila kita harus mengalah.......
  • Sdra Khairul Azman, kita kalau blh nk pilih wanita yg ada 'black belt', nk pilih wanita yg jd liabiliti pd negara buat apa... org dok perleceh suruh jaga lembu je.
  • Dato Azalina seorang pemimpin yang berkeliber....Dato Sharizat sepatutnya lepaskan jawatan itu masa dia kalah PrU dng budak mentah PKR Nurul Izza. Itu satu titik hitam untuk Wanita UMNO... Ada orang kata kerana dia kawan baik dan rapat dengan Our 1st Lady, Dato Najib kekalkan .Then kes Lembu ....suaminya...pun dia masih di zon selamat. KINI dpt pulak jawatan Bertaraf Menteri...apa cerita ini..Sepatutnya Dato Sharizat kena korban untuk parti jangan nak ss....Saya tidak terima alasan untuk perpaduan parti ..tapi dalam hati masing2 berhasrat denggi...
  • Ketua Wanita yg ade skrang dh jd Liabiliti pd Parti & bahan Gurauan pd Pembangkang. Trannformasi perlu dibuat utk Survival PRU 14.
  • Saya mnyokong penuh andai datuk teruskn hasrat atas alasn kami mgharapkn seorng pmimpin yg tegas dan berani sperti datuk, rasanya datuk blh selamatkn maruah wanita umno skrg...saya amat yakin dgn datuk tp jika alasn tidak mahu jd perpecahan dlm wanita umno itu juga yg terbaik....sy tetap menyokong walau apa jua kptsan datuk
  • sbb tokoh kepimpinan Dato terserlah ketika berbicara...
  • PRU yang lepas, persepsi "LEMBU" meng'untung'kan pembangkang di LEMBAH PANTAI dan seluruh negara. Rasionalnya persepsi memainkan peranan dan tidak dapat mengubah rakyat di Lembah Pantai, walhal kes LEMBU belum di putuskan dalam Mahkamah pada ketika itu. Kini kita melihat Dato Azalina kena lawan dan mengikis persepsi "KES LEMBU" yang telah menyelubungi kepimpinan Wanita UMNO. Kita jangan melihat sokongan Ketua Wanita UMNO Negeri yang menyatakan sokongan terbuka kepada Penyandang yang sedia ada, kita harus ingat perwakilan yang membuat keputusan dalam pemilihan nanti. Biasalah Ketua Wanita UMNO Negeri boleh di ibaratkan sebagai cucuk satay, kalau nak makan satay kena kipas atas bara api bila sudah masak baru boleh dimakan.. Sokongan kepada Dato Seri AZALINA tidak berbelah bagi.
  • brtnding je lh wahai azalina....klah / menang adat brtanding....kalau tk tok sah duk bising lh psl polotik baru ke / meremajakan parti umno ke .....kalau pinpinan atasan msih nk simpan kroni yg tercalit / d kaitkn dgn rasuah / mslh shngga mnjdi liabiliti kpd prti mka pru 14 akn mnjdi sukar kpd umno.
  • Perwakilan UMNO kena berani melahirkan kehendak pengundi jgn dok menidakkan apa yg akar umbi mahukan...jgn dok kira tebal poket sdiri lps tu bila PRU14 rakyat tolak BN ...baru nak kelam kabut...menang pada PRU13 bukan jamin kemenangan PRU14 jika perwakilan UMNO masih nak Menipu diri sendiri, kita tunggu suara rakyat pada PRU14 nanti...bukan nak mengugut tp inilah suara generasi muda yg berada diluar parti...BN x mampu menang dlm PRU jika hanya bersandarkan undi Ahli UMNO sahaja..maka BERUBAHLAH.. 
  • sharizat tak sanggup kalah ke????
  • Kenapa perlu ada pihak yang nasihat menasihat ni?? Bukan ke kata nak tengok tranformasi dan dalam UMNO? Kalau macam tu minta yang menasihayi Datuk Azalina supaya menasihati seluruh bahagian dalam Malaysia dan tidak perlu ada pertandingan..dan kita akan lihat kehancuran UMNO seperti mana runtuhnya bangunan diledakkan dengan bom..saya rasa perkara ni tak patut berlaku..bukan tak boleh memberi nasihat..tapi bukanlah nasihat yang menidakkan seseorang untuk bertanding..
  • Kalau pentingkan parti kena lawan..dan secara peribadi saya mengatakan DS Shahrizat dah tak mampu nak bawa wanita..dengan pelbagai persepsi dan isu yang perlu ditepis apabila menjelangnya pilihanraya akan datang..sampai bila nak cuci semua masalah ni? Memang pemimpin tak rasa apa2 sebab tau ada tentera fisabilillah yang buat keje..tapi lama kelamaan tentera fisabilillah ni tau erti penat dan meluat.. jangan sampai keadaan tu jadi..saya bercakap kerana parti..tapi kalau pemimpin pun tak berapa kisah dengan kehancuran..kami dibawah lagi tak kisah..nak jadi apa pun lantak lah..kami tetap kena cari rezeki untuk sara hidup kami sendiri..cuma kerana sayangkan parti kami berjuang dalam semua medium yang ada..tapi kalau dah pemimpin rasakan mereka tak perlu melakukan perubahan sebab dinasihatkan untuk undur dan dijanjikan dengan sesuatu yang lebih baik..kami juga ada jalan yang lebih baik..iaitu berdiam diri dan tengok je apa nak jadi..tak payah penat2 nak backup sana sini..
  • Former Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz (pic) has waded into the debate over who should lead the wing, saying that it was high time "more credible" talent take over ahead of the next general elections.
  • The veteran Wanita leader had expressed disappointment that her successor Datuk Seri Shahrizat Jalil would keep the post as potential challenger, former Puteri chief Datuk Seri Azalina Othman Said, is poised to drop out of the race.
  • Byk org shahrzat klh dcwg sttus exco wnt sbb ap dato undur jgn hilangkan kepercayaan wnt pnt kami krmpen bw nm dato.
  • Itu bukan nasihat..itu kuasa veto namanya..
  • lawan dato.... Wanita perlu kepimpinan Baru...
  • lawan...kata demokrasi....sy percaya isu kak jat bnyk susahkan wanita ..
  • Pucuk pimpinan Wanita sdh tiba masa nya diubah. Pemimpin yg sedia ada hrs sedar kewibawaan Wanita bkn utk UMNO saja tetapi utk negara. Jika yg di atas itu msh blum sedar dan mash nk pegang teraju WANITA alamtnya UMNO bkl menghadapi masalah dlm PRU14 nnti. Rakyat sdh muak dgn retorik yg ada . Jadi eloklah pemimpin WANITA ini muhasabah diri. Beri laluan kpd org baru yg msh "bersih" dan tidak trcemar dgn mainan politik. Jika msh brdegil jgk , kita akan lihat akibatnya nanti yg mana sdh terlewat bagi WANITA UMNO dan juga UMNO utk mengubah haluan. Kita jgn seronok dlm parti saja. Cuba lihat gelombang diluar sana, Betulkah msh ada sokongan kuat org2 melayu khususnya trhadap pemimpin WANITA skrg?? Atau hanya khayalan kita semata2. Benarkah msh ada org melayu yg sungguh2 mahukan WANITA UMNO ini wujud atau terkubur terus?? Fikirkan dgn mendalam dan diperhalusi lagi sebelum trlambat. Pengalaman PRU13 yg lepas sdh ckp mengajar UMNO utk tidak memperlekehkan kuasa rakyat. Msh byk isu dan keperluan rakyat yg blum dilunaskan dan peliknya UMNO sdh mula buat hal2 yg blh merosakkan "peluang" di PRU 14 nanti..Wahai UMNO pls WAKE UP.
  • Akar umbi mendambakan pemimpin berIntegriti.. Dato' Seri Shahrizat got probs with the status lately.. think PRU14.. ok.. hw bout other post .. naibs etc?... Its up to your considerations.. Azalina Othman Said..
  • Dato' Seri, please proceed with your plan for the sake of UMNO and Malay women. Why are Wanita UMNO leaders practise discrimination in the party? They never walk the talk. They should represent all women - marries, divorced or single for that matter. Majority of mothers, they are not IBU MITHALI, but IBU DIKESALI.......
  • Surprisingly even the Wanita Chief did not even see eye-to-eye with the Deputy (Datuk Kamilia), macam mana Wanita UMNO nak kuat. Tak pernah berlaku dalam sejarah UMNO. Preposterous!
  • Assalam wkm wbt.Saya tak faham apa maksud YB Dato.Kalau DS Najib yang nasihatkan YB Dato supaya tarik diri dan YB Dato hanya terima arahan serta akur nasihat tersebut langsung tak dapat di terima akal yang waras.Patut patut DS Najib jangan campur urusan Wanita UMNO.Konon-konon nak jaga perpaduan dalam Wanita UMNO.Saya nak beritahu DS Najib dan DS Najib pun dah tahu benda nie.Apa guna ke hulu dan ke hilir cakap dan jaja isitilah keramat 'Transformasi' tapi takut nak buat perubahan. 'Transformasi ke atau kuku besi??????DS Najib secara tak langsung bagai membenarkan mereka yang khianat, mereka yang terbabit dengan rasuah, mereka yang terlibat dengan korupsi memegang jawatan utama dalam UMNO. Langsung tak pelik bila DS Najib bagai menyokong. Kata UMNO nak di transformasikan.Tapi pemimpin wanita umno sendiri terpalit dengan selut dan lumpur serta dosa-dosa mughalazah. Kasihan dan tragisnyaaaaa............Kot-kot DS Najib sendiri nak jadi Ketua Wanita umno ayuh silakan.
  • YB Dato Azalina Othman Said for Wanita UMNO , sebagai ahli biasa , saya cukup kecewa dengan keputusan ini . biarlah kami, ahli biasa ini tiada ruang bersuara . Maaf Cakap .... UMNO pasti akan kalah pada PRU 14 .... kenapa ? kerana kepimpinan yang sama pada pru12 dan 13 telah ditolak oleh majoriti ahli umno . kenapa perlu digadaikan kerusi kpd individu yg telah gagal mentadbir parti dan menimbulkan persepsi salah kepada UMNO ... UMNO itu hebat tetapi yang x bagusnya adalah segelintir pemimpin yg tamak , rakus dan berkepentingan .
  • Bertanding bukan bermakna melawan tokeh.
  • DS...go to hell whoever persuaded u...comeonlah ...where is the Demokrasi....kenapa Sharizat takut kalah je????
  • Bukan azlina yg tarik diri..tapi sharizat yg undur diri..baru gah wanita dan umno semua sekali...
  • Bila DA diwar2kan ke no 1 wanita umno..pakat meloncat kw bhg. Mula mengawasi dan menyekat pergerakan pu3 yg msk ke wanita..takut pu3 mberi undi pd DA. Mulalh timbul cerita2 pu3 yg habis umur nk lwn kw bhg . Pelbagai tohmahan dan andaian dibuat tp hakikatnya tdk spai ketahap itu . Rupanya mcm ni umno... paling ketara mesy sayap pu3 dan wanita wajib serentak. Apa motifnya.
Begitulah luahan ahli-ahli di akar umbi... Nyata mereka kecewa dengan keputusan Dato Aza menarik balik untuk mencabar Dato Shahrizat dengan alasan diNASIHAT...

Ada beberapa perkara dapat diambil perhatian serius oleh Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin seperti;

  1. Hilangnya demokrasi dalam UMNO
  2. Bermulanya kuasa veto dalam UMNO
  3. Transformasi atau kuku besi
  4. Liabiliti pd parti & bahan gurauan pada pembangkang
  5. Kepimpinan baru
  6. Kepimpinan berintegriti, bersih dan tidak korup
  7. Diskriminasi dalam Wanita UMNO
  8. Persediaan PRU 14
  9. Kehendak pengundi dan suara akar umbi
Ada juga suara-suara akar umbi telah berbunyi - Nasib UMNO ditentukan pemimpin atau ahli-ahlinya?
 
Walaubagaimanapun kepada Dato Azalina ini adalah pesanan rakyat Malaysia kepada mu...MENGALAH BUKAN BERERTI KALAH dan kita akan sama-sama LAWAN TETAP LAWAN!!!