Showing posts with label SUPP. Show all posts
Showing posts with label SUPP. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

MCA : SOKONGAN PENGUNDI CINA TELAH KEMBALI YAKIN KEPADA BN


MCA telah bersama-sama SUPP dalam siri kempen sejak pengumuman calon-calon BN di PRN Sarawak. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama pemimpin dan ahli-ahli MCA telah turut turn padang membantu dan mengadakan ceramah penerangan terutama di kawasan pengundi Cina di Miri, Sibu dan juga Kuching.

Melihat kepada sambutan yang sangat memberangsangkan kali ini, Datuk Liow yakin akan berlakunya peralihan sokongan besar pengundi Cina kembali kepada Barisan Nasional.

Itu pada awalnya ketika berkempen, kini segala hasil usaha bersama telah diterjermahkan mereka ke peti undi.

Keputusan di luar jangka apabila BN Sarawak telah berjaya menguasai 72 DUN daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Malahan BN telah berjaya merampas 5 kubu kuat DAP dengan majoriti yang meningkat lebih dari 50% di setiap 5 DUN.

Malahan kemenangan Presiden SUPP Datuk Sim bukan sekadar merampas DUN Batu Kawah dari DAP tetapi peningkatan hampir 400% majoriti adalah di antara satu prestasi terbaik di PRN Sarawak kali ini.

Parti SUPP di Sarawak adalah seperti MCA di Semenanjung yang mewakili komuniti Cina. Justeru kerja keras dan dedikasi yang telah ditunjukkan pasukan SUPP telah menyumbang kepada kemenangan bergaya BN sekali gus meningkatkan sokongan pengundi Cina dan merampas 5 kerusi DAP adalah di luar jangkaan dan sangat menggalakkan.

Kemenangan BN di Sarawak terutama di Miri menunjukkan komuniti Cina telah kembali dan yakin kepada Barisan Nasional sekali lagi. Mereka menghargai parti dan individu yang mampu berkhidmat kepada mereka dan bukan sekadar memberi janji-janji kosong.

DAP dan PKR sejak memenangi beberapa kerusi di Sarawak hanya mampu memberi bermacam-macam janji tetapi gagal menunaikannya. Mereka juga didapati bukanlah pakatan harapan dalam ertikata sebenar apabila bergaduh dan berebut untuk bertanding sesama sendiri.

Jelas menunjukkan yang DAP dan PKR lebih mementingkan untuk berkuasa dan bukan berkhidmat kepada rakyat. Setelah menyedari sikap dan kemampuan pakatan pembangkang ini,

Barisan Nasional di Sarawak yang telah diketuai Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah banyak melakukan perubahan yang memberi manfaat kepada rakyatnya. Momentum kejayaan meyakinkan pengundi Cina di Sarawak juga akan mampu diterjermahkan ke peringkat nasional.

Inilah Barisan Nasional, barisan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang benar-benar bekerjasama hanya untuk berkhidmat dan mampu berbakti kepada rakyat dan juga masadepan rakyat Malaysia.


Thursday, April 28, 2016

#PRNSarawak : KEHADIRAN MCA SEBAGAI SETIAKAWAN, DAP PULA TIDAK SEPAKAT DENGAN KAWAN


Samada di Semenanjung mahupun di Sarawak ataupun di Sabah, setiap kali adanya pilihanraya, MCA akan sentiasa bersama-sama parti komponen BN yang lain berganding bahu untuk berkempen.

Kini pilihanraya negeri Sarawak yang ke 11 telah melalui proses pencalon dan melihat kehadiran pemimpin-pemimpin MCA bersama-sama mengiringi beberapa calon jelas membayangkan betapa setianya mereka berkawan dan kuatnya semangat dan sokongan kepada rakan-rakan Barisan Nasional di Sarawak.

Dato Liow Tiong Lai telah brsama-sama mengiringi calon-calon SUPP di DUN Batu Kawah (N14) Datuk Dr Sim Kui Hian dan Lo Khere Chiang untuk DUN Batu Kitang (N13) di hari penamaan calon. Manakala, Datuk Wee Ka Siong pula telah mengiringi calon bagi DUN Tanjung Batu (N68), Bintulu, Datuk Chiong Ung Pau. 




SUPP ibarat MCA yang mewakili kaum Cina di Sarawak dan kehadiran Dato Liow serta Datuk Wee adalah juga demi semangat setiakawan dan sokongan untuk sama-sama berkempen bagi menentukan kemenangan berpihak kepada BN. Di samping memberi sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding, Datuk Wee menganggap kehadiran MCA sebagai satu tanggungjawab bersama.

Amat berbeza sekali dengan DAP. Walaupun mereka adalah pencabar utama kepada SUPP di Sarawak dan MCA di Semenanjung dan mewakili kaum Cina, namun senario politik baru-baru ini mendapati DAP lebih gemar meletakkan ego dan keangkuhan mereka mengatasi sikap bekerjasama di dalam Pakatan mereka.

Politik MCA walaupun bertujuan untuk mewakili suara bangsa Cina, namun mereka seiring bersatu hati sebagai rakan komponen parti BN. Manakala sikap dan pendekatan DAP yang lebih kepada pecah dan perintah walaupun di dalam Pakatan Pembangkang mereka, tidak akan berkrompomi dengan kehendak kerakusan kuasa.

Segalanya terserlah apabila DAP sanggup merampas kerusi rakan mereka PKR. Di hari penamaan calon saja, 6 kerusi DUN dipertanding oleh DAP dan juga PKR di mana sebelum ini hanya calon PKR sahaja. Walaupun kerusi-kerusi yang dipertanding bukan mewakili majoriti bangsa Cina.

Di dalam Barisan Nasional, tiada abang besar dan kamu budak kecil yang sering ditunjukkan di dalam Pakatan Pembangkang. Bagi MCA, walaupun ada di antara mereka yang telah menduduki jawatan sebagai menteri kabinet, namun mereka sekali-kali tidak berlagak sebagai tuan malahan akan turun padang bersama-sama SUPP memasuki kampong-kampong untuk menyampaikan maklumat yang perlu bagi pihak kerajaan.

MCA pasti akan ikut resam tempatan ibarat apabila masuk ke negeri orang, bertanamlah ubi dan tidak akan bertanam tembilang pula. Yang pasti MCA datang membawa persahabatan serta muafakat dan jauh sekali seperti DAP yang hanya tau menanam politik kebencian dan iri hati.

Yang terutama sekali MCA akan seiring membantu untuk memastikan "Team Adenan" menang besar nanti!