Showing posts with label RCI Forex BNM. Show all posts
Showing posts with label RCI Forex BNM. Show all posts

Tuesday, September 05, 2017

KIT SIANG PANIK DENGAN RCI FOREX BNM DAN APA PUTAR ALAMNYA SEKARANG?


Setelah Tan Sri Annuar Musa dedahkan yang Kit Siang bertanggungjawab seperti apa yang ditulis di dalam artikel ... DI SINI, kini beliau sebenarnya berada dalam situasi panik dan mula menggelabah. Manakan tidak, permintaan dan desakannya selama berpuluh tahun telah dipenuhi kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak.

Ikuti penjelasan Tan Sri Musa seterusnya;


Menarik persoalan TS Annuar, apakah Kit Siang ingin mencari fakta atau hendak menyerang institusi Perdana Menteri?

Pasti ramai yang mampu menjawab. Dahulu, tidak dinafikan yang beliau menuntut kebenaran dan pada ketika itu Perdana Menterinya adalah Dr Mahathir. Selama 22 tahun itu juga Dr Mahathir tidak melayan desakan Kit Siang, maka tanpa berputus asa Kit Siang telah menerbitkan sebuat buku khas mengenai skandal Forex ini.

Tidak cukup dengan bukunya, DAP telah mengadakan satu forum khas pula menjelang PRU13 dan Anwar Ibrahim adalah salah seorang dari panelnya.

Hari ini, nampaknya RCI Forex BNM ibarat satu mimpi ngeri kepada Kit Siang apabila orang yang disasarkan bertanggungjawab telah berada di sisinya sebagai rakan sekutu. Bagaimana harus Kit Siang pertahankan rakan baiknya kini yang suatu ketika untuk beberapa dekad adalah target utamanya. Bagaimana harus Kit Siang menjawab kepada rakyat terutama yang menyokong DAP? Apakah beliau akan terus-terusan salahkan Dr Mahathir atau beliau akan terpaksa membuat U-turn dan membuktikan yang beliau telah berbohong?

Perlu kita ingat, Dr Mahathir juga adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan sebagaimana kita ketahui, walaupun Kit Siang tidak memegang sebarang jawatan di dalam Pakatan Harapan namun pengaruh dan suaranya akan sentiasa mampu mempengaruhi setiap keputusan dan strategi politik mereka. Kini Kit Siang benar-benar panik dan apa pula strategi seterusnya?


Itulah jawapan yang paling tepat. Reka skrip lain untuk alihkan perhatian rakyat daripada beban RCI Forex BNM. Jelas sekali apa yang diperkatakan TS Annuar sememangnya sedang berlaku apabila Kit Siang dan Pakatan Harapan bertali arus mengkritik perjumpaan PM Najib dan Presiden Donald Trump. Mereka tidak berhenti menghasut di dalam tanahair malahan media luar negara juga turut digunakan dengan pelbagai sindiran yang memusatkan penulisan dengan isu 1MDB yang diulang-ulang walaupun tanpa sebarang bukti tetapi penuh dengan spekulasi.

Walaubagaimanapun, di pihak kerajaan terutamanya di pihak UMNO/BN, kesemua itu mudah untuk dijangka. Dan seperti biasa, segala jawapan telah tersedia dan yang pasti rakyat juga menanti permainan politik putar-alam Pakatan Harapan.

Apa pun persiapan mereka, rakyat telah mengetahui yang Kit Siang dan seluruh Pakatan Harapan sedang memikul beban Pengerusinya. Setelah beberapa minggu RCI dijalankan, pelbagai maklumat yang telah diterima di mana rata-rata tidak menafikan Dr Mahathir mengetahui segala kerugian yang berlaku dan jumlahnya lebih besar daripada apa yang dibentangkan di dalam parlimen oleh Anwar Ibrahim.

Kita tunggu dan lihat, apakah Kit Siang benar-benar inginkan kebenaran atau terus-terusan membohongi penyokong Pakatan Harapan?
 

Tuesday, August 29, 2017

REALITI DI SEBALIK PENUBUHAN RCI KE ATAS SKANDAL FOREX BNM


Sekiranya Pakatan Harapan beranggapan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas skandal Forex BNM adalah bermotifkan politik dan ingin membalas dendam terhadap Pengerusi mereka Dr Mahathir, mereka sebenarnya keliru dengan apa yang mereka sendiri dakwa. Di dalam mempertahankan Dr Mahathir yang telah dilantik sebagai Pengerusi mereka, pada masa yang sama mereka terlupa peranan Kit Siang di dalam penubuhan RCI ini.

Oleh itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pemimpin-pemimpin pembangakang untuk menerima realiti di sebalik penubuhan RCI ke atas skandal Forex BNM ini. Jika Wan Azizah dan Khalid Samad berani selak semula arkib DAP Januari 2004, di dalam kenyataan media, beliau menulis seperti berikut;
One question which I raised in Parliament on May 3, 1994 in my speech on the 1993 and 1994 Supplementary Estimates had remained unanswered in the past decade and continues to haunt the corridors of power  – whether Bank Negara’s maximum exposure at the height of its forward foreign exchange speculation was in the region of RM270 billion, which was three times the country’s GDP and more than five times the country’s foreign reserves at the time!

Namun ketika Dr Mahathir adalah Perdana Menterinya, desakan Kit Siang tidak diendahkan. Tan Sri Annuar mendedahkan yang sekali lagi pada tahun 2006, Kit Siang telah membangkitkan isu skandal Forex BNM dan menuntut RCI ditubuhkan dan kali ini dengan fakta-fakta yang lebih terperinici. Kit Siang jugalah orang yang pertama beri gambaran jumlah kerugian forex yang dialami BNM yang ketika itu.

Setelah tiada sebarang usaha untuk membuat siasatan terperinci, Kit Siang dan DAP telah mengadakan satu forum khas yang bertajuk “Bank Negara Forex Scandal – When Government Becomes Speculator”, di bawah anjuran 'think-tank' negeri DAP Pulau Pinang tajaan Penang Institute untuk persediaan kempen PRU 13 lalu. Turut hadir adalah Anwar Ibrahim dan bekas penolong pengurus Bank Dr Rosli Yaakop.


Di dalam laporan portal berita ini juga menyatakan gambaran kerugian yang diberikan Kit Siang;
"Then Opposition Leader Lim Kit Siang estimated Bank Negara lost a colossal RM30 billion. But Bank Negara claimed RM10.1 billion loss in 1992 and RM5.7 billion in 1993." "He suggested that Pakatan Rakyat, if were to capture Putrajaya, should re-open investigation on the scandal which was approved by the audience."

Maka, apabila RCI dilaksanakan oleh kerajaan hari ini, bukankah apa yang dijelaskan yang ia berdasarkan demi kepentingan rakyat dan bukan dendam politik seperti yang didakwa TSAM adalah tepat sekali? Malahan TSAM juga berpandangan yang desakan DAP ini sebagai satu perkara yang relevan untuk kepentingan rakyat di negara ini.

Jika tidak diadakan RCI ini setelah sekian lama DAP mendesak, apakah Wan Azizah dan Khalid Samad tidak mempolitikkannya untuk kempen mereka seandainya Dr Mahathir tidak dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan?

Perlu kita ingatkan Wan Azizah mengenai janjinya kepada PKR dan juga PH sepertimana yang dilaporkan rakan portal berita pembangkang FMT bertajuk "PH akan tubuh suruhanjaya siasat Dr M jika menang PRU14". Walaupun DAP masih mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan rasmi, namun jangan pula ada yang cuba menghalang seperti Khalid Samad dan menidakkan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula.