Tuesday, September 05, 2017

KIT SIANG PANIK DENGAN RCI FOREX BNM DAN APA PUTAR ALAMNYA SEKARANG?


Setelah Tan Sri Annuar Musa dedahkan yang Kit Siang bertanggungjawab seperti apa yang ditulis di dalam artikel ... DI SINI, kini beliau sebenarnya berada dalam situasi panik dan mula menggelabah. Manakan tidak, permintaan dan desakannya selama berpuluh tahun telah dipenuhi kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak.

Ikuti penjelasan Tan Sri Musa seterusnya;


Menarik persoalan TS Annuar, apakah Kit Siang ingin mencari fakta atau hendak menyerang institusi Perdana Menteri?

Pasti ramai yang mampu menjawab. Dahulu, tidak dinafikan yang beliau menuntut kebenaran dan pada ketika itu Perdana Menterinya adalah Dr Mahathir. Selama 22 tahun itu juga Dr Mahathir tidak melayan desakan Kit Siang, maka tanpa berputus asa Kit Siang telah menerbitkan sebuat buku khas mengenai skandal Forex ini.

Tidak cukup dengan bukunya, DAP telah mengadakan satu forum khas pula menjelang PRU13 dan Anwar Ibrahim adalah salah seorang dari panelnya.

Hari ini, nampaknya RCI Forex BNM ibarat satu mimpi ngeri kepada Kit Siang apabila orang yang disasarkan bertanggungjawab telah berada di sisinya sebagai rakan sekutu. Bagaimana harus Kit Siang pertahankan rakan baiknya kini yang suatu ketika untuk beberapa dekad adalah target utamanya. Bagaimana harus Kit Siang menjawab kepada rakyat terutama yang menyokong DAP? Apakah beliau akan terus-terusan salahkan Dr Mahathir atau beliau akan terpaksa membuat U-turn dan membuktikan yang beliau telah berbohong?

Perlu kita ingat, Dr Mahathir juga adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan sebagaimana kita ketahui, walaupun Kit Siang tidak memegang sebarang jawatan di dalam Pakatan Harapan namun pengaruh dan suaranya akan sentiasa mampu mempengaruhi setiap keputusan dan strategi politik mereka. Kini Kit Siang benar-benar panik dan apa pula strategi seterusnya?


Itulah jawapan yang paling tepat. Reka skrip lain untuk alihkan perhatian rakyat daripada beban RCI Forex BNM. Jelas sekali apa yang diperkatakan TS Annuar sememangnya sedang berlaku apabila Kit Siang dan Pakatan Harapan bertali arus mengkritik perjumpaan PM Najib dan Presiden Donald Trump. Mereka tidak berhenti menghasut di dalam tanahair malahan media luar negara juga turut digunakan dengan pelbagai sindiran yang memusatkan penulisan dengan isu 1MDB yang diulang-ulang walaupun tanpa sebarang bukti tetapi penuh dengan spekulasi.

Walaubagaimanapun, di pihak kerajaan terutamanya di pihak UMNO/BN, kesemua itu mudah untuk dijangka. Dan seperti biasa, segala jawapan telah tersedia dan yang pasti rakyat juga menanti permainan politik putar-alam Pakatan Harapan.

Apa pun persiapan mereka, rakyat telah mengetahui yang Kit Siang dan seluruh Pakatan Harapan sedang memikul beban Pengerusinya. Setelah beberapa minggu RCI dijalankan, pelbagai maklumat yang telah diterima di mana rata-rata tidak menafikan Dr Mahathir mengetahui segala kerugian yang berlaku dan jumlahnya lebih besar daripada apa yang dibentangkan di dalam parlimen oleh Anwar Ibrahim.

Kita tunggu dan lihat, apakah Kit Siang benar-benar inginkan kebenaran atau terus-terusan membohongi penyokong Pakatan Harapan?
 

No comments: