Wednesday, September 13, 2017

PERJUANGAN4ALL : ATASI KEMPEN KEBENCIAN PEMBANGKANG, TAMPILKAN KEJAYAAN NEGARA


Skrip blok pembangkang dalam siri kempen menghasut rakyat adalah hanya bersandarkan kebencian dan menafikan kejayaan-kejayaan kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak agar seolah-olah kerajaan hari ini telah gagal mentadbir negara dengan baik. Pembangkang ternyata gagal membuat sebarang "counter attack" ke atas polisi kerajaan, maka kita akan dihidangkan dengan pelbagai cerita rekaan dan paling menjengkilkan apabila ada di antara pemimpin pembangkang ini gemar membawa isu remeh dan kenyataan-kenyataan pra-matang setaraf sembang kedai kopi.

Sebenarnya tidak sukar untuk menepis dakyah pembangkang kerana agensi-agensi kerajaan kini sangat agresif dan tangkas menjawab tuduhan tidak berasas mereka. Namun bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, adalah mustahak bagi jentera Barisan Nasional (BN) pertama sekali hilangkan rasa rendah diri dan tingkatkan keyakinan menjawab tuduhan mereka.

Blok pembangkang pada ketika ini pada hakikatnya sedang 'semput' dengan kelajuan pencapaian transformasi negara dalam pelbagai bidang terutama sekali dari segi pencapaian ekonomi negara dan kepesatan pembangunan. Maka itu, TS Annuar yakin yang di pihak parti pemerintah BN/UMNO mempunyai terlalu banyak kisah-kisah kejayaan yang perlu disalurkan maklumatnya kepada akar umbi dan juga rakyat.

Ambil saja contoh-contoh yang menjadi mimpi ngeri pembangkang seperti 1MDB. Mereka terpaksa mengulang skrip yang sama berkali-kali dengan sentiasa menyebut ayat-ayat seperti "sumber dalaman" atau "sumber yang boleh dipercayai" dan "rakyat Malaysia marah". Pembangkang juga cuba nafikan segala siasatan yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa dan termasuklah siasatan PAC di mana Tony Pua sendiri adalah di antara jawatankuasa dari blok pembangkang.

Sedangkan 1MDB telah berjaya melangsaikan segala hutang dan operasi perniagaan masih giat berjalan sehingga syarikat ini tidak pernah gagal membiaya beribu-ribu rakyat Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji setiap tahun. Jika benar 1MDB sedang nazak, apakah pembangunan di TRX telah sunyi sepi? Baru-baru ini juga, HSBC telah bersetuju membuat pelaburan di TRX dan di manakah dikatakan 1MDB adalah satu kegagalan?

Lawatan PM Najib ke China juga menjadikan pembangkang "sasau" sedangkan beratus bilion pelaburan telah dibawa pulang. Yang disentuh pembangkang adalah mempersoalkan kenapa anak tiri PM Najib turut serta dan lebih dahsyat apabila mereka menuduh yang negara sedang digadaikan kepada negara komunis ini.

Hakikatnya, selain dari pembiayaan projek ECRL dari bank China yang menawarkan faedah yang sangat rendah dan jangkamasa bayaran yang berpatutan, negara China juga telah menawarkan perkongsian teknologi rel mereka. Siapa tidak tahu yang negara China adalah di antara pembuat rel terkemuka di dunia?

Pada masa yang sama, negara China juga telah bersetuju menerima eksport minyak kelapa sawit sehingga 3 kali ganda. Bukankah ini bermakna peneroka dan pekebun-pekebun kecil juga mendapat faedah secara langsung? Dan mengapa pembangkang sembunyikan fakta ini?

Dengan sebab itu, benar apa yang dikatakan TS Annuar bahawa di pihak kerajaan, UMNO dan BN, kita mempunyai banyak peluru untuk membidas tohmahan pembangkang. Apa yang perlu adalah ... "WINNING MENTALITY" dengan persediaan segala maklumat mengenai kejayaan transformasi kepimpinan PM Najib.

Program roadtour ke seluruh negara dalam "Perjuangan4all" yang dianjurkan Yayasan Permai ini bakal menjadi medan penerangan dua hala di mana pendekatannya lebih kepada 'outreach' yang menghidangkan sesi soal-jawab seperti dialog 'townhall'. Buat permulaan, program ini telah pun diadakan di Parlimen Wangsa Maju yang dihadiri kira-kira 500 peserta terdiri daripada pemimpin masyarakat, pemimpin pelajar, pemimpin NGO setempat dan aktivis belia.

Turut menjadi panel Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari dan Exco Pemuda Umno, Shahril Suffian Hamdan.

No comments: