Friday, September 22, 2017

MCA TIDAK MUDAH TERPERANGKAP DENGAN PERMAINAN DAP DALAM PESTA ARAK


Meskipun MCA adalah parti yang mewakili masyarakat Cina yang sememangnya menghidangkan arak adalah sebahagian daripada tradisi masyarakat ini meraikan sesuatu kejayaan ataupun perayaan, namun keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak - "Better Beer Festival 2017" di ibu negara atas faktor keselamatan, diterima dengan lapang dada tanpa bantahan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengesahkan pendirian MCA ketika membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet dan memaklumkan yang keputusan pembatalan DBKL di atas nasihat pihak polis berasaskan faktor keselamatan di patuhi kerana sebagai parti dan kerajaan yang bertanggungjawab, keselamatan orang awam akan sentiasa mendapat keutamaan.

Ini juga menunjukkan yang MCA sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional memahami sensitivi ugama dan kebudayaan rakan mereka yang lain terutamanya dari UMNO.

Ini ternyata berbeza dengan amalan di dalam Pakatan Harapan di mana DAP tidak menghormati langsung parti baru Dr Mahathir yang berasaskan ahli-ahli yang seratus peratus adalah Melayu yang beragama Islam dan juga PKR yang majoritinya adalah juga masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Di blok pembangkang, PAS adalah suara paling lantang menentang pesta arak yang berasal dari negara Jerman dan disambut 4 tahun sekali, namun peliknya, parti Melayu seperti PPBM dan PAN tidak langsung menentang dan begitu juga pemimpin-pemimpin dari Melayu dari PKR.

Pembatalan pesta beer ini bukan di atas dasar ugama semata-mata tetapi apa perlunya budaya barat perlu diserapkan ke negara kita sedangkan terlalu banyak budaya negara dari pebagai kaum boleh diketengahkan untuk dijadikan tarikan pelancung luar negara.

Lebih dangkal apabila ada di antara pemimpin DAP yang cuba memutar-belitkan tindakan DBKL dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan akan mengharamkan rakyatnya meminum minuman keras.

Apabila disebut pesta, pasti ada yang terlalu asyik meraikannya dan apa tah lagi jika hidangan utama merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu mabuk. Apakah mampu DAP mengawal jika ada yang terlebih minum minuman keras ini dan menjadi mabuk? Apa akan jadi jika mereka yang mabuk ini berkeliaran ataupun memandu pulang? Apakah DAP tidak menghargai nyawa mereka?

DAP inginkan undi dari Melayu tetapi sensitivi mereka langsung tidak diendahkan malahan mereka dengan lantang memperlekeh sensitivi mereka. Berbeza sekali dengan MCA yang faham dan menghormati kehendak masyarakat Melayu.

Mujurlah dengan keikhlasan dan kematangan MCA berpolitik, mereka tidak mudah terperangkap dengan permainan kotor DAP yang pasti akan meletakkan kesalahan dan menuduh MCA sekali lagi tunduk dengan kehendak UMNO. Sebelum mereka membuat tuduhan ini, apakah DAP berani memindah venue pesta tersebut ke Selangor ataupun Pulau Pinang?

No comments: