Monday, September 04, 2017

ARTIKEL MALAYSIAKINI MERBAHAYA KEPADA PERPADUAN NEGARA



Di kala rakyat Malaysia tidak kira bangsanya dan peringkat umurnya meraikan dwi kejayaan menjelang 31 Ogos, di mana Malaysia telah berjaya menjadi johan untuk Sukan SEA Kuala Lumpur dan meraikan hari kemerdekaan yang ke 60, Malaysiakini sengaja mengeluarkan satu artikel pada hari yang sama bertajuk 'Our children leave because they are second-class citizens here'.

Tujuan artikel ini jelas, kononnya masyarakat cina masih dianggap kelas kedua di Malaysia maka ramai di kalangan masyarakat Cina yang telah meninggalkan negara ini.

Pada masa yang sama, artikel terbitan Malaysiakini ini juga berharap agar cerita pendek yang dibintangi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bertajuk 'Citizen' akan mampu mengalih perhatian ramai terutama sekali masyarakat Cina. Dikatakan yang video berdurasi 6 minit ini telah berjaya menarik lebih dari 200,000 pengunjung dalam tempoh 2 jam sahaja.

Mesej yang ingin disampaikan adalah video lakonan DS Liow adalah yang walaupun kerajaan dan lebih-lebih lagi MCA sering disalahertikan dan segala fitnah dan tohmahan dari DAP telah berjaya meracuni masyarakat Cina pada pilihanraya umum lepas, beliau dan kepimpinan Barisan Nasional yang lain yang diterajui PM Najib Razak tidak sekali-kali akan putus asa membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan membentuk Malaysia ke satu arah yang lebih baik dan maju.

Dengan itu, MCA menyedari yang artikel terbitan Malaysiakini ini sememangnya sengaja diterbitkan untuk menidakkan usaha MCA yang sedang rancak berurusan dengan negara China dan berjaya meningkatkan ekonomi rakyat terutamanya di kalangan masyarakat Cina.

Justeru, MCA ada beberapa soalan untuk ditanya. Jika benar masyarakat Cina masih dianggap kelas kedua di Malaysia, mengapa daripada 10 orang terkaya di Malaysia tetapi 8 dari mereka adalah berbangsa Cina dan apakah ini tidak menunjukkan ribuan peluang pekerjaan telah dikembalikan kepada mereka? Apakah berlaku pemusnahan etnik sepertimana berlakunya kepada rakyat Rohingya di Myanmar?

Apakah terdapat ketidakadilan yang menghalang hak anak-anak masyarakt Cina untuk mendapatkan pendidikan, atau apakah mereka juga dizalimi sehingga tiada bumbung untuk berteduh atau rumah mereka dirampas dan mereka tidak dibenarkan menikmati makanan yang dihidangkan? Jika jawapannya tidak, apakah artikel terbitan Malaysiakini ini berasas dan bukan mempunyai niat buruk untuk menimbulkan jurang perpaduan di kalangan rakyat Malaysia?

MCA mengingatkan masyarakat Cina yang sejak kedatangan nenek-moyang mereka ke Tanah Melayu, negara ini telah membuka peluang kepada mereka dengan seluas-luasnya sehinggakan mereka telah diiktiraf sebagai rakyat Malaysia dan diberi kewarganegaraan. Ia adalah parti politik seperti DAP yang sering meracuni pemikiran masyarakat Cina agar sentiasa membenci masyarakat lain selain bangsa Cina.

Oleh itu, MCA sekali lagi menegaskan yang masyarakat Cina tidak pernah dianggap sebagai rakyat kelas kedua kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Kepada Malaysiakini, sekiranya tidak mampu memberi sebarang sumbangan kepada negara, berdiam adalah yang terbaik!

No comments: