Showing posts with label Pelan Transformasi Teksi. Show all posts
Showing posts with label Pelan Transformasi Teksi. Show all posts

Thursday, June 22, 2017

KUMPULAN KEDUA UNTUK 300 LAGI LESEN TEKSI INDIVIDU


Selepas kumpulan pertama seramai 300 pemandu teksi diberi lesen individu pada April lalu, dalam masa 2 bulan, kini giliran kumpulan kedua pula. Seramai 300 lagi telah menerima lesen individu mereka yang telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Untuk pengetahun, ini adalah usaha kerajaan yang direalisasikan pihak SPAD dalam menangani keperitan mereka mengatasi pendapatan sebagai seorang pemandu teksi yang terpaksa dibelenggu dalam perjanjian sewa pajak. Rungutan yang telah sekian lama dibelenggu mereka, akhirnya mendapat pembelaan kerajaan. Pada masa yang sama, nasib operator teksi juga tidak terabai.

Di dalam kenyataan rasmi YB Nancy, beliau memaklumkan yang usaha kerajaan ini adalah untuk mempertingkatkan industri teksi agar lebih responsif kepada kuasa pasaran, maka pemandu yang layak dan telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak dianugerahkan lesen individu.

Di bawah program Program Transformasi Industri Teksi (TITP), kumpulan kedua penerima lesen individu ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh Suruhanjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD. 

Penerima lesen individu kumpulan kedua ini terdiri daripada 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa. Daripada jumlah itu, 59% adalah daripada Lembah Klang & Negeri Sembilan, 24% daripada Pulau Pinang & Pulau Langkawi dan 17% daripada Melaka & Johor Bahru. Tambahan lagi, 43 daripada penerima lesen individu pada kali ini turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru.

Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen pada bulan hadapan akan membolehkan penyeragaman peraturan syarat-syarat sewa pajak yang akan dikawal selia oleh SPAD.

Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.

Dengan memberikan individu-individu ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, kerajaan berharap akan dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing; pada masa industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini. Industri teksi perlu menyesuaikan diri dengan ‘trend’ yang mendorong permintaan pasaran hari ini.

Monday, October 14, 2013

UNTUNGNYA RAKYAT BANDAR... TEKS1M EXORA SEDANG MENUNGGU

Teka-teki dah pun terjawab bagaimana rupa TEKS1M Exora dan apa lebihnya teksi ini... seperti di SINI dan di SINI

Sekarang, rakyat Malaysia terutama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru akan berbangga dapat menaiki TEKS1M Exora yang telah dilancarkan pada 11 Oktober 2013 (Jumaat) lalu. 



Pada hari tersebut, sebanyak 50 buah TEKS1M Exora telah dilepaskan untuk memulakan operasi di Lembah Kelang. Namun, sasaran SPAD adalah 1,000 buah teksi yang akan berada di jalanraya pada hujung tahun ini. 

"Elegant Brown" TEKS1M Exora
Agenda yang lebih besar untuk rakyat Malaysia ialah menjelang 2015, kita akan berbangga apabila sebanyak 7,500 TEKS1M Exora yang berwarna "elegant brown" akan dijadikan sebagai standard teksi baru negara dan perkhidmatan teksi di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asean.

"Kami mensasarkan perkhidmatan taraf dunia," kata CEO SPAD, Encik Mohd Nur Ismal Kamal. Bagaimana mungkin terjadi? Ini hanya mampu direalisasikan apabila Pelan Transformasi Teksi (PTT) dapat dilaksanakan...

Di antara PTT yang perlu diambilkira ialah data bank pemandu dan akreditasi, perkhidmatan yang berkualiti dengan teknologi terkini serta kenderaan yang memenuhi  keperluan pelanggan.

PEMBIAYAAN DARI BSN

BSN merupakan antara pihak yang terlibat bagi menjayakan Skim TEKS1M dengan menyediakan pinjaman.
Sebanyak 91 permohonan telah diterima untuk Fasa 1 di mana 73 daripadanya telah diluluskan. Bagi Fasa 2, BSN menerima 690 permohonan dengan 103 telah diluluskan dengan 29 telah ditolak dan selebihnya masih menantikan keputusan atau sedang diproses. Setakat 18 September 2013, BSN telah menerima 781 permohonan untuk Skim TEKS1M.
Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam sesebuah TEKS1M Exora;




Kemudahan kad debit dan kredit
  
Beginilah reaksi rakyat;




Bagaimana dengan kadar tambang?

Seperti tambang biasa juga iaitu RM3 untuk setiap permulaan dan di Pulau Pinang tambang teksi akan bermula pada kadar RM4 saja.

Semoga dengan adanya TEKS1M EXORA, rakyat di bandar khususnya dapat berbangga dengan wajah baru teksi ini dan akan mendapat keselesaan dan berasa selamat. Ini adalah selaras dengan objektif SPAD agar pengangkutan adalah mod pilihan rakyat terutama di bandar.