Showing posts with label PRK Kuala Kangsar. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Kangsar. Show all posts

Wednesday, June 22, 2016

DATUK WEE : SUNTIKAN SEMANGAT UNTUK MCA BERHADAPAN PRU14

Bermula dengan kejayaan besar BN di pilihanraya negeri Sarawak serta pilihanraya berkembar Sg Besar dan Kuala Kangsar memberi suntikan semangat kepada Barisan Nasional khususnya MCA untuk persediaan yang lebih konstruktif berhadapan ujian yang lebih besar iaitu PRU 14 nanti. Di dalam meraikan kesemua kejayaan berturut-turut ini, Datuk Wee Ka Siong selaku pemimpin nombor dua MCA, beliau mengingatkan agar kejayaan ini dijadikan panduan persediaan dan tidak lekas berpuas hati.

Malahan perkhidmatan untuk masyarakat Cina khususnya perlu ditingkatkan. Pendekatan yang dibawa MCA iaitu berhemah dan merendah diri ketika bertemu pengundi adalah pendekatan kempen yang menyebabkan pengundi Cina meyakini BN dan memberi undi mereka kepada parti ini.

MCA berikrar untuk bekerja lebih keras dan memastikan parti mereka terus dan lebih giat berbakti kepada masyarakat Cina. Justeru, Datuk Wee menekankan akan menumpu kempen MCA kepada lebih berkhidmat daripada lebih bercakap. Ini adalah kehendak pengundi kerana isu utama rakyat adalah isu untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan terjamin.

Justeru, masyarakat Cina perlu diyakinkan bahawa hanya dengan mempunyai wakil mereka di dalam kerajaan maka segala bentuk pembangunan akan dapat dilaksanakan. Ini memandangkan, aspirasi Barisan Nasional yang diterajui PM Najib Razak akan meneruskan tema 'Rakyat didahulukan'. MCA yang mewakili masyarakat Cina di dalam kerajaan, satu-satunya parti politik yang membawa suara dan hasrat mereka.

Kesatuan yang ditunjukkan di antara parti-parti komponen di dalam BN, telah membuktikan ia utuh dan erat serta bersatu. Inilah yang gagal dilakukan pakatan pembangkang samada yang Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan. Perebutan kuasa dan pertelingkahan yang tiada kesudahannya di antara parti-parti pembangkang jelas menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi sekadar menjadikan undi rakyat sebagai barangan untuk mereka berebut kuasa sesama sendiri.

Walaupun baru kembali setelah menjalani rawatan di luar negara, Datuk Wee tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kejayaan MCA di dalam kempen mereka di PRK Sg Besar dan juga Kuala Kangsar. Pada masa yang sama, Datuk Wee yakin, jika MCA terus mengambil berat dan menyelesaikan masalah utama rakyat iaitu keperluan seharian mereka, maka pengundi Cina tidak akan melihat parti-parti pembangkang lagi yang hanya mampu berpolitik sahaja tetapi gagal menyelesaikan masalah mereka.

Oleh itu, Datuk Wee yakin dengan plan transformasi MCA yang kini telah memberi kesan positif. Maka, kejayaan demi kejayaan ini mampu memberi suntikan semangat untuk MCA berhadapan dengan PRU14 akan datang - 'STRONGER TOGETHER'
 

Saturday, June 11, 2016

#PRK KUALA KANGSAR : MCA BERJAYA YAKINKAN PM TUNAI HASRAT MASYARKAT TIONGHUA


Di dalam kerancakan berkempen, di dalam salah satu program MCA  adalah untuk menjemput PM DS Najib Razak bertemu masyarakat Tionghua di Kuala Kangsar. Pertemuan yang dirancang bukan sekadar ingin bersembang santai tetapi bakal membuah anugerah kepada mereka.

Oleh kerana kesungguhan MCA membela masyarakat Cina di dalam pendidikan, maka hasrat mereka berjaya disampaikan kepada PM Najib. Justeru, setelah perbincangan dan diyakini PM, Sekolah Menengah Tsung Wah Kuala Kangsar telah diberikan peruntukan bagi membina sebuah bangunan pentadbiran sekolah berkenaan.



Ini juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mementingkan pendidikan semua kaum, tidak seperti yang didakwa pembangkang yang menghasut dan menidakkan sumbangan kerajaan prihatin BN. Itu adalah taktik pembangkang yang sentiasa ingin memperdaya rakyat dengan menanam kebencian bukan saja di kalangan rakyat tetapi ketegangan di antara kaum juga.

Turut hadir adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Parti Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, ADUN Manong Mohamad Kamil Shafie, Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr. Mah Hang Soon, empat anak calon dan wakil-wakil pesatuan Cina.

Ikuti juga penjelasan dan nasihat Datuk Seri Liow kepada pengundi Kuala Kangsar;



Semoga pengundi Cina Kuala Kangsar tidak lagi tertipu buat kali kedua dengan sentimen pembangkang terutamanya DAP yang sentiasa memainkan isu perkauman dan agama.

Peruntukan sebanyak RM500,000 juga telah diluluskan untuk pembinaan dewan serbaguna baharu untuk masyarakat Kampung Baru Jerlun, Kuala Kangsar.

Barisan Nasional berani berjanji kerana yakin untuk ditunaikan dan dengan kejayaan MCA ini, pilihan pengundi Cina di Kuala Kangsar pastinya BN!