Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

Sunday, May 08, 2016

INSAN ISTIMEWA DI MCDONALD'S PUNCAK ALAM - NABIL


Jika berpeluang, ayuh kita ke restoran McDonald's Puncak Alam dan kita akan melihat seorang insan yang sangat istimewa samada sedang melayan pelanggan dengan penuh senyuman ataupun beliau sedang sibuk membersihkan meja dan bergerak ke sana-sini dengan pantas sekali.

Namanya Muhamad Nabil Rosli atau lebih mesra dipanggil Nabil saja, seorang warga Kurang Upaya mengalami penyakit Cerebral Palsy, telah ditemubual beberapa rakan blogger untuk mengenali beliau lebih dekat. Nabil pernah dianugerah sebagai pekerja terbaik McDonald's Malaysia walaupun dengan kekurangan keupayaannya.


Menurut pengurus beliau iaitu Encik Mohamad Shahrul, Nabil adalah seorang pekerja yang paling rajin di restoran yang tidak gemar melihat meja-meja ditinggal kotor dan bersepah setelah ditinggal pelanggan. Nabillah selalunya orang pertama yang akan mengemas meja-meja ini dan juga memastikan sekitar kawasan restoran sentiasa kemas dan bersih.

Rupanya Nabil juga seoang atlet yang pernah mewakili negara dalam sukan paralimpik dalam futsal. Ketika membelek FBnya yang bernama Muhamad Nabil Jr, beliau juga adalah peminat nombor 7 pemain bolasepak tempatan Kedah Badrul Bakhtiar dan pemain luar negara, Messi dan pasukan bolasepak pula, Nabil adalah peminat setia pasukan JDT.

McDonald’s Malaysia adalah di antara syarikat gergasi yang menggaji warga OKU yang bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) – Selangor dan Kuala Lumpur di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysian Care Training Centre, Cheras, United Voice, Petaling Jaya, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), PERKESO menerusi program Return to Work (RTW) dan Job Coach Network Malaysia.


Sebagai syarikat yang mementingkan kepelbagaian latarbelakang dalam pengambilan kakitangan, sehingga kini McDonald's Malaysia telah mengambil warga OKU seramai 90 hingga 100 kakitangan di seluruh rangkaian restorannya di Malaysia dan termasuklah mereka yang mengalami masalah pendengaran, masalah penglihatan, bisu dan juga autisma. Ada di antara mereka yang bekerja samada secara separuh masa atau sepenuh masa.

McDonald’s juga mempunyai tiga orang pelatih bertauliah yang bertanggungjawab menentukan kesesuaian skop tugasan untuk warga OKU yang bekerja di restoran-restoran seluruh negara.

Adalah menjadi harapan agar warga OKU seperti Nabil dijadikan sumber inspirasi kepada warga istimewa ini agar dapat menonjolkan potensi diri dan menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan tahniah kepada McDonald's yang membuka peluang kepada insan-insan istimewa ini dalam menyuburkan lagi sumbangan dan komitmen mereka dalam khidmat sosial koporat.

Sunday, October 27, 2013

#PRKn20 : SG LIMAU : CUKUP-CUKUP SUDAH!!!

Saksikan kisah sedih penduduk di Sungai Limau...

Diakui allahyarham Tan Sri Azizan seorang yang baik tetapi mereka-mereka yang di sekelilingnya yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi. Inilah buktinya...



  • Pakcik Don Jasin, 93 seorang warga emas dari Kampung Sg Limau pasrah apabila bantuan yang beliau minta dari Majlis Kemajuan Kampung (MKK) selama bertahun-tahun dinafikan kerana bukan dari ahli keluarga mereka. Sebelum ini, pak cik Don telah memohon untuk membaiki rumahnya serta memohon untuk mendapatkan sebuah rumah seperti yang dijanjikan pihak Majlis Kemajuan Kampung (MKK) namun apa yang berlaku, surat permohonan beliau telah dicampakkan ke dalam tong sampah.


  • Pakcik Mohd Isa Idris,81, terlalu kecewan dengan kerajaan negeri terdahulu yang telah diperintah oleh PAS kerana segala yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila bantuan yang dipohon tidak pernah ditunaikan. Kerajaan PAS terdahulu dianggapnya tidak amanah membela nasib rakyat.
 


  • Khamis Awang, 68, hanya inginkan peralatan menuai, rumpai racun serta bekalan elektrik dan air bersih untuk kehidupannya. Namun kerajaan PAS gagal menunaikan janji mereka dan serik dengan setiap janji-janji palsu kerajaan PAS.
 


  • Nasib warga OKU tidak dibela.... Abdul Rahim Mehat,50, telah menghidap penyakit angin ahmar semenjak dua tahun. lalu yang telah banyak menjejaskan kehidupan harian mencari rezeki untuk menyara isteri dan dua anaknya yang masih bersekolah.

Apakah rakyat Sg Limau begini nasib mereka walaupun wakil rakyatnya yang terdahulu adalah Menteri Besar Kedah dari kerajaan PAS?

Sudah tiba masanya, mereka tidak lagi percayakan bulan yang telah mengabaikan nasib mereka selama ini... Cukup-cukup sudah!!!