Showing posts with label Darling. Show all posts
Showing posts with label Darling. Show all posts

Friday, May 13, 2016

#KLI HOTEL TIDAK ANGGAP GELANDANGAN PENGEMIS


"Bukan semua orang mampu seperti kita dan bukan semua orang mampu makan di hotel dan kita lakukan program seperti ini kerana kita mahu semua orang rasa yang sama, semua orang rasa seimbang walaupun dia dari tepi jalan kerana kita mahu seorang rasa setaraf."

Itulah kata-kata Eksekutif Jualan dan Pemasaran KLIH, Siti Aisyah Yahaya ketika menjamu warga gelandangan di dalam program yang berlangsung di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Program yang julung kali dilaksanakan oleh pihak KLIH ini dilihat mampu membantu golongan gelandangan ini dan perlu dilihat bukan saja dari perspektif sedekah tetapi sikap tanggungjawab bersama di kalangan syarikat-syarikat koporat.

Walaupun hanya untuk semalam, program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menceriakan lagi warga gelandangan ini.

Program kali ini telah mengedarkan 150 pek makanan dan minuman kepada golongan gelandangan ini dan disertai pemenang tempat kedua Idola Kecil 5, Wan Adzlin atau lebih dikenali sebagai Darling.

Wednesday, May 11, 2016

BUKAN SEKADAR DIJAMU, KLI HOTEL BANGGA BERI LAYANAN KEPADA GELANDANGAN

Program menjamu gelandangan yang dianjurkan Kuala Lumpur International (KLI) Hotel bersama Darling Idola Kecil 5, bukan sekadar menyediakan makanan dan minuman kepada mereka, malahan mereka akan diberi layanan bertaraf 5 bintang dan dijamu dengan hidangan yang lazat lagi berkhasiat.

Pengurus Pemakanan KLI Hotel, Syed Zulkhairanain memberi jaminan yang walaupun mereka daripada golongan gelandangan, mereka tetap diberikan layanan istimewa sebagai pelanggan hotel dan pihak hotel tidak membezakan mana-mana lapisan masyarakat.

Yang diutamakan pihak hotel adalah hidangan makanan yang halal, bersih dan berkualiti dan pasti lazat juga. Sememangnya, KLI Hotel terkenal dengan hidangan masakan kampung dan sekali gus dengan menjamu golongan gelandangan ini, ia salah satu cara pihak hotel mempromosi hidangan mereka memandangkan mereka juga mempunyai rakan dan kawan.


Malahan, pihak KLI Hotel berbangga dapat bersama-sama meriangkan hati warga gelandangan yang telah dijamu berhadapan CIMB Bank, Jalan Tunku Abdul Rahman bersama-sama Darling dan juga beberapa media yang telah turut serta.

Seharusnya, KLI Hotel dicontohi di dalam prihatin dan berkhidmat untuk masyarakat sekeliling tanpa mengira taraf hidup dan semoga program menjamu gelandangan ini disambut oleh badan-badan koporat lain dan mengambil kesempatan keberkatan menjelang Ramadhan nanti.

Sunday, April 17, 2016

DARLING IDOLA KECIL HARGAI TAJAAN KL INTERNATIONAL (KLI) HOTEL

Jika masih ingat rancangan Idola Kecil, pada tahun 2012 adik Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling yang kini telah berusia 16 tahun, beliau telah diraikan oleh pihak KL International (KLI) hotel untuk meluangkan masa bersama peminatnya.

Di dalam satu majlis yang sangat meriah ini bukan saja satu peluang untuk Darling bertemu peminatnya, beliau juga telah mengambil kesempatan menghiburkan mereka dengan lagu popularnya berjudul 'Takkan Ada' dari single pertamanya.


Menurut Eksekutif Jualan dan Pemasaran KLI, Siti Aishah Yahaya, pihak hotel telah diberi peluang sebagai penganjur untuk memberi sokongan kepada bakat bintang baru ini di mana seharusnya diteruskan minat dan membina kerjayanya di dalam bidang seni.




Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz. Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab.

Pelbagai acara telah dianjurkan KLI untuk Darling dan di antaranya termasuk cabutan bertuah dan sesi beramah mesra. Rata-rata yang telah hadir ibarat sebagai sebuah keluarga walaupun tiada pertalian keluarga dan di atas sikap mereka yang mesra dan sangat 'sporting', setiap acara yang disediakan pihak KLI hotel pasti akan disertai mereka dan suasana riang pasti dirasakan.



Perjumpaan dengan peminat seumpama ini akan dilanjutkan ke negeri kelahiran Darling di Kedah di dalam masa terdekat nanti.

Darling berasa sungguh berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis oleh KLI hotel dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi dan bermurah hati menaja majlis perjumpaan dengan peminatnya.

Masih ingatkan Darling?