Showing posts with label #HebatkanNegaraku. Show all posts
Showing posts with label #HebatkanNegaraku. Show all posts

Thursday, April 12, 2018

MANIFESTO PRU14 MCA : 10 JANJI DAN 10 INISIATIF, BN TERBUKTI DAN MCA PASTI BOLEH


Sejarah telah membuktikan sejak merdeka, Malaysia wujud di atas persefahaman 3 parti politik yang mewakili 3 bangsa utama iaitu UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India. Namun, negara yang telah diberi kemerdekaan ini tidak sunyi dari anasir-anasir negatif yang sengaja dibawa pihak pembangkang. UMNO ditentang PAS dan MCA pula ditentang DAP.

Setelah selama 11 pilihanraya diadakan, MCA telah sengaja disalahertikan sehingga parti yang mewakili bangsa Cina ini hampir kehilangan kesemua kerusi yang ditanding di PRU12 dan PRU13. DAP mungkin dapat berbangga kerana berjaya merampas keyakinan majoriti bangsa Cina dari MCA tetapi seperkara yang sedang dialami masyarakat Cina akibat terpedaya dengan hasutan DAP, mereka hampir dipinggirkan.

Dengan suara yang begitu sedikit di dalam parlimen dan kerajaan, bagaimana mungkin nasib masyarakat Cina dapat dibela dan terus diperjuangkan?

Menyedari kejayaan negara selama ini dibangkitkan dengan kuasa rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum, PM Najib tidak meminggirkan MCA dan MIC walaupun kedua-dua parti ini telah mengalami kekalahan teruk di dua PRU lalu. Di atas keyakinan yang kepimpinan baru MCA yang diterajui Datuk Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Wee Ka Siong, MCA dikekalkan di dalam kabinet menteri.

Keyakinan PM Najib terhadap kepimpinan baru MCA ini tidak sekali disia-siakan dan langkah pertama yang telah diambil adalah mengukuhkan kekuatan di dalam MCA sendiri, maka bersandarkan prinsip "Stronger Together", MCA telah berjaya kembalikan keyakinan masyarakat. Oleh itu, keyakinan dan harapan mereka akan direalisasikan di dalam Manifesto PRU14 MCA dengan 10 janji dan 10 inisiatif yang pasti dilaksanakan.

Secara ringkasnya MCA berikrar;



1. Mendukung kesederhanaan dalam kerajaan, berusaha mempertahankan teras institusi kebangsaan dan menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

2. Memastikan MCA akan terus berani mewakili hak dan kepentingan masyarakat Cini dan rakyat Malaysia dan memastikan keseimbangan dan keadilan untuk semua kaum.

3. Memperkasakan wanita dan belia dengan peluang perniagaan, peluang pekerjaan dan latihan baru, membangunkan kemahiran keusahawanan sejajar dengan TN50. MCA juga akan memastikan belia dan wanita berada di dalam jawatan penting di semua peringkat kerajaan tempatan, negeri, persekutuan dan parti kerana MCA mempercayai akan kepimpinan belia dan wanita dalam agenda politik.

Selaras dengan aspirasi TN50, MCA akan wujudkan platform untuk pembangunan kepimpinan dan latihan kemahiran belia dan revolusi digital.

4. MCA bukan saja komited untuk memastikan UEC diiktiraf, mereka juga akan pastikan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ditingkatkan.

5. Mmemodenkan dan memajukan pendidikan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti TAR Kolej dan Institut VTAR hingga ke peringkat dunia

6. Hubungan peluang perniagaan dan pelaburan di China melalui inisiatif 'Belt and Road' akan dimanfaatkan.

7. E-dagang yang lebih cekap dan produktif akan diperhebatkan untuk komuniti Cina terutamanya dalam perusahaan kecil dan sederhana.

8. Menubuhkan Bank Koperasi KOJADI untuk memperluaskan sokongan kewangan untuk PKS dan untuk dikembangkan di luar negara.

9. Kampung Baru akan berubah menjadi pusat neo-urbanisasi yang mempromosikan e-dagang, pertanian moden, dan pelancongan eko/kebudayaan.

10. Memastikan penjagaan kesihatan yang lebih baik dengan bayaran yang berpatutan, MCA berusaha menubuhkan Hospital UTAR sebagai institusi gabungan perubatan Barat dan alternatif seperti perubatan tradisional Cina dan Ayurveda.

Manakala insentif untuk Rakyat Malaysia pula merangkumi biro pemantauan pelaksanaan polisi kerajaan, MBRACE (MCA Belt and Road Centre) diperkasakan,menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan Inovasi, pendidikan pengajian tinggi bertaraf dunia, terus mempersiapkan pembanguan generasi muda melalui pendidikan dan kemahiran, memperluaskan lagi pendidikan teknikal, Bank Koperasi KOJADI untuk SME, merangsang ekonomi untuk Kampung Baru, memberi khidmat guaman terutama untuk wanita dan juga meneruskan khidmat bantuan rakyat.

MCA adalah parti kedua terbesar di dalam komponen Barisan Nasional. Jika BN mampu menunaikan 99.4% akujanji PRU13 lalu, MCA juga terlibat dalam proses ini. Justeru, MCA perlu diberi mandat yang lebih besar agar masyarakat Cina dapat menikmati 10 janji dan 10 inisiatif dari MCA yang pasti akandilaksanakan.

Bersama BN, #HebatkanNegaraku

Wednesday, April 11, 2018

MANIFESTO BN TELAH JADIKAN JANJI-JANJI PEMBANGKANG TIDAK RELEVAN


Sejak awal tahun lagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa telah beri gambaran kepada rakyat yang manifesto Barisan Nasional bakal membuatkan mulut pihak pembangkang terkunci dan terus membisu dan setelah dilancarkan, ia ternyata benar sehinggakan kini segala janji-janji pakatan pembangkang pimpinan Dr Mahathir sebagai tidak relevan langsung.

Tan Sri Annuar juga telah memperingatkan semua yang Barisan Nasional sememangnya tersohor dalam menjuarai kebajikan rakyat. Ini adalah kerana, manifesto BN dibuat diatas kehendak rakyat dan sebelum diputuskan segala janji, BN telah mengambil pendekatan mendekati rakyat dengan program-program yang diadakan di seluruh negara. Segala maklumbalas telah dikumpulkan dan sebab itu tepat sekali manifesto BN berpaksikan rakyat untuk menjadikan Malaysia Hebat.

Manakan tidak, aspek yang mendapat perhatian di dalam manifesto meliputi peluang pekerjaan sehingga akan diwujudkan 3 juta peluang, perumahan, pendidikan dipelbagai peringkat, pengangkutan dan sehingga ke kos sara hidup rakyat dengan peningkatan dan penambahan kategori untuk bantuan BR1M. Lantas, secara pasti, manifesto BN kali ini berpandangan sangat jauh sehingga merangkumi perancangan 30 tahun akan datang dalam teras TN50.

Malahan, keberhasilan dari kebijaksanaan dan komitmen Barisan Nasional telah terbukti apabila ekonomi negara bukan saja mampu keluar dari kemelut ekonomi global malahan rezab negara berkembang kepada lebih RM400 billion, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh menghampiri enam peratus, penarafan antarabangsa mencapai gred A dan pelaburan asing juga telah meningkat.

Sekali gus, bagi Tan Sri Annuar, manifesto BN kali ini tidak sekali-kali akan membawa rakyat Malaysia berjalan ke belakang dan terus meninggalkan era kelam Dr Mahathir dan Mahathirism untuk selama-lamanya. Seluruh negara dan semua rakyat akan menuju ke era Malaysia baru bersama-sama BN di bawah kepimpinan PM Najib Razak.

Apabila Barisan Nasional mampu mengurus perolehan negara dengan baik, ia telah memungkinkan negara menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Justeru, rakyat yang bijak dan setia mendokong aspirasi Barisan Nasional, kini telah mula menikmati segala hasil lumayan dari pelbagai bantuan dan insentif yang juga merangkumi rakyat di Sabah dan Sarawak.

Barisan Nasional mampu berjanji kerana inilah satu-satu parti politik yang mampu pegang dan menunaikan janji apabila 99.7% janjinya pada PRU13 lalu telah pun terlaksana. Berbanding janji pakatan pembangkang yang diketuai Dr Mahathir, tiada satu pun idea baru apatah lagi bernas untuk ditawarkan kepada rakyat, malahan segala yang dijanjikan telah pun ditunai dan mereka hanya mampu meniru janji-janji Barisan Nasional terdahulu.

Bersama Barisan Nasional untuk Hebatkan Malaysia tetapi pakatan pembangkang hanya mampu melancarkan manifesto tanpa sebarang keyakinan dan komitmen untuk menunaikannya selain dari retorik politik untuk berkempen sahaja.

Bersama BN ... #HebatkanNegaraku
 

Sunday, April 08, 2018

BERSAMA BN HEBATKAN NEGARAKU

Manifesto BN untuk keutamaan rakyat dan tiada satu untuk agenda peribadi (dalam bentuk infografik);





 1. Ibu dan wanita ... DI SINI















2. Kediaman 1Negaraku ... DI SINI















 3. 3 juta kerja... DI SINI
 4. Senyum Sabah dan Sarawak ... DI SINI
 5. Asas Pengangkutan ... DI SINI
 6. Perkasa Digital ... DI SINI
7. Barangan Malaysia ... DI SINI
 8. BR1M ... lebih baru... DI SINI
 9. Dompet Rakyat ... DI SINI















 10. Pendidikan ... DI SINI















 11. Hidup Sihat ... DI SINI
 12. Aman 1Negaraku ... DI SINI
 13. TN50 ... DI SINI
 14. Kanak-kanak Universal ... DI SINI

 

Thursday, April 05, 2018

BERITA PALSU - PAKATAN PEMBANGKANG AKAN LUMPUH PADA PRU14 TANPANYA


Menjelang pilihanraya, pakatan pembangkang bukan saja akan menggunakan berita-berita palsu dan isu-isu sensitiviti kaum tetapi ia akan diganda dan dirancakkan lagi seolah-olah tanpa kesemua itu, mereka pasti lumpuh. Namun, Barisan Nasional tidak sekali-kali akan menari mengikut rentak mereka untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakyat.

Ini telah ditegaskan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Justeru, BN telah mempersiapkan seramai lebih kurang 60,000 jentera penerangan di seluruh negara untuk memerangi berita-berita palsu dalam persiapan menghadapi PRU14 nanti. Tugas mereka fokus kepada penerangan secara bersemuka dengan pengundi dan juga sebaran maklumat di media sosial.

Lebih getir apabila taktik pembangkang sengaja melepaskan pelbagai bentuk berita palsu di saat-saat akhir pilihanraya dan jentera-jentera BN akan digerakkan untuk memberi penerangan kepada rakyat dengan kadar segera dengan maklumat yang sebenarnya.

BN telah mengenalpasti modus operandi pakatan pembangkang yang menggunakan media antarabangsa dan institusi luar untuk memanipulasi isu-isu seperti1MDB dan GST untuk mendapatkan perhatian pengundi dan rakyat. Mereka juga akan menabur umpan berbisa yang sengaja menyentuh sensitif perkauman dan target utama mereka adalah memecahkan undi Melayu yang sememangnya adalah idaman DAP.

DAP adalah dalang sebenar kepada perpecahan undi Melayu yang digerakkan melalui pemimpin-pemimpin Melayu seperti Dr Mahathir, Wan Azizah dan juga sebelum ini, Anwar Ibrahim. PAS satu ketika pernah dijadikan alat mereka dan dengan pembubaran Pakatan Rakyat, DAP telah dapat mengekalkan agenda 'Malaysian Malaysia'nya mengguna pisau belati yang baru.

Setelah menyedari Tsunami Cina telah berakhir, DAP cuba wujudkan Tsunami Melayu pula dengan mengguna Dr Mahahtir. Mereka juga menyedari yang DAP pasti gagal menawan Putrajaya sekali lagi jika hanya bergantung kepada pengundi Cina, maka mereka terpaksa akur kepada tipu daya seterusnya iaitu, meraih undi Melayu.

Segalanya tidak dapat dinafikan DAP lagi apabila 'Superman Hew' mereka telah membongkar rahsia ini di hadapan rakyat Sabah walaupun berceramah di dalam bahasa Mandarin. Beliau telah jelas menyebut nama Dr Mahathir adalah senjata baru DAP untuk mendapatkan undi Melayu dan sehingga hari ini, DAP tidak pernah menafikannya.

Bagi Tan Sri Annuar, memberi penerangan agenda ekonomi yang telah terbukti mendapat pengiktirafan badan-badan dunai, keharmonian antara kaum, pencapaian AkuJanji BN dan keikhlasan PM Najib serta Barisan Nasional memberi khidmat terbaik kepada rakyat adalah penerangan terbaik. Sepertimana yang terbuku dalam manifesto PRU14 dan pencapaian 99.4% AkuJanji PRU13, tiada yang lebih boleh diharapkan rakyat melainkan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional dan itu adalah pilihan terbaik untuk rakyat nanti.

#HebatkanNegaraku