Monday, April 23, 2018

KINI TOHMAHAN DI LANGKAWI PULA, KAD BANTUAN TIDAK DIEDARKAN?

Selepas pertemuan PM Najib dengan lebih dari 10,000 pemandu teksi di Kuala Lumpur cuba dilemparkan dengan pelbagai cerita yang tidak benar, majlis bertemu pemandu teksi di Langkawi pula mendapat tohmahan kononnya kad bantuan gagal diedarkan. Sedangkan yang sebenarnya kad-kad tersebut diedarkan dengan lancar seperti gambar-gambar berikut;







Mengikut laporan dari pihak SPAD, sehingga 21 April, sebanyak 500 kad bantuan telah disampaikan kepada pemandu-pemandu teksi di Langkawi dan pada hari pertemuan itu, seramai 113 pemandu teksi telah menerima kad bantuan mereka di majlis tersebut. Ini adalah sebahagian daripada 27,100 kad bantuan yang telah diedarkan bagi seluruh Malaysia.

SPAD telah menyediakan sebanyak 67,000 kad bantuan dan pemandu-pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan mendapatkannya bermula dari 16 April sehingga 16 Julai 2018. Kad-kad bantuan ini juga boleh diambil dari pejabat-pejabat cawangan SPAD dan tertakluk pada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak, pengumuman pengambila kad bantuan akan dibuat oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

Seperkara yang perlu dimaklumkan, kad-kad bantuan ini akan diaktifkan sejurus diambil pemandu teksi dan mereka boleh menikmati pembelian petrol dan NGV sehingga RM800 di stesen Petronas di serata negara.

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April
hingga 16 Julai 2018)

• Pejabat SPAD Kelana Jaya
• Pejabat SPAD Putrajaya
• Pejabat SPAD Pulau Pinang
• Pejabat SPAD Kuala Terengganu
• Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17
April hingga 16 Julai 2018)

• Cawangan SPAD UTC Kuantan
• Cawangan SPAD Melaka
• Cawangan SPAD UTC Ipoh
• Cawangan SPAD UTC Alor Setar
• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
• Cawangan SPAD Langkawi

Oleh itu, berita yang sedang tular di media sosial kononnya pemandu teksi menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya adalah berita palsu dan tuduhan yang tidak berasas langsung. Justeru, pihak SPAD tidak akan teragak-agak membuat laporan polis ke atasmereka yang turut menyebar berita palsu ini agar mereka disiasat.



Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari
www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia

No comments: