Sunday, April 08, 2018

KENAPA PERLU DIBENARKAN PEMIMPIN YANG PERNAH MEMINGGIRKAN KELANTAN?


Rakyat Malaysia telah mula terima hakikat bahawa pentadbiran PM Najib Razak tidak akan meminggirkan sesiapa pun walaupun mereka berada di bawah kuasa pembangkang. Ia dibuktikan dengan pembinaan projek ECRL, laluan keretapi paling moden di dunia yang bakal menjalar di sepanjang laluan Pantai Timur yang pasti akan meliputi negeri Kelantan.

PAS telah berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan untuk beberapa dekad walaupun Dr Mahathir sering bangga dengan pencapaian majoriti 2/3 di parlimen. Oleh kerana gagal tawan Kelantan, Dr Mahathir telah tidak berlaku adil kepada rakyat di negeri itu. Segala pembangunan yang seharusnya dinikmati bersama telah tidak diberikan secara saksama malahan negeri yang majoriti penduduknya adalah Melayu, mereka telah jelas dianak-tirikan Mahathir.

Agak sukar dinafikan kenyataan pahit tersebut dan ia telah diperakui Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Tetapi rakyat Kelantan telah menemui seorang pemimpin negara yang telah bertindak berani dan jujur kepada rakyat Malaysia tanpa memilih fahaman politik. Lantas, rakyat Kelantan bakal menikmati projek mega ECRL.

Dendam Dr Mahathir terhadap rakyat Kelantan masih belum terpadam. Baru-baru ini beliau telah mengumumkan untuk menghentikan projek ECRL jika pakatan pembangkangnya berjaya dalam PRU14. Baginya, projek ECRL ini sebagai tidak berfaedah kepada rakyat dan mempersoalkan perjalanan yang masih lambat berbanding jika menaiki kapalterbang.

Inilah cara Mahathir yang masih berfikiran lama dan kekal ingin diskriminasi rakyat di Pantai Timur. Berapa ramai rakyat di Pantai Timur yang mampu menaiki kapalterbang dan apakah kapalterbang akan berhenti di kawasan-kawasan pendalaman? Apakah Mahathir tidak terfikir ketika rakyat ingin pulang ke kampung terpaksa bersesak-sesak di jalanraya pada musim cuti perayaan?

Jika selama 22 tahun Mahathir tidak pernah memikir untuk mengatasi kesemua masalah rakyat tersebut, apa yang boleh rakyat harapkan dari beliau jika diberi kuasa sekali lagi.

Berbeza dengan pemikiran PM Najib. Projek ECRL bukan untuk sekadar dimegahkan seperti terbinanya menara berkembar Petronas mahupun seperti F1. Memang benar ia adalah satu projek mega yang menelan belanja berbilion ringgit tetapi yang pasti, PM Najib inginkan semua rakyat dapat menikmati kemudahan infrastruktur bertaraf dunia ini.

Samada sengaja dibiarkan dari menikmati pembangunan seperti negeri-negeri lain sejak Malaya dibawah jajahan British dan diteruskan Dr Mahathir, hanya kerajaan BN di bawah kepimpinan PM Najib saja yang berani mentransformasikan lanskap Pantai Timur apabila projek ECRL ini siap nanti. Malahan jika dibandingkan dengan pentadbiran lama di bawah Dr Mahathir, keberanian dan kebijaksanaan PM Najib membetulkannya sukar untuk dinafikan.

Oleh itu, apa perlunya rakyat Kelantan membenarkan pakatan pembangkang terutamanya Dr Mahathir diberi peluang untuk memimpin negara dengan alasan untuk selamatkan Malaysia sedangkan yang benar-benar selamatkan Malaysia dan Kelantan adalah PM Najib Razak? Setelah 22 tahun memimpin negara, Dr Mahathir telah melakukan pelbagai diskriminasi terhadap Kelantan, kini sekali lagi beliau secara terbuka sekali lagi ingin membatalkan pembangunan yang sedang ditawarkan dan dibangunkan oleh PM Najib.

Yang pasti, rakyat Kelantan dan di Pantai Timur bijak menilai!
 

No comments: