Thursday, April 26, 2018

10 TUDUHAN MENGARUT DARI MALAYSIAKINI DIJAWAB



Apabila tiada isu lagi yang mampu dibangkitkan pembangkang untuk menyerang MCA dan peranannya di dalam Barisan Nasional, maka diulang-ulang persoalan yang telah pun dijawab dan diberi penerangan. Maka, pembangkang terutamanya DAP akan mengarah trooper mereka wujudkan semula isu-isu yang mereka sendiri boleh jawab.

Seorang penulis di Malaysiakini yang mengguna nama KJ John telah menulis dengan panjang lebar dan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas. Namun, MCA tetap menjawab;

1. MCA dituduh tidur setilam dengan PAS. Penulis ini sengaja lupa yang DAP sebenarnya telah lama tidur bersama-sama PAS sejak Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan kemudian diteruskan pelukan mesra di atas satu katil di bawah nama Pakatan Rakyat pada PRU12 dan PRU13. KJ John sengaja ingin semua rakyat lupa yang Guan Eng telah menandatangani perjanjian dengan PAS yang terang-terang ditulis;

“PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep negara Islam secara sendiri", pada 29 April 2013 bersama-sama Presiden PAS Dato Hadi Awang.
MCA juga ingin bertanya kepada KJ John, siapa yang mengekalkan pentadbiran campuran di antara PAS, PKR dan DAP di Selangor? Apakah masih tidak jelas, DAPlah yang sebenarnya seronok bermain sandiwara dengan PAS di atas satu katil dan bukan MCA.

2. Samada KJ John ini budak mentah atau sengaja membuat tulisan semborono, sepatutnya ia adalah RUU355 dan bukan PUU355. Walaubagaimanapun, dua daripada ahli parlimen MCA, Dato’ Koh Nai Kwong dan Dato’ Khoo Soo Seang telah bangkit di dalam Dewan Rakyat mencabar usul persendirian PAS ini tidak bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Negara.

Sedangkan DAP yang mempunyai 36 ahli parlimen, tidak langsung bangkit untuk meminta penjelasan mahupun menentang usul persendirian PAS ini tetapi Guan Eng, Teoh Nie Cheng dan Tony Pua sibuk bermain siaran langsung Facebook di luar Dewan Rakyat. Apabila PAS menyebut nama Lim Kit Siang dan Karpal Singh tidak langsung membantah pindaan RUU pada tahun 1984, anak-anak Karpal Singh dan Kit Siang juga turut membisu dan tidak langsung menentang.

Perlu diingat, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Dato’ Saifuddin Abdullah pernah membuat kenyataan pada 7 April 2017 yang ahli-ahli parlimen dalam pakatan mereka tidak campur tangan dan tidak melakukan apa-apa yang boleh dianggap sebagai menghalang pembentangan RUU 355. Pokoknya, apakah KJ John ini tidak mengikuti laporan berita?

3. Kononnya BN tidak langsung menghargai wanita dan orang muda dari MCA adalah tidak langsung benar sedangkan Tan Sri Ng Yen Yen adalah bekas Menteri Wanita, Datuk Heng Sai Kie (Ketua Wanita MCA) dan juga Timbalan Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, kedua-dua mereka adalah mantan Timbalan Menteri. Mereka yang pernah diberi jawatan di bawah portfolio Kementerian Belia dan Sukan adalah Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Dato’ Gan Ping Sieu.

4. KJ John perlu terangkan kepada masyarakat Cina mengapa manifesto pakatan pembangkang hanya menulis "akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada”. Jika dibandingkan manifesto BN pula, UEC diiktiraf dan dengan syarat memiliki 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran Sejarah. Sebelum terus ingin salahkan MCA yang jelas mempunyai track record cemerlang dalam memperjuangkan pendidikan untuk masyarakat Cina, apakah penulis ini tidak tahu apa yang tertulis di dalam manifesto sendiri?

5. Bukan saja rakyat Malaysia malahan hampir semua negara di dunia tertunggu-tunggu insentif perdaganang yang diberikan negara China dan ini juga termasuk Lim Guan Eng untuk Pulau Pinang dan Azmin Ali untuk Selangor. Sebelum KJ John ingin menuduh MCA sebagai dalang menjual maruah negara kepada sebuah gergasi komunis, bagaimana pula Guan Eng dan Azmin?

6. GST yang dikecualikan dari projek ECRL menjadi kemarahan KJ John tetapi beliau sendiri telah membuktikan dirinya yang kurang lengkap dari segi ilmu dan pengetahuan. Projek ECRL adalah projek kerajaan dan pasti ianya adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata dan bukan untuk syarikat kroni tertentu yang biasa diamalkan dalam pentadbiran Mahathir. Malahan, pengecualian cukai oleh kerajaan ke atas projek-projek kerajaan bukan sesuatu yang baru dan ia telah wujud untuk pelabur asing di setiap kawasan 'Free Trade Zone' di seluruh negara.

7. Sebenarnya KJ John ingin meremehkan 'Ekonomi Digital' yang dikatakan janji palsu atau beliau sendiri bagi pihak pakatan pembangkang iri hati dengan kejayaan kerjasama di antara PM Najib dan Jack Ma dari AliBaba? Setakat ini, selain dari Microsoft adalah syarikat gergasi terbesar di dunia, Ali Baba adalah di kedudukan kedua. Apakah Jack Ma akan membuang masa melabur di Malaysia jika beliau tiada keyakinan terhadap kredibiliti PM Najib?

8. Pihak MCA ingin membetulkan sindiran KJ John terhadap PM Najib yang dikaitkan dengan pertanyaan 'Apa lagi Cina mau' setelah keputusan PRU13 lalu masih tidak mencapai keputusan yang baik terutamanya di pihak MCA, Gerakan dan MIC. Sebenarnya ia telah muncul sebagai tajuk utama Utusan Malaysia dan bukanlah sesuatu yang menjadi topik utama dalam ulasan PM Najib.

9. Sekali lagi, KJ John hanya pandai menuding jari kepada MCA dan kerajaan BN. Dalam isu hak milik tanah di kampung-kampung baru yang masih terhad di mana ini adalah portfolio yang diberikan kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong untuk menjaga semua kampung-kampung baru di seluruh negara. Pada masa yang sama, penulis Malaysiakini ini sengaja melupakan yang kerajaan pembangkang Selangor mengenakan premium tertinggi di negarasebanyak RM1,000 sebagai cengkeram untuk memperbaharui pendaftaran mereka dan premium lain kekal perlu dibayar apabila hak milik tanah itu dipindahkan kepada pihak ketiga jika dibandingkan dengan pajakan selama 99 tahun di negeri-negeri lain pada premium yang sangat minimum.

10. Sekiranya KJ John ingin mempersoalkan samada perkhidmatan kesihatan di negara ini mudah diakses ataupun tidak, beliau sebenarnya ingin memban dingkandi antara perkhidmatan kesihatan kerajaan dan swasta. Pergilah di mana-mana hospital swasta dan tanya, apakah kelengkapan perubatan mereka mampu menyaingi kelengkapan perubatan hospital kerajaan contohnya Hospital Universiti, Hospital Pakar Shah Alam mahupun Hospital Selayang.

Jawapannya pasti tidak kerana peralatan berteknologi tinggi adalah terlalu mahal dan hanya kerajaan saja yang mampu membelinya. Pada masa yang sama, KJ John jangan membutakan mata dan memekakkan telinga yang kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan dan kelengkapan perubatan hospital kerajaan. Lebih utama, rakyat menikmati segala jenis perubatan asas dan keperluan kebanyakan rakyat dengan hanya membayar seringgit dan khidmat pakar dengan membayar RM5 sahaja.

Malahan keistimewaan diberikan kepada semua warga emas, OKU dan juga pesara kerajaan. Apakah itu tidak cukup untuk dikategorikan sebagai perkhidmatan kesihatan yang bukan saja mudah diakses malahan tiada dalam dunia ini yang mampu mengenakan caj perkhidmatan semurah yang berani dilakukan kerajaan Barisan Nasional.

Ini saranan MCA khusus untuk KJ John, daripada membiarkan diri direndahkan ke tahap penulis yang penuh dengan kebencian dan sengaja sembunyikan kebenaran, janganlah dibiarkan bakat menulis itu terus dijadikan alat pembangkang yang akhirnya, kredibilitinya sebagai penulis politik yang dihormati terus menjadi rencana sampah di mata rakyat yang hari ini bijak menilai.

KJ John perlu jujur dengan penulisannya dan perkara utama, jangan malu-malu sebutkan kegagalan Selangor dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran pakatan pembangkang dan tidak perlu bersandarkan kepada sentimen perkauman kerana kerajaan Barisan Nasional terutamanya MCA tidak langsung memberi khidmat kepada rakyat berdasarkan diskriminasi kaum.

Jawapan lengkap boleh dibaca ... DI SINI
 

No comments: