Monday, August 21, 2017

SPAD : TIADA RUANG MELAKUKAN KESALAHAN KETIKA SUKAN SEA KUALA LUMPUR BERLANGSUNG


Harapkan pagar, pagar makan padi...


KENYATAAN MEDIA
SPAD AKAN MENYIASAT INSIDEN MELIBATKAN
PEMANDU BAS SUKAN SEA TIDAK MEMPUNYAI LESEN

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil Kiffah Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi membantu siasatan berikutan kes mengenai pemandu syarikat tersebut yang dipercayai tidak mempunyai lesen pemandu.

Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan kepada para pengendali dan pemandu yang terlibat dengan Sukan SEA KL 2017 supaya sentiasa mematuhi secara ketat keperluan￾keperluan pelesenan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP).


SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan meneruskan pemantauan rapi terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya. Di samping itu lebih daripada 100 anggota penguatkuasa SPAD akan dikerahkan ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan serta untuk memastikan pematuhan syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.

-Tamat–

Kisahnya seorang pemuda berusia 27 tahun telah ditahan polis kerana didapati mencuri jam tangan milik seorang pegawai bola sepak wanita Malaysia. Beliau menyedari kehilangan jam tangannya dan menyedari yang ia tertinggal di dalam bas. Setelah pihak polis berjaya menangkap suspek iaitu pemandu bas itu sendiri, beliau didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Pemandu telah membawa kontijen pasukan bola sepak wanita negara untuk Sukan SEA yang sedang berlangsung. Walaupun bas milik Kiffah Travel & Tours Sdn Bhd telah diberi kontrak oleh penganjur Sukan SEA, namun hakikatnya perkhidmatan mereka tertakluk kepada syarat-syarat pelesenan dan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD-ICOP).

Oleh kerana pekhidmatan bas Kiffah Trave & Tours melibatkan orang awam, maka syarikat ini juga dipertanggungjawab ke atas keselamatan orang awam dan juga pemandu yang merupakan kakitangan syarikat tersebut. Oleh kerana itu, pihak SPAD terlibat di dalam membantu siasatan kes ini. Adalah menjadi kewajipan syarikat pengendali ini memberi senarai pemandu mereka kepada pihak SPAD untuk diajukan kepada JPJ dan pihak polis.

Ini adalah peringatan kepada syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pengangkutan awam yang lain agar tidak ambil mudah dengan undang-undang negara. Namun, jangan pula kerana nila setitik habis pula susu sebelanga apabila seorang pemandu melakukan jenayah mencuri dan tidak memiliki lesen, segala hasil usaha dan kerja keras kerajaan menjayakan Sukan SEA Kuala Lumpur akan tercemar.

Kepada pengunjung Sukan SEA Kuala Lumpur pula, tidak perlu berasa gusar akan keselamatan mereka kerana pihak SPAD telah menempatkan lebih daripada 100 anggota penguatkuasa mereka ke semua lokasi acara sukan. Ini bermakna, tidak akan ada ruang bagi sesiapa yang berniat untuk melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang.

Oleh itu, pihak SPAD akan terus menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan awam yang telah disediakan untuk keselesaan dan keselamatan penumpang. Sekiranya sebarang masalah ditemui, janganlah teragak-agak untuk mendekati penguatkuasa SPAD yang sedia berkhidmat dan pasti akan membantu perjalanan anda sehingga ke destinasi acara sukan dengan selamatnya.

No comments: