Dengan bangganya Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh yang telah dibebaskan dari reman SPRM menyatakan karbon yang dilepaskan dari kilang haram di Sungai Lembu adalah tidak beracun justeru ia tidaklah merbahaya kepada penduduk sekeliling. Oleh yang demikian, Timbalan Presiden MCA juga ingin bertanya kepada DAP, apa bukti menunjukkan serangan mereka yang terdahulu ke atas kilang Lynas dan lombong emas di Bukit Koman adalah merbahaya juga?
Bukankah tiada bukti kematian tetapi mengapa DAP terus menyerang?
Hipokrasi DAP terserlah apabila kilang haram mereka di Pulau Pinang ini yang mempunyai rekod kematian kerana kanser tidak diendahkan malahan dipertahankan manakala kilang Lynas dan lombong emas di Bukit Koman yang mempunyai lesen sah dikatakan pula merbahaya dan tanpa sebarang bukti rekod kematian pun. Serangan DAP ke atas kilang Lynas dan lombong emas di Bukit Koman telah dijadikan kempen PRU13 mereka yang lalu.
Keluhan penduduk di kawasan Penanti juga telah ditongsampahkan DAP walaupun rakan mereka sendiri dari PKR Dr Norlela Ariffin pernah membawa isu ini di dalam mesyuarat DUN Pulau Pinang, memohon agar Guan Eng mengambil perhatian dan bertindak. Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah melindungi kilang haram di Sungai Lembu sejak mereka menguasai pentadbiran negeri itu dari 2008.
Walaupun wakil Jabatan Alam Sekitar telah mendapati tiada kawasan yang tercemar ketika membuat pemeriksaan, namun Datuk Wee bertegas yang kilang haram ini perlu dipantau dengan lebih ketat ke atas segala prosedur keselamatan dan malangnya di pihak DAP pula, telah pekakkan telinga dan butakan mata mereka melindungi segala aktiviti yang melanggar undang-undang.
Ironinya, kilang haram ini telah beroperasi di atas tanah pertanian selama 10 tahun dan mengapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil sebarang langkah untuk ditukarkan status tanah kepada kawasan perindustrian jika benar kilang haram ini tidak memberi kesan bahaya?
Dalam sidang media baru-baru ini, NST online telah melaporkan yang di antara jawapan Guan Eng dan Phee Boon Poh adalah bercanggah apabila ditanya mengenai permohonan kilang haram tersebut untuk ditukar dari status pertanian ke status perindustrian. Seorang mengatakan 2 tahun lalu manakala seorang lagi menjawab pada tahun lepas.
Apabila wartawan mendesak lagi, Guan Eng hanya mampu berkata ia bukan di bawah portfolionya dan lebih memeranjatkan apabila Phee secara senyap telah cabut lari dari sidang media tersebut yang menyebabkan lebih banyak pertanyaan yang tidak berjawab.
Maka sebab itulah, Datuk Wee Ka Siong mengutuk DAP dan Guan Eng yang 'double standard' dalam memilih isu rakyat. Di negeri pentadbirannya, DAP lari dari tanggungjawab membela nasib rakyatnya tetapi memilih mempertahankan aktiviti haram dan merbahaya. Manakala di negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional pula, walaupun tiada bukti kawasan sekitar kilang Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman merbahaya, mereka menyalak dan membuat pelbagai kempen untuk menghalangnya.
Apakah tidak jelas dakwaan Datuk Wee mengatakan yang DAP telah gagal dalam erti kata sebenar untuk melindungi rakyat Malaysia keseluruhannya? Oleh itu, tidak ada sebab mengapa DAP perlu diberi kepercayaan lagi dan tiba masanya untuk pengundi terutama di kalangan bangsa Cina tidak lagi menerima serta mempercayai harapan kosong DAP dan rakan-rakan pakatan mereka di PRU14 nanti.
No comments:
Post a Comment