Saturday, August 26, 2017

DULU DAN KINI ... APAKAH DR MAHATHIR BERBOHONG?


Soalan maut yang diketengahkan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang perlu semua rakyat fikirkan;

1. "Benarkah Tun, kamu ingin bersahabat dengan DAP? Apakah benar Tun, kamu yakin yang DAP adalah terbaik untuk Malaysia? Apakah benar yang DAP hari ini tidak lagi rasis?"

2. "Apakah benar Tun, kamu yakin yang politik DAP, PKR, Anwar Ibrahim dan yang lain-lain selain dari Barisan Nasional adalah jawapan kepada penyelesaian masalah negara?"

Kesemua soalan di atas bagi TSAM, rakyat perlu membuat pilihan samada percayakan pembohongan Dr Mahathir hari ini atau kebenaran yang pernah dikatakan selama 22 tahun sebagai Presiden UMNO.

Ketika Dr Mahathir adalah Presiden UMNO, beliau tegas memberi gambaran yang DAP adalah sebuah parti cauvinis dan perkauman apabila perjuangan politik mereka bersandarkan kepada "Malaysian Malaysia" yang inginkan sama rata untuk semua bangsa dan sekali gus menghapuskan hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera.

Dr Mahathir juga ketika diberi mandat sebagai Presiden UMNO selama 22 tahun, sering menyelar sikap Kit Siang yang rasis yang hanya mementingkan nasib bangsa Cina dan menanam kebencian terhadap UMNO, bangsa Melayu dan kepimpinan yang diterajui orang Melayu dan termasuklah Raja-Raja Melayu.

Begitu jugalah pandangan dan pendirian beliau ketika memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalannya, Dr Mahathir meyakinkan rakyat Malaysia malahan dunia juga telah beliau tegaskan yang Timbalannya tidak layak menerajui Malaysia kerana mempunyai masalah moral sebagai seorang peliwat.

Dr Mahathir bukan sekadar berkata, beliau juga telah menceritakan di dalam bukunya 'Doctor in House', betapa rosaknya moral Anwar Ibrahim bagi menguatkan tuduhan beliau terhadap Timbalannya dan selayaknya Anwar dipenjarakan kerana telah terlibat dalam salah guna kuasa ketika Anwar adalah Timbalannya.

Justeru selama 22 tahun juga, Dr Mahathir menyeru agar ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya, perlu selamatkan Malaysia dari DAP, Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Setelah tidak lagi bersama UMNO, kini Dr Mahathir nampaknya tidak lagi mempercayai segala tuduhan dan dakwaannya sendiri. Hari ini setelah sekandang bersama Kit Siang dan Anwar, DAP dan Kit Siang saja satu-satunya parti yang mampu menyelamatakan negara ini. Lebih pelik lagi apabila Anwar yang beliau sendiri telah usahakan memenjarakannya, yang mempunyai kecenderungan akhlak songsang, telah diangkat sebagai Perdana Menteri.

Di antara 22 tahun menceritakan keburukan Kit Siang, DAP dan Anwar, apakah kebenaran Dr Mahathir itu sebenarnya satu pembohongan kepada ahli-ahli UMNO, rakyat dan dunia? Dan jika dibandingkan dengan 2 tahun memilih untuk memuji mereka, apakah Dr Mahathir juga sedang berbohong kepada kita?

Oleh yang demikian, seperti mana yang dinyatakan Ketua Penerangan UMNO ini yang semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia perlu bijak menilai dan seterusnya memilih di antara pembohongan terkini Dr Mahathir dan kebenaran kenyataannya di masa-masa lalu.

Siakap senohong gelama ikan duri, terlalu kerap berbohong akhirnya memakan diri... tetapi versi peribahasa ini jika diubahsuaikan kepada; Siakap senohong gelama ikan sardin, 22 tahun berbohong rupanya ingin kekal jadi Presiden!

 

No comments: