Friday, August 11, 2017

SPAD : PROJEK ECRL MENEPATI SLOGANNYA - ‘MENYATU KEHIDUPAN, MEMACU PERTUMBUHAN'


Tiada siapa mampu mempertikaikan jika sesebuah negara ingin menuju sebagai negara maju, maka mobiliti dan saling berhubungan rakyatnya perlu dipertingkatkan terutama pengangkutan awam darat dan begitu juga Malaysia apabila telah meletakkan wawasan 2020 dan juga plan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai tanda aras membentuk negara dan rakyatnya menuju sebuah negara maju.

Justeru, kerajaan hari ini telah memberi komitmennya untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam setanding negara maju dan yang pasti memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan Pantai Timur yang merangkumi negeri Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Maka setelah perancangan rapi yang dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merencanakannya, pada bulan Mac lalu, PM Najib Razak telah merasmikan sesi Pameran Awam yang pertama bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Sesi Pameran Awam ini mempamerkan pertamanya, cadangan laluan kereta api dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) ke Wakaf Bharu yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 km. Kedua, lokasi stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung  Malaysia dan ketiganya, lain-lain ciri projek ECRL.



Tiba masanya, majlis pecah tanah yang telah berlangsung di Kota SAS yang menandakan bermulanya apa yang telah dijanjikan kerajaan untuk merealisasikan satu projek berimpak tinggi di bawah Rancanga Malaysia ke-11 (RMK-11) iaitu laluan rel pantai timur (ECRL). Majlis ini telah disempurnakan oleh PM Najib Razak dan turut hadir juga adlaah Tuan Yang Terutama Wang Yong, Kaunselor Republik Rakyat Cina.

Projek laluan rel pantai timur (ECRL) adalah projek  yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan negeri-negeri di Pantai Timur sepanjang laluan  688km yang bakal dibina ini selari dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur negara yang akan menghubungkan bandar-bandar dan menaik taraf pengangkutan awam di kawasan luar bandar juga.

Sebagai "projek infra rakyat" ECRL bukan saja mampu mengurangkan masa perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu dalam masa kurang daripada 4 jam berbanding purata 7 jam melalui jalanraya, ia juga akan menjana ekonomi yang akan dapat meningkatkan status sosioekonomi, seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat Pantai Timur yang mampu merubah landskap tiga negeri di Pantai Timur dan dijadikan hab perdagangan, destinasi pelancongan,  perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagaimana dirancang di dalam plan Transformasi Nasional 2050.

Sungguhpun pembinaan ERCL merupakan langkah ke hadapan yang membawa lembaran baharu terhadap sistem pengangkutan awam khususnya di Pantai Timur, projek ikonik ECRL yang pastinya adalah projek berteraskan rakyat dan akan dapat dinikmati apabila disiapkan menjelang 2024 serta menepati slogannya - ‘Menyatu Kehidupan, Memacu Pertumbuhan’.

 

No comments: