Saturday, March 25, 2017

UEC : MENTERI KPT BUKA PELUANG BERBINCANG USUL MP KETEREH


Apa yang diharapkan di dalam ucapan bahas MP Ketereh Tan Sri Annuar Musa di dalam Parlimen ialah supaya pihak kementerian yang terlibat 'reciprocate' atau respon dalam isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC) dan ia jelas tertera di dalam hansard parlimen seperti berikut;

Sikap Dong Zong ini mesti di reciprocate oleh kerajaan iaitu soal UEC tidak boleh diselesaikan secara sentimen. UEC telah memberikan- Dong Zong memberikan signal kalau isunya soal bahasa Melayu, duduk. Biarkan mereka menduduki exam Bahasa Melayu SPM. Kalau soal sejarah, duduk, content apa yang belum lengkap? Kita tidak perlu kerana soal sejarah dan bahasa Melayu, kita mangsakan berpuluh-puluh ribu pelajar-pelajar UEC dan membiarkan mereka pergi ke negara lain, negara kita tidak mendapat untung apa-apa.

Maka, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Idris Jusoh di parlimen juga telah menyatakan kesediaaan kementeriannya untuk mengadakan perbincangan dengan pihak jawatankuasa Dong Zhong bagi mencari jalan penyelesaian agar sistem penilaian UEC dinilai oleh Lembaga Peperikasaan Malaysia (LPM) dan bukan oleh badan penilai sendiri oleh pihak Dong Zong. 

Paling mustahak, ia perlu selaras dengan Dasar Pendidikan Negara di mana kurikulum kebangsaaan seperti dinyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu yang ditawarkan di dalam sijil UEC perlu setara dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia kod 1103 diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk subjek Sejarah yang juga perlu selari dengan Sejarah negara.

Sijil UEC sebelum ini telahpun diiktiraf sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan dalam sekular bertulis kerajaan. Walaubagaimanapun sijil UEC tidak diiktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke Institut Pengajian Awam Swasta (IPTA) dan sebagai sijil untuk memohon jawatan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

No comments: