Thursday, March 30, 2017

TAWARAN RM50,000 - TAN SRI ANNUAR MUSA BUKA PELUANG MENGENALI - "APA ITU LIM KIT SIANG"


Sejak pada saat Tan Sri Annuar Musa (TSAM), Ketua Penerangan UMNO mula menawarkan RM10,000 untuk rakyat Malaysia menulis mengenai Lim Kit Siang yang rasis, diktator dan anti-Islam, kemudian tawaran ini dinaikkan sehingga RM50,000, suasana politik bukan saja bertambah ceria malahan mendapat liputan meluas di setiap media cetak mahupun portal-portal berita. Lebih menarik apabila didapati YahooNews dan ChannelNewsAsia pun telah melaporkannya.

Kriteria pertandingan ini mudah, anda hanya perlu menulis dengan tajuk "Lim Kit Siang rasis, anti Islam, 51 tahun diktator, adakah benar?”. Pertandingan ini terbuka sehingga akhir bulan Mei dan setiap penulisan perlulah bersandarkan fakta yang betul dan boleh dibuat di dalam bentuk infografik, penulisan artikel mahupun dokumentri video.

Hampir seminggu telah berlalu, namun tawaran TSAM kepada rakyat Malaysia bukan saja menjadi topik perbincangan di media sosial malahan di pihak pembangkang terutamanya DAP, ia adalah topik hangat. Seperti yang kita jangkakan, DAP dan Kit Siang akan melenting untuk melempar pelbagai tuduhan kepada TSAM. Kit Siang sehingga menuduh yang TSAM sengaja menggalakkan rakyat Malaysia membuat cerita bohong dan fitnah dan tidak ketinggalan diarah anak didik mereka untuk membuat laporan polis atas alasan menghasut. 

Jika benar TSAM menghasut, kenapa di antara syarat utamanya ialah setiap artikel yang ditulis mesti berdasarkan fakta. Apakah DAP dan Kit Siang takut kepada bukti yang bakal dikumpulkan? Ataupun DAP takut jika ada rakyat Malaysia mampu buktikan yang beliau benar-benar rasis, anti-Islam dan diktator?

Jika diimbas kembali tuduhan ke atas Kit Siang seorang yang rasis, TSAM tidak salah untuk mengulangi apa yang pernah dikatakan Dr Mahathir di khalayak ramai malahan inilah salah satu kenyataan yang boleh dijadikan bukti nyata. Walaubagaimanapun, ia hanyalah pandangan dari mantan Perdana Menteri dan tidak menepati kriteri pertandingan ini.

Mungkin Kit Siang tidak mengeluarkan kata-kata yang 'direct' sebagai seorang rasis tetapi seperti kata-kata bahasa Inggeris - 'Your actions speaks louder than your words', boleh membuktikan beliau seorang rasis, anti-Islam dan diktator. Contoh yang diberi TSAM di dalam dewan apabila Kit Siang secara semberono menentang pindaan RUU355 adalah bukti jelas yang beliau seorang anti-Islam.

Jika diteliti betul-betul apa yang Kit Siang pernah ucapkan, dan di antaranya di Salak South New Village DAP Branch pada 28 Februari 1969, beliau sewenang-wenangnya menuduh UMNO yang ingin menghapuskan bahasa Cina dan lain-lain bahasa sehingga tidak membenarkan penggunaan bahasa Cina dan bahasa-bahasa lain di Parlimen, mesyuarat DUN, persuratan dengan kerajaan dan arahan kerajaan termasuklah peperiksaan di sekolah, apakah ini tidak cukup untuk buktikan beliau rasis?

Itu hanyalah beberapa contoh yang masih ada di dalam simpanan sejarah. Jika benar Kit Siang bukan seorang rasis, apa perlu beliau takut dengan tawaran TSAM dan yang pasti, tidak ada soerang rakyat Malaysia pun yang akan mampu buktikan yang Kit Siang tidak pernah mempersoal dan menentang hak Melayu dan segala yang berkenaan ugama Islam.

Hakikatnya, DAP, Kit Siang dan rakan-rakan pembangkangnya tidak pernah terduga tawaran yang dibuat TSAM ini kerana tidak pernah ada seorang di antara mereka yang mampu membuat kejutan seperti ini. Walaubagaimanapun, segalanya bakal terjawab apabila tibanya akhir Mei ini, rakyat Malaysia akan mengetahui - APA ITU LIM KIT SIANG?

No comments: