Agar kita tidak terlepas pandang dan terleka dengan aktiviti pujukan "Ulat" di KLIA, pihak penguatkuasa SPAD sekali lagi berjaya memerangkap mereka-mereka yang menawarkan perkhidmatan kereta sapu kepada orang awam dan juga warga asing yang baru tiba di KLIA2.
2 lelaki telah ditahan pada 21 Mac dalam satu operasi SPAD yang dinamakan Ops Khas Parasit di KLIA2, ketika mereka sedang membuat urusan tawar-menawar dengan orang awam. Ringkasan kes adalah seperti berikut;
- Lebih kurang jam 10 pagi, 13 anggota penguatkuasa SPAD menahan 2 warga tempatan berumur di antara 40an bersama kereta Toyota Innova dan teksi bajet di sekitar Balai Ketibaan KLIA2.
- Tambang yang ditawarkan adalah di antara RM110 hingga RM120 untuk perjalanan ke Kuala Lumpur.
- Pesalah 1 - Zuril bin Arif mengguna kenderaan Toyota Innova telah menawar perkhidmatan kepada keluarga yang terdiri daripada 2 dewasa dan 2 kanak-kanak warga tempatan dengan tawaran tambang RM110 untuk perjalanan dari KLIA2 ke Regalia Residence Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
- Ini adalah kesalahan kedua Zuril yang pernah ditangkap dan dijatuhkan hukuman 14 hari penjara serta dengan sebanyak RM5,000 ke atas kesalahan yang sama pada 10 Ogos 2016.
- Pesalah 2 - Tan Tiang Boh telah menawarkan perkhidmatan teksi sapu ke Puchong kepada keluarga yang terdiri daripada 2 dewasa dan 4 kanak-kanak, dengan tawaran sebanyak RM120.
- Kedua-dua mereka telah ditahan di Balai Sepang sebelum dibawa ke Mahkamah untuk proses pendakwaan dan kenderaan mereka disita untuk tindakan selanjutnya di Bawah Seksyen 16 & 22 APAD 2010.
Kes "ULAT" disiasat dibawah Seksyen 205 APAD 2010 - yang memperuntukan Denda tidak melebihi 50 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua duanya.
Dibawah Seksyen 16 APAD 2010, Kesalahan Menggunakan Kenderaan Tiada Permit SPAD- Denda tidak kurang dari 1 ribu ringgit dan tidak melebihi 10 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua duanya dan Seksyen 22 Denda tidak kurang dari 1 ribu ringgit tetapi tidak melebihi 500 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua duanya seperti dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Bayangkan betapa tidak berbaloinya kerja-kerja 'Ulat' ini jika ditangkap denda dan hukuman yang diterima melebihi dari pendapatan yang tidak seberapa. Manakala kenderaan mereka yang disita bakal hilang pula kerana dijadikan bahan bukti kes.
Kepada penumpang pula, mereka sedang meletakkan diri mereka di dalam merbahaya kerana ulat-ulat yang menjalankan aktiviti haram ini tidak akan menyediakan insuran perlindungan jika berlaku sebarang kemalangan.
Oleh itu, adalah lebih selamat jika kita gunakan saluran yang betul dan kenderaan yang mematuhi undang-undang agar perjalanan kita tidak terganggu dan jangan pilih jalan mudah tetapi menyusahkan. Berhati-hati jika didekati mereka yang pada mulanya mungkin memujuk rayu tetapi akan berakhir dengan desakan dan tidak mustahil jika kita diugut ulat-ulat ini.
Kepada mereka yang masih memilih untuk menjalankan aktiviti ulat mereka, apakah berbaloi jika ditangkap?
No comments:
Post a Comment