Sememangnya jelas sekali apabila Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong ibaratkan jawapan Kit Siang samada masih kekal bertanding di Gelang Patah seperti ramalan cuaca, jika tidak hujan mungkin panas dan jika tidak panas, hujan akan turun. Jawapan yang penuh dengan perkataan 'jika' ini, sebenarnya ramalan cuaca Kit Siang di Gelang Patah adalah ribut sedang melanda. Maka, kawasan-kawasan lain perlu ditinjau untuk ramalan cuaca yang cerah.
Manakan tidak Gelang Patah sedang ditimpa ribut apabila di merata tempat sedang mencari beliau yang tidak muncul-muncul sejak beberapa tahun ini. Katanya terdapat poster dan kain rentang merayu penduduk tempatan Gelang Patah mencari beliau.
Datuk Wee juga mengingatkan kita untuk buka sejarah politik Kit Siang di mana sejak beliau bertanding, hanya di Ipoh Timur beliau mampu kekal untuk dua penggal dan di kawasan-kawasan parlimen lain seperti Kota Melaka di Melaka, Petaling di Selangor, Tanjong di Penang, Ipoh Timur di Perak dan berkemungkinan besar di Gelang Patah juga untuk sepenggal sahaja.
Kit Siang juga telah beri gambaran yang beliau bakal meninggalkan Gelang Patah untuk berpindah ke Kedah jika beliau akan bertanding nanti. Sekiranya ini benar-benar berlaku, tepatlah apa yang dikatakan Datuk Wee, Kit Siang ini sekadar calon bidan terjun.
Strategi Kit Siang untuk lompat dari satu kawasan ke satu kawasan lain perlu disedari semua rakyat Malaysia yang beliau bukanlah seorang pemimpin yang serius ingin berkhidmat untuk rakyat tetapi sekadar menabur janji kosong dan menghasut rakyat. Lebih perit lagi, setelah benih kebencian di tanam di sesebuah kawasan, maka di cari lagi kawasan baru untuk disemai pula.
Malang bagi Kit Siang setelah lari merata tempat, kini rakyat Malaysia terutama dari kalangan masyarakat Cina telah menyedari taktiknya yang beliau bertanding bukan untuk berkhidmat tapi sekadar ingin bercakap di atas pentas.
Ini sangat berbeza dengan wakil Parlimen mahupun wakil DUN MCA yang sentiasa kekal setia berkhidmat untuk pengundinya. Contoh terbaik adalah Datuk Wee Ka Siong yang kekal bertanding di Parlimen Air Hitam Johor untuk beberapa penggal, maka manfaat yang diberi kerajaan di salurkan kepada penduduk di sana tanpa mengira bangsa dan dari parti mana pun.
Seperkara lagi, Kit Siang akan hanya berani bertanding di kawasan masyarakat Cina yang ramai tetapi pemimpin MCA seperti Datuk Wee mengekalkan kawasan parlimennya di kawasan majoriti Melayu. Jelas, Kit Siang hanya ingin didekati oleh masyarakat Cina tetapi menjauhi bangsa yang lain.
Oleh itu, jika Kit Siang tidak ingin dikenali sebagai pemimpin rasis dan berhasrat untuk meninggalkan Gelang Patah, dia perlu beranikan diri seperti Datuk Wee masuk ke kawasan majoriti Melayu dan barulah boleh dikatakan DAP mesra rakyat Malaysia serta sesuailah juga untuk dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakatan Pembangkang nanti.
No comments:
Post a Comment