Saturday, March 18, 2017

WEE KA SIONG : KUTIPAN TIN MILO DAP PUN GAGAL UNTUK BANTU KAUM CINA


Seperti biasa, DAP memang hanya pandai mendesak, mencabar dan menuduh MCA dalam apa perkara pun namun diri sendiri sengaja lupa yang diri sendiri sekadar menyalak dan itu dikatakan berkhidmat untuk rakyat dan pejuang untuk kaum Cina.

Tuduhan Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng agak melampau apabila menuduh yang MCA telah gagal menyumbang kewangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina tetapi bergantung kepada ehsan kerajaan dan derma, maka Lip Eng mendesak agar pihak MCA mengisytiharkan aset parti itu kepada umum. Lebih memualkan apabila Lip Eng menuduh MCA mendapatkan dana-dana pendidikan ini untuk poket mereka sendiri.

Oleh itu, MCA memberi tempoh 7 hari bermula 17 Mac, agar Lip Eng menarik semula tuduhannya atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Bagi MCA tidak mempunyai sebarang masalah untuk menunjukkan bukti-bukti dana yang telah diterima telah disalurkan kepada sekolah-sekolah Cina dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Malahan jika Lip Eng malu untuk beritahu yang hasil dari usaha kutipan dana MCA yang UTAR, KTAR (kini TARUC) dan Kojadi Institut (kini VTAR) telah diwujudkan sehingga mampu menghasilkan berjuta graduan sehigga ke hari ini.

Rakyat pula ingin tahu, sejak wujudnya DAP lebih dari 5 dekad, tunjukkan kepada masyarakat Cina, jangan dikatakan sekolah menengah atau rendah, malahan mana satu sekolah tadika yang telah mereka bina?

Patutlah Datuk Wee Ka Siong perli Lip Eng sebagai orang gila yang sepatutnya DAP dahulu isytiharkan harta mereka dan tunjukkan kepada masyarakat Cina jika ada mana-mana sekolah yang telah mereka wujudkan sejak tertubuhnya DAP.

Datuk Wee mengingatkan Lip Eng, jangan sehingga memalukan diri sendiri dan DAP kerana tidak sesen pun parti itu pernah keluarkan dari poket mereka sendiri untuk bantu pendidikan masyarakat Cina malahan kutipan tin milo mereka pun digunakan untuk pusat khidmat wakil rakyat mereka. Pada masa yang sama, Datuk Wee mencabar Lip Eng untuk buktikan jika ada pemimpin MCA dapatkan dana untuk pusat khidmat mereka pula.

Di dalam Lip Eng sibuk menuduh MCA, rupa-rupanya telah ada laporan SPRM terhadap Teresa Kok dan juga beberapa lagi pemimpin DAP di Wilayah Persekutuan yang salah guna dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) milik kerajaan negeri Selangor. Terkini pula pendedahan terhadap ADUN Damansara Utara Yeo Bee Yin yang dikatakan menyeleweng dana dari kerajaan Selangor ini.

Oleh itu, Lip Eng janganlah cuba tunjuk hero konon DAPlah yang banyak membantu masyarakat Cina selama ini sedangkan mereka sekadar menyalak dan mengguna politik gemar membuat tuduahan liar dan tidak berasas. Lip Eng juga pada masa yang sama jangan lupa untuk sentuh penyelewengan rakan sendiri, Teresa Kok dan Yeo Bee Yin nanti.

No comments: