Wednesday, March 22, 2017

APABILA DAP GAGAL BANTU SEKOLAH CINA DI PULAU PINANG, GUAN ENG SALAHKAN MCA


Hari ini kerajaan rasmi Pulau Pinang adalah DAP, maka segala pentadbiran dan harta kekayaan negeri ini adalah di bawah tanggungjawab DAP yang diketuai Lim Guan Eng sebagai Ketua Menterinya. Apabila Guan Eng sengaja timbulkan isu kelewatan pengagihan peruntukan RM50 juta kepada SJKC termasuk di negeri pemerintahan DAP, seperti biasa beliau akan salahkan MCA tetapi disebaliknya, DAP telah terbukti gagal membantu dalam erti kata yang sebenar iaitu menghulur bantuan kewangan.

Di dalam memperjuangkan nasib bangsanya sendiri pun, Guan Eng dan DAP tetap ingin berterusan membohongi mereka sehinggakan soal pendidikan dipermainkan untuk kepentingan politik DAP. Jika kita mendalami sejarah pendidikan untuk bangsa cina, DAP tidak pernah berani menunjukkan sebarang statistik bantuan kewangan. Dan kini apabila pengundi cina memberikan Pulau Pinang kepada mereka, DAP tetap gagal mengeluarkan sebarang statistik untuk SJKC di negeri itu.

Kelewatan mengagihkan bantuan bukan bermakna MCA telah gagal seperti yang dituduh Guan Eng dan DAP tetapi mereka sengaja tidak ingin mendapatkan penjelasan dari pihak Kementerian malahan memilih untuk mereka-reka andaian yang tidak berasas. Guan Eng dan laman web pro-DAP telah berulang kali menyatakan seolah-olah kelewatan ini akan mengakibatkan SJKC akan lumpuh untuk beroperasi serta guru-guru mereka tidak akan dibayar gaji dan murid-murid bakal dimangsakan.

Setelah pengumuman 'recalibration' ke atas bajet Bajet 2016, semua kementerian termasuk bajet Kementerian Pendidikan telah dikurangkan kepada RM16.5 juta untuk setiap aliran sekolah daripada pengumuman RM500 juta yang diumumkan. Maka setiap sekolah aliran ini telah menerima peruntukan RM16.5 juta ini kecuali SJKC. Ini adalah kerana MCA berpendapat bahawa jumlah RM16.5 juta ini tidak memadai untuk 800 buah SJKC.

Maka MCA telah memohon kerajaan persekutuan untuk mengekalkan peruntukan RM50 juta seperti tahun-tahun sebelumnya. Kepimpinan tertinggi MCA telah mengadakan perbincangan dengan PM Najib dan melihatkan rasional yang diberi MCA, maka dipersetujui untuk ditingkatkan kepada RM50 juta. Ini adalah peruntukan untuk Bajet 2016 dan bukan Bajet 2017 seperti yang Guan Eng dan DAP sendiri telah keliru.

Oleh kerana ini adalah peruntukan dari Bajet 2016, maka ia perlu diselesaikan pembahagiannya terlebih dahulu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan kemudahan naik taraf SJKC. Peruntukan daripada Bajet 2017 hanya akan diagihkan pada akhir tahun 2017.

Bahagian mana yang DAP tidak faham? MCA terpaksa berbincang semula dengan PM Najib dan kemukakan rasionalnya sehingga berjaya tetapi pihak DAP buat apa?

Sedangkan apabila peruntukan untuk SJKC di Pulau Pinang daripada RM16.5 juta yang diluluskan pun, terdapat bukti yang kerajaan Pulau Pinang kepimpinan Guan Eng lewat membayar mereka dan ada di antaranya masih belum menerima sebarang bayaran. Alasan yang diberi Guan Eng, ada di antara SJKC tidak kemukakan laporan audit. Apakah MCA perlu dipersalahkan?

Itulah Guan Eng, kegagalan sendiri disembunyikan dan kemudian berpura-pura tunjuk prihatin dengan menghulur envelop kosong di atas pentas, lantas membohong bangsanya sendiri dan menuduh MCA yang gagal. Pokoknya, DAP dan Guan Eng tetap gagal membantu sekolah-sekolah Cina tetapi mengharapkan bantuan kerajaan yang diusahakan MCA!

Persoalannya, jika Pulau Pinang dibawah kepimpinan DAP ini berduit, kenapa Guan Eng sendiri tidak arahkan terus hulur bantuan kewangan dan tidak menagih bantuan kerajaan? Apakah kerajaan DAP mampu hulurkan bantuan kewangan atau sekadar hulurkan bantuan mulut saja?

No comments: