Malaysia Insider dalam laporannya bertajuk "Rasuah sebabkan hutan dimusnahkan di Cameron Highlands, lapor akhbar" memetik ia dari sumber Mingguan Malaysia dan ia adalah akhbar UMNO.
Iye, akhbar UMNO mendedahkan berlakunya rasuah dan beranikah Malaysia Insider dedahkan perlakuan rasuah dan salahguna kuasa di negeri-negeri Pakatan? Tentu tidak!
Kembali kepada tragedi di Cameron Highlands baru-baru ini, rasuah disabitkan sehingga dua pekerja Indonesia maut dalam banjir lumpur Rabu lalu di ladang sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam.
Pegawai yang menerima rasuah membenarkan penebangan pokok secara haram walaupun ia sedang berlaku di kawasan berisiko tinggi di mana tanah runtuh berlaku. Jika benar berlaku apa tindakan SPRM?
Dua aspek yang disentuh SPRM iaitu;
1. Penerokaan tanah haram
2. Kontraktor kilat warga asing
dua
pekerja Indonesia dalam banjir lumpur Rabu lalu di ladang sayur Sungai
Kabok di Lembah Bertam. - See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-sebabkan-hutan-dimusnahkan-di-cameron-highlands-lapor-akhbar#sthash.njIi3kaE.dpuf
Rasuah
sebabkan hutan dimusnahkan di Cameron Highlands, lapor akhbar - See
more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-sebabkan-hutan-dimusnahkan-di-cameron-highlands-lapor-akhbar#sthash.njIi3kaE.dpuf
Rasuah
sebabkan hutan dimusnahkan di Cameron Highlands, lapor akhbar - See
more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-sebabkan-hutan-dimusnahkan-di-cameron-highlands-lapor-akhbar#sthash.njIi3kaE.dpuf
Berikut adalah kenyataan media SPRM;
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius masalah
di Cameron Highlands yang mendapat perhatian keseluruhan rakyat Malaysia
sehingga ia disifatkan sebagai 'tragedi negara'.
Malahan banyak pihak yang mengatakan rasuah merupakan antara punca
utama tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib dan agensi penguat
kuasa undang-undang, sehingga berlakunya peristiwa banjir lumpur yang
mengorbankan nyawa manusia.
SPRM ada menerima laporan dan maklumat berkaitan dakwaan wujudnya
jenayah rasuah di sebalik isu penerokaan haram di Cameron Highlands.
Tindakan tegas penyiasatan telah dijalankan dan akan terus dijalankan.
Maklumat terbaru diterima pada 5 November lalu berkaitan kebanjiran
pekerja asing. Ada kes yang telah dibawa ke mahkamah, di mana pada tahun
2013, SPRM telah mendakwa seorang peneroka haram yang cuba memberi
sogokan RM20,000 kepada pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Cameron
Highlands. Sebahagian maklumat dan aduan yang diterima tidak cukup bukti
dan SPRM menghadapi kesukaran untuk menjalankan siasatan mendalam.
Pada masa yang sama, SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan
juga telah menjalankan pemeriksaan selaras dengan Seksyen 7(c), (d) dan
(e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung kegiatan
penerokaan tanah kerajaan secara haram oleh pekebun sayur di Cameron
Highlands. Ini termasuk susulan laporan media pada pertengahan tahun
2013.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah mengenal pasti sejumlah ISU yang serius yang memerlukan tindakan bersepadu segera semua pihak, iaitu:
i. Isu penerokaan tanah kerajaaan secara haram dan lebih usaha tanah
Lesen Pendudukan Sementara (LPS) telah menjadi semakin serius dan ia
tidak tertumpu di satu kawasan sahaja. Malah, ia meliputi seluruh
subdaerah Cameron Highlands. Kesalahan-kesalahan pelanggaran syarat
lesen yang terlalu lama dibiarkan tanpa diambil tindakan mengakibatkan
ia sukar ditangani pada masa sekarang. Keadaan ini memerlukan tindakan
yang tegas dan bersepadu oleh semua pihak berkaitan bagi menyekat
kemusnahan alam sekitar dan kehilangan hasil Kerajaan Negeri Pahang.
ii. Dasar kerajaan negeri di bawah Rancangan Tempatan Cameron Highlands mengiktiraf Cameron Highlands sebagai special management area
(Akta Pemuliharaan Tanah 1960), yang membenarkan aktiviti pertanian,
agro dan ekotourism, tetapi tidak membataskan had keluasan tertentu
untuk aktiviti dan kaedah pertanian.
iii. Wujud kontraktor ‘kilat’ yang terdiri daripada warga tempatan dan
pendatang asing beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum bagi
mengelakkan kerja-kerja teroka haram dikesan pihak berkuasa.
iv. Keperluan diwujudkan bidang kuasa yang berasingan iaitu Majlis
Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands,
yang kini kedua-duanya dipimpin oleh Pegawai Daerah. Keupayaan Pegawai
Daerah mentadbir Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan
Tanah Cameron Highlands terbatas kerana bidang tugas yang luas dan wujud
konflik skop pentadbiran.
v. Tiada pewartaan yang jelas dan menyeluruh ke atas kawasan Hutan
Simpanan Kekal (HSK) di Cameron Highlands, menyebabkan pekebun sayur dan
masyarakat Orang Asli menjadi peneroka haram mengusahakan tanaman di
kawasan HSK. Alasan yang sering dikemukakan adalah tidak tahu sempadan.
vi. Tiada penandaan kekal sempadan LPS. Kewajipan memasang papan tanda
yang memaparkan butiran LPS tidak dikuatkuasakan menjadi punca peneroka
haram mengusahakan tanah tanpa had dan pemilik LPS mengusahakan tanah
lebih luas dari yang dilesenkan.
vii. Kurang koordinasi tindakan antara agensi terlibat menyebabkan
tindakan penguatkuasaan tidak dapat dibuat secara profesional, di mana
keterangan dan bukti sukar diperoleh bagi tujuan pendakwaan. Akibatnya,
peneroka haram terlepas dari tindakan undang-undang dan akan terus
melakukan kesalahan. Hal ini juga menyebabkan moral penguat kuasa
menurun.
viii. Pekebun sayur berselindung di sebalik keistimewaan Orang Asli
sebagai pribumi yang menjadikan HSK sebagai kawasan rayau, mengutip
hasil hutan dan bercucuk tanam dengan membuka kebun-kebun baru di dalam
kawasan HSK.
ix. Dakwaan dan tohmahan penggunaan nama ahli politik dan ahli keluarga
diraja oleh pihak tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan
yang menyalahi undang-undang ini.
x. Tiada saluran aduan sistematik bagi membolehkan orang awam membuat
aduan ke atas salah laku dan kegiatan menyalahi undang-undang dan
peraturan yang berkuat kuasa.
Berdasarkan dapatan dan penemuan yang disenaraikan di atas, SPRM telah membentangkan isu
dan syor pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri
Adnan Yaakob pada Ogos 2014. Malah, satu pembentangan juga telah dibuat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail pada Julai 2014.
SPRM menyambut baik jaminan yang telah diberikan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Pahang untuk membawa isu dan syor ini ke
perhatian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, dan seterusnya
mengambil tindakan-tindakan punitif dan pencegahan yang sewajarnya.
Antara syor yang telah diambil kira dan sedang dilaksanakan ialah
kewujudan dua bidang kuasa yang berasingan iaitu Majlis Daerah Cameron
Highlands dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Berikut adalah sebahagian SYOR yang dikemukakan oleh SPRM:
i. Mengkaji semula dasar pemberian LPS bagi tujuan menyekat penerokaan tanah kerajaan secara haram, mengelakkan pembinaan bangunan kekal di atas tanah LPS serta menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Tanah 1960 /Enakmen Pahang No. 13 (denda dan penalti lebih berat).ii. Menentukan dasar yang jelas berhubung pembangunan tanah tinggi Cameron Highlands. Penetapan dasar ini perlu bagi memudahkan hala tuju penguatkuasaan dan pentadbiran tanah Cameron Highlands.iii. Mewujudkan dasar kawalan kemasukan dan pengesanan pekerja asing khusus di Cameron Highlands supaya pembukaan kawasan pertanian secara haram dapat dibendung.iv. Keperluan kepada dua bidang kuasa berasingan antara Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bagi mengelakkan pertindihan bidang kuasa (grey areas) yang boleh menyebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dan beban tugas tidak dapat diurus secara berkesan kerana wujud percanggahan kepentingan atau tanggungjawab.v. Mewarta dan menanda/menanda halus sempadan HSK dengan jelas. Penandaan semula amat perlu bagi tujuan penyelenggaraan persempadanan HSK yang kritikal. Zon bercucuk tanam diwujudkan kepada masyarakat Orang Asli dan menghadkan kawasan tanaman pindah.vi. Menanda/menanda halus sempadan Rancangan Penempatan Semula (RPS) dengan jelas. Mengehadkan kawasan tanaman pindah kepada masyarakat Orang Asli dalam kawasan RPS sahaja atau mewujudkan zon bercucuk tanam khusus kepada mereka.vii. Mewujudkan Task Force bagi tujuan penguatkuasaan berkesan. Memberi kebebasan kepada pasukan Task Force untuk mengambil tindakan dengan adil tanpa tekanan atau pengaruh mana-mana pihak.viii. Mensyaratkan penandaan sempadan secara kekal dan pemasangan papan tanda tanah LPS bagi memudahkan penguatkuasaan dan meningkatkan ketelusan.ix. Menilai semula sistem dan prosedur penguatkuasaan bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan memperkemaskan pelaksanaan penguatkuasaan Seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara serta mengenakan syarat-syarat baru LPS jika perlu.x. Melaksanakan tindakan pentadbiran yang bersesuaian bagi melicinkan pengurusan dan penguatkuasaan penerokaan haram seperti mengehadkan penggunaan jentera berat berantai, memantau kebanjiran pekerja asing ke Cameron Highlands dan meningkatkan operasi penguatkuasaan pada hujung minggu dan cuti umum.xii. Mewujudkan Sistem Pengesahan bagi menghindari dakwaan yang melibatkan anggota kerabat, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai hubungan dalam apa-apa urusan bagi menjaga nama baik pihak berkenaan.xiii. Mewujudkan sistem aduan yang berfungsi sebagai satu mekanisme kepada mana-mana pihak menyalurkan aduan, laporan dan maklumat berhubung kegiatan menyalahi undang-undang, peraturan dan salah laku. Tindakan ke atas sesuatu aduan perlu dilakukan dengan cepat dan tegas.
Tindakan proaktif SPRM ini adalah supaya satu usaha bersepadu akan
diambil oleh semua pihak bagi menutup ruang dan peluang rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan serta kelemahan pentadbiran dalam
mengendalikan isu penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di Cameron
Highlands.
SPRM juga telah membentangkan tindakan dan hasil penemuan awal ini
kepada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), yang merupakan
salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
PPPR, yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Johan Jaaffar, telah
mengambil maklum mengenai tindakan SPRM dan mengalu-alukan supaya semua
cadangan yang diperakukan diambil tindakan segera supaya langkah-langkah
pencegahan yang holistik dapat dilaksanakan.
Selain itu, SPRM juga akan membawa syor dan cadangan ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Kebangsaan pada 25 November 2014 memandangkan
isu ini juga diyakini berlaku di tempat-tempat lain dan seterusnya bagi
mengelakkan masalah yang sama berlaku hingga boleh mengakibatkan
pelbagai bencana alam dan persekitaran, masalah sosial dan ekonomi.
Pendekatan serius termasuk pindaan peruntukan undang-undang amat wajar
bagi menangani isu penerokaan haram.
Pembalak dan peneroka haram harus
dikenakan hukuman yang amat berat bagi mengelakkan masalah yang melanda
Cameron Highlands daripada berulang.
DATUK MUSTAFAR ALI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
9 NOVEMBER 2014
mantra : Kenapa wakil Pembangkang di dalam jawatankuasa khas SPRM tidak berbunyi?
No comments:
Post a Comment