Friday, November 28, 2014

#PAU2014 : PEREMAJAAN UMNO BERMULA DI PERINGKAT CAWANGAN ... APA IDE DATUK EHSAN?


Peremajaan UMNO adalah salah satu usul yang bukan saja menjadi topik hangat samada ketika perbahasan ketiga-tiga sayap UMNO, namun ia merupakan topik perbahasan popular di media sosial juga. Apa yang dimaksudkan dengan peremajaan UMNO ini?

Apakah UMNO sekadar perlu menumpukan kepada golongan muda sahaja untuk meremajakan parti ini?

Bertepatan dengan kehendak akar umbi dan  kesediaan Presiden UMNO untuk memberi tempat kepada golongan muda dalamm parti dan kerajaan serta 7 langkah yang digariskan Timbalan Presiden untuk meremajakan UMNO, 
maka apakah ini bertepatan dengan saranan meremajakan parti ini? 

Datuk Ehsanuddin mempunyai idenya tersendiri di mana pada pandangan mantra adalah realistik dan perlu direalisasikan segera.

UMNO mempunyai sebanyak 20,800 cawangan seluruh negara (tidak termasuk Sarawak) dan jika di setiap cawangan melantik 2 profesional sebagai ahli jawatankuasanya, maka seramai 41,600 profesional akan bersama-sama UMNO.

Mantra ingin menambah sedikit, lantikan profesional sebagai jawatankuasa bukan sahaja di peringkat cawangan UMNO saja, malahan perlu dilantik juga di peringkat ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.
Dengan ini tambahan 124,800 profesional akan menambahkan lagi kekuatan ahli UMNO.

Sebenarnya, Datuk Ehsanuddin berprofesyen sebagai  seorang jurutera yang telah memenangi Parlimen Kota Tinggi pada PRU13 lalu. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Felda dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara. Datuk Ehsan bermula dari bawah sebagai ahli biasa ketika masih belajar di Amerika Syarikat.

Inilah salah satu contoh profesional yang tidak mengejar jawatan ketika mula-mula menyertai UMNO tetapi lebih memilih untuk berkhidmat dan mengenali nadi akar umbi.

Walaupun terdapat ramai golongan profesional di dalam UMNO, namun bagi yang berada di luar parti sebagai penyokong senyap, mereka perlu diketengahkan dan diberi tempat di dalam UMNO.

Masuk dulu UMNO, cuba berikan perkhidmatan, kemudian kita tunjukkan komitmen dan selepas itu lihatlah apa yang kita akan dapat kerana saya dah tengok bagaimana UMNO dapat membantu dengan keikhlasan hati,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Presiden didalam ucapan dasarnya, menegaskan pada masa yang sama golongan profesional ini mestilah membuktikan menepati kriteria (Jil-UMNO) yang sesuai di mana Presiden dan Timbalan Presiden akan teliti sendiri dalam penilaian ini.
 
Yang penting, golongan profesional ini janganlah menyertai UMNO kerana mahu tunjuk pandai, tetapi fahami UMNO dulu dan  kenali denyut nadi UMNO terutama di akar umbinya. Kepimpinan di dalam UMNO sentia memberi peluang yang luas cuma golongan profesional ini harus mencari, mengusahakan diri dalam memahami jati diri.

No comments: