Monday, August 05, 2013

@SPADchannel : KERESAHAN ULAT TIKET DIJAWAB

Menjawab keresahan En Kabir Mohammad:

Terima kasih kepada yang prihatin terhadap nasib rakyat terutama menjelang Hari Raya ini apabila ramai yang akan pulang ke kampung mengguna perkhidmatan kenderaaan darat awam terutamanya bas dan keretapi.

Kebetulan, sebenarnya pada hari yang sama artikel oleh En Kabir disiarkan di The Mole, Pengerusi SPAD iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar serta CEO SPAD sedang melakukan walkabout di Pudu Sentral manakala pegawai-pegawai operasi SPAD sedang mengadakan operasi khas iaitu Ops Ulat AidilFitri dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Operasi sebegini bukanlah bermusim, malahan operasi sebegini dijalankan dari semasa ke semasa malahan harian, cuma pada musim perayaan operasi SPAD diadakan lebih kerap lagi. 

Kiri: En Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO SPAD. Tengah: Tan Sri Syed Hamid, Pengerusi SPAD, Kanan: Dato Che Hasni, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasa dan Operasi SPAD


Ops Aidilfitri telah bermula pada 1 Ogos dan akan berterusan sehingga 18 Ogos. Operasi bersepadu ini dijalankan 24 jam bersama-sama pihak PDRM, AADK dan JPJ.

Adalah menjadi hasrat Tan Sri dan SPAD bagi memastikan semua rakyat yang akan pulang ke kampung merasa selamat dan menaiki bas yang baik, maka Ops Ulat AidilFitri diadakan dengan agresif.

OPERASI ULAT AIDIL FITRI

Menurut laporan dari Dato Che Hasni Che Ahmad, Mej. Jen. (B) Datuk Paduka Che Hasni bin Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, operasi khas untuk membanteras kegiatan ulat tiket di Pudu Sentral ini dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada jam 10 pagi-12 tengahari dan 8.30 -10.30 malam. Di dalam operasi ini sahaja, 24 ulat tiket telah berjaya ditangkap dan pihak SPAD akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa untuk memastikan rakyat yang akan pulang ke kampung tidak tertipu dengan kegiatan ulat tiket ini.


Untuk membanteras kegiatan ulat, SPAD perlukan kerjasama dengan semua pihak. Kebanyakannya ulat-ulat ini sebagai “usherer” yang membawa penumpang pergi ke kaunter dan kaunter-kaunter tiket adalah ejennya. Ejen kaunter yang tidak bertanggunjawab inilah yang telah menggalakkan wujudnya ulat-ulat tiket. Walaubagimanapun, pengusaha-pengusaha bas juga terlibat secara langsung di mana mereka yang bertanggungjawab melantik ejen yang membuka kaunter di dalam terminal.

SPAD telah memberi jaminan untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha bas yang terlibat kerana mereka adalah punca sebenar ulat.

Kebanyakan yang menjadi ulat adalah budak-budak muda yang tiada pekerjaan. Tan Sri di dalam temuramahnya telah menyatakan kebimbangan aktiviti ulat-ulat tiket ini dan berharap agar pengusaha-pengusaha bas mengambil pembantu-pembantu ini dengan cara yang betul supaya golongan ini ada sumber pendapatan. Telah dikenalpasti, ada di antara pengusaha-pengusaha bas mencari jalan singkat dengan menjual semua tiket kepada ulat dan selepas itu ulat-ulat ini akan menjual tiket kepada orang ramai. Pengusaha akan menjual dengan harga yang ditetapkan SPAD tetapi ulat yang akan menaikkan harga tiket dan ini yang menyebabkan harga lebih mahal daripada yang ditetapkan.


E-TICKETING MERUPAKAN SALAH SATU CARA PENYELESAIAN

SPAD telah menyarankan dan sangat menggalakkan rakyat dan pengusaha-pengusaha bas menggunakan sistem e-ticketing di mana sistem ini telah berjaya membenteras kegiatan ulat seperti di Terminal Bas Bersepadu (TBS). Penumpang harus ke kaunter dan mereka hanya akan mendapat tiket mereka tanpa perkhidmatan mana-mana ulat. Menerusi e-ticketing juga, kaunter tidak boleh menipu harga dan ulat-ulat ini tidak boleh meletak harga sendiri. 

Lawatan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif SPAD ke Pudu Sentral... DI SINI

Semua kaunter yang menjual tiket bas, mengguna bas-bas yang dilesenkan SPAD. Sekiranya bas tidak mencukupi, mereka akan memohon LPS (Lesen Perubahan Sementara). SPAD telah mengeluarkan sebanyak 437 LPS untuk bas tambahan pada perayaan AidilFitri tahun ini.

Bas-bas yang mendapat LPS ini telah diperiksa di PUSPAKOM dan selamat. Pihak SPAD juga akan membuat snap untuk menentukan bas-bas yang ada LPS sahaja digunakan untuk musim AidilFitri. Bas-bas LPS ini juga mestilah mengeluarkan 'computerized' ticket bagi membuktikan ia adalah bas yang sah. Selain daripada memantau kegiatan ulat tiket, SPAD juga tegas membuat pemeriksaan keadaan fizikal bas seperti lampu, viper dsb untuk memastikan ia dalam keadaan baik.

OPERASI SPAD

Walaupun kekuatan bilangan pegawai penguatkuasa SPAD masih dianggap kecil yang hanya mempunyai seramai 317 pegawai di seluruh negara, tetapi kehadiran mereka sudah mula dirasai dan dapat dilihat di mana-mana.

Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah memulakan operasi pada 31 Jan 2011 dengan keanggotaannya terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti bekas tentera dan juga mereka yang pernah bertugas di bahagian-bahagian penguatkuasa lain.

Bertepatan dengan misi bahagian penguatkuasaan SPAD - Untuk Menguatkuasakan Peraturan Dan Undang-Undang Yang Berkesan, Komited Dan Berhemah, mereka merupakan barisan hadapan dalam membantu mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat negara.
 
Mereka akan sentiasa turun padang melakukan pemantauan serta memberi tindakan segera terutamanya yang membabitkan aduan daripada orang awam. Selanjutnya... DI SINI

Bagaimana SPAD menjalankan operasi... DI SINI

Harapan Pengerusi SPAD ...

1. PENDEKATAN PENGERUSI SPAD BERJIWA RAKYAT ... DI SINI

2. SINDIKET ULAT TIKET BAS  ... DI SINI

3. WALAUPUN BERUSIA 3 TAHUN, DIYAKINI ANTARABANGSA ... DI SINI

Akhir sekali, semoga dengan penjelasan di atas dapat memberi jawapan kepada atikel En Kabir dan prihatin rakyat yang ditunjukkan seperti En Kabir untuk sama-sama memajukan perkhidmatan awam darat diberi pujian dan dihargai. Sekiranya masih mendapat masalah, diharap jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak SPAD di hotline 1-800-88-SPAD (7823) kerana pihak SPAD juga telah memberi jaminan talian hotline akan berfungsi walaupun cuti hariraya dan pegawai-pegawai SPAD juga akan bertugas ketika rakyat bercuti dan meraikan Aidilfitri.



No comments: