Showing posts with label MRT SSP. Show all posts
Showing posts with label MRT SSP. Show all posts

Friday, March 09, 2018

APA YANG DIHARAPKAN DARI PROJEK MEGA MRT SSP?


Ketika berucap dalam majlis pecah tanah MRT bagi jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di Lebuh Perdana Barat, Presint 7, berdekatan Putrajaya Sentral pada bulan September 2016, PM Najib Razak beriltizam tegas dalam mengejar kembali apa yang tidak dilakukan sebelum ini terutamanya dalammemberi keselesaan pergerakan rakyat di bandar dengan mengurangkan kesesakan trafik.

Pada masa yang sama, ia adalah satu lag pencapaian kerajaan di bawah kepimpinannya kerana mampu membina laluan kedua MRT dalam masa lima tahun selepas laluan pertama MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) telah berjaya dilengkapkan dalam tempuh yang lebih awal dan mampu menjimatkan kos. Namun, setelah MRT SSP ini siap nanti, apa yang boleh dimanfaatkan rakyat?

Apabila MRT Laluan SSP ini siap sepenuhnya pada tahun 2022, ia bukan saja mampu memberikan perkhidmatan kepada lebih 500 ribu pengguna setiap hari tetapi lebih mustahak, ia mampu mengurangkan lebih 176,000 kenderaan di atas jalan raya terutamanya yang masuk ke pusat bandar. Lantas, ini adalah juga satu lagi pencapaian penting bagi Kerajaan untuk mencapai perkongsian mod 40 peratus untuk pengangkutan awam darat dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Projek yang dianggar bernilai RM32 bilion ini akan merangkumi jarak sepanjang 52.2km dengan 37 buah stesen untuk memberi manfaat kepda hampir dua juta rakyat di bandaraya terutama di sepanjang jajaran tersebut di mana jarak perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya dianggarkan mengambil masa hanya 84 minit.

Kita belum lagi bercakap soal impak ekonominya di mana ia pasti memberi kesan yang cukup besar. Pembinaan laluan MRT SSP ini pasti akan membuka anggaran 130,000 peluang pekerjaan dari peringkat buruh sehingga profesional secara langsung dan tidak langsung.

Di samping itu, laluan sepanjang 52.2 kilometer ini meliputi 11 stesen bawah tanah dan 26 stesen bertingkat turut menyediakan kemudahan sepertipengangkutan bas dalam radius 3 kilometer selain tempat meletak kereta bagi 17 stesen terpilih yang menempatkan 9,200 ruang meletak kereta sehari.

Yang pasti, setelah laluan MRT lengkap beroperasi kesemuanya menjelang suku kedua 2022 nanti, ia mampu melonjakkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Lembah Klang sebagai bandar berkelas dunia. Jajaran SSP ini juga terhubung dengan perkhidmatan kereta api sedia ada seperti KTM Komuter, Projek Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan yang akan datang, Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR).

Sebagaimana penjimatan kos mampu dilaksanakan dalam pembinaan jajaran MRT SBK (Sungai Buloh-Kajang) apabila projek mega ini dilengkapkan terlebih awal mengikut jadualnya, maka MRT SSP juga dijangkakan dapat disiapkan lebih awal dengan kos kurang daripada yang dianggarkan nanti. Di antara langkahnya adalah 8 daripada 12 mesin Pengorek Terowong Pembolehubah Ketumpatan (TBM) yang digunakan bagi pembinaan laluan pertama MRT SBK telah dibaik pulih dan digunakan semula untuk pembinaan Laluan SSP. Ini telah menjimatkan sehingga hampir 15 peratus.

Laluan MRT SSP ini juga telah menjadi detik bersejarah buat pembangunan prasarana pengangkutan awam di Malaysia kerana ia projek penuh makna, selain lambang pemodenan Malaysia dan ia adalah komitmen kerajaan untuk transformasi yang amat besar dalam memajukan negara ini.

Friday, March 02, 2018

MESIN PENGOREK TEROWONG LALUAN SG BULOH-SERDANG-PUTRAJYA MULA DIGERAKKAN


Projek bagi MRT2 ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022 dan ini adalah projek mega infrarakyat yang telah diperuntukkan sebanyak RM32 bilion. Jajaran sepanjang 52.2 kilometer akan meliputi 37 stesen dan 11 daripadanya adalah stesen bawah tanah. Oleh itu, bagi memulakan kerja-kerja mengorek tanah untuk dijadikan terowong MRT2 laluan  Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), PM Najib Razak telah melancarkan untuk menghidupkan semula Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (VDTBM) S776.

Beberapa fakta yang perlu kita ketahui adalah dari 52.2km, 38.7km adalah laluan bertingkat dan 13.5km pula adalah laluan bawah tanah. 2 daripada stesen terbesar adalah di Bandar Malaysia Utara dan Bandar Malaysia Selatang. Sebanyak 9,200 ruang parkir disediakan di 17 buah stesen dimana purata parkir bagi setiap stesen adalah sebanyak 540 ruang. 



Mesin pegorek terowong (TBM) yang dilancarkan PM Najib adalah yang pertama untuk kerja-kerja mengorek bawah tanah di samping 11 unit mesin yang akand igunakan nanti. Kerja-kerja pembinaan terowong ini akan dibina secara bersama oleh syarikat tempatan iaitu MMC Gamuda dengan sebuat syarikat Jerman, Herrenknecht AG.

Pembinaan jajaran SSP lebih mudah berbanding SBK yang lebih mencabar serta berisiko tinggi memandangkan keadaan geologi yang akan dihadapi, ia agak mencabar kerana kawasan di Lembah Klang dikelilingi sekitar batu kapur. Jika dibanding SBK yang hanya membabitkan dua jenis keadaan geologi yang dikategorikan mencabar, SSP pula lebih daripada itu. Antaranya Kenny Hill, batu kapur Kuala Lumpur, granit, aluvium serta telerang kuarza. Antara struktur tanah yang berbeza itu juga terdapat tujuh garis sesar (fault line) yang akan memperlahankan kelajuan mesin, berbanding hanya satu ketika projek SBK.

Justeru kepakaran dari Jerman diperlukan dan dipantau dan dikendalikan oleh syarikat tempatan. Malahan sistem TBM ketumpatan berubah ini telah berjaya digunakan sewaktu pembinaan terowong MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Di dalam upacara pelancaran ini, PM Najib telah menekan butang di panel khas sebagai simbolik pelancaran dan secara serentak, kepala pemotong TBM mula berputar beserta bunyi siren. Di samping itu, PM Najib juga meninjau kerja-kerja mengorek dari dek tinjauan pelantar syaf pelancaran dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPAD, Datuk Seri Nancy Shukri serta Pengerusi MRT Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Tan Sri Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara.

Bagi pihak Suruhanjaya pengangkutan awam darat pula, CEO dan Pengerusi SPAD juga turut hadir bersama-sama CEO MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling dan Pengerusi MMC Corporation, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja pembinaan projek MRT Laluan SSP kini mencapai kemajuan sebanyak 22 peratus sejak ia dilancarkan sepenuhnya pada17 Julai tahun lalu. Projek mega yang menjadi kebanggaan negara kini, sekali lagi akan berjaya disiapkan dalam masa dan bajet yang telah ditetapkan kerajaan.