Showing posts with label Iqra'. Show all posts
Showing posts with label Iqra'. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL 1432H


Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika

Kau contoh akhlak terpuji...

Apakah Pengertian Maulidur Rasul kepada kita? Ikuti disini dan di sini

Friday, March 13, 2009

ALLAHUAKABR... JUST CAN'T BELIEVE IT!!!




Watch till the end...
Recite salawat often to gain this moment for us...

Friday, June 27, 2008

SEBELUM.... FIKIRKAN....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirikan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirikan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Hari ini sebelum anda mengeluh tidak punya apa,
Fikirikan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Hari ini sebelum anda mengeluh bahawa anda buruk,
Fikirikan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Hari ini sebelum anda mengeluh tetang suami atau isteri anda,
Fikirikan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum anda mengeluh tetang hidup,
Fikirikan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Hari ini sebelum anda mengeluh tetang anak-anak kita,
Fikirikan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi mandul.

Hari ini sebelum anda mengeluh tetang rumah yang kotor kerana pembantu yang tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirikan tentang orang-orang di jalanan.

Hari ini di saat kita letih dan mengeluh tetang pekerjaan,
Fikirikan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Hari ini sebelum anda menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!


Deep tots:

- Never regret, never stop believing... theres always light at the end of the tunnel

- Only when god permits human to read other minds and thoughts.. there will be no more hell

- I will not ask much, i will not refrain too little... but if its on loan. FORGET IT!!!!



Friday, May 16, 2008

DO'A DALAM SUJUD


Paling baik untuk diamalkan dan dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat:

"Ya Allah.. tambahkanlah bagiku...
Rezeki yang banyak lagi halal,
Iman yang benar,
Ilmu yang bermanfaat,
Kesihatan yang elok,
Kecerdikan yang tinggi,

Hati yang bersih dan

Kejayaan yang besar"


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki. Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


Wassalam.




Tuesday, May 06, 2008

IQRA' ... to begin with

http://www.quranexplorer.com/Quran/ ... Iqra', to begin with.. A gateway to Faith.. has clearly explained in HIS final book.. Let us all iqra'