Thursday, March 22, 2018

LAGU ABC DAN KANAK-KANAK, ALAT TERBARU UNTUK POLITIK DAP


Amat menyedihkan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah habis modal untuk memulhkan imej tercalarnya sehingga terpaksa menggunapenga ruh kanak-kanak yang suci dari segala bentuk politik kebencian yang dibawa DAP. Guan Eng yang kini berhadapan dengan skandal terbarunya iaitu projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Imej Guan Eng mula tercalar dengan pelbagai tragedi tanah runtuh dan banjir besar sehingga menyebabkan nyawa rakyat Pulau Pinang terkorban dan harta benda mereka rosak. Kesemua tragedi tersebut adalah akibat dari sikap angkuh dan degilnya serta mudah meletakkan kesalahan kepada pihak lain walaupun telah sering dibantah dan diberi peringatan ke atas segala tindakan melampaunya.

Sekali lagi Guan Eng menunjukkan sikap angkuh apabila diminta memohon maaf kerana memperguna kanak-kanak dalam kempen kebenciannya terhadap polisi kerajaan persekutuan dalam melaksanakan GST. Bagi MCA, sesiapa saja boleh beri pandangan dan berhak tidak setuju dengan polisi kerajaan tetapi pendekatan Guan Eng memperguna kanak-kanak telah membuktikan sikap pemimpin politik DAP yang sangat keterlaluan dan tidak bermaruah.

MCA mengingatkan yang seringkali di dalam ucapannya, Guan Eng menegaskan yang isu pendidikan dan sekolah tidak seharusnya dipolitikkan tetapi kini, beliau bukan saja melacurkan kata-katanya sendiri malahan setelah enggan memohon maaf, beliau telah menyerlahkan sikap peribadi sebenarnya yang sememang biadap.

Apakah DAP lupa, ketika Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor pernah dikritik hebat oleh DAP hanya kerana menghadiri program di sekolah yang membawa tema patriotik dan tajuk peranan UMNO dalam pencapaian kemerdekaan?

Guan Eng juga bukan saja menganggap lagu ABC dan tarian itu bukan satu kesilapan besar malahan tanpa segan silu mendakwa segala kesalahannya sebagai ketua pentadbir Pulau Pinang adalah satu konspirasi menjatuhkannya. Apakah isu-isu seperti ini perlu dikongsikan dengan kanak-kanak juga? Dimana penilaian Guan Eng sebagai seorang dewasa yang berakal yang mahu berkongsi hal ehwal politik dengan kanak-kanak yang sepatutnya ditanam dengan nilai-nilai dan contoh baik kepada mereka?

Segalanya adalah doktrin politik kebencian yang gemar ditanamkan DAP dan kini kanak-kanak pula menjadi alat terbaru mereka. Apakah toksid yang dibawa Guan Eng dan DAP ini perlu dikekalkan di Pulau Pinang dan Malaysia? Tepat sekali jika MCA mengajak rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang mengutuk indoktrinasi kanak-kanak oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng.
 

No comments: